Ahad, Februari 10, 2013

RETAK HANCUR BERKECAI PECAH BERDERAI : SAPP DIKELUARKAN DARI PAKATAN !!



Retak berkecai itulah sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Haram hari ini .. Hari ini SAPP di keluarkan dari Pakatan Haram, esok lusa mungkin kita akan dengan PAS pula di keluarkan dari Pakatan Haram .. Sememangnya Pakatan Haram tiada kata sepakat, masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk terus berkuasa!

Laporan dari portal Pakatan Haram Malaysian insider yang memetik kenyataan daripada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Di peringkat negeri, kata Azmin, Pakatan hanya berunding pembahagian kerusi dengan dua sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS).

APS diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, manakala PPPS diketuai oleh ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.

“ Tetapi SAPP dikeluarkan terus dari senarai, dikeluarkan dari formula. Saya tidak menyalahkan mereka kerana apa-apa, hanya kerana tuntutan mereka tidak munasabah ” Azmin mengesahkan.

Azmin mendakwa SAPP dikeluarkan kerana meminta kerusi tidak munasabah diperingkat negeri iaitu antara 40 atau separuh daripada 60 kerusi negeri.

“ Kenapa mereka mahu 40 kerusi sekarang? Jadi apa yang tinggal untuk parti pembangkang lain dalam Pakatan, dalam APS dan PPPS ? ” kata Azmin.

“ Saya telah mencuba sedaya upaya dan begitu juga (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) .. kami berjumpa dan berbincang dengan SAPP semenjak enam bulan lalu — lebih banyak dari yang mereka dapat berbanding pilihan raya lepas ” tambah beliau.

Apabila ditanya apa tawaran PR kepada SAPP, Azmin mengatakan PR bersedia untuk memberikan 10 kerusi kepada parti berasaskan Sabah itu.

Beliau menambah ia adalah ' kerusi bagus ' dimana SAPP akan bertanding dan mempunyai peluang cerah untuk menang, tetapi parti tersebut menolak tawaran itu.

“Jadi kami telah membuat keputusan - kami akan terus dengan APS dan PPPS sahaja, memandangkan kesuntukkan masa " katanya.

APS dan PPPS turut dilaporkan telah bersetuju untuk bertanding menggunakan bendera PKR dalam pilihan raya akan datang.

Portal itu turut mendakwa Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi Kadazandusun dan Murut (KDM) manakala Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan Islam.

Kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini menjadi sasaran serangan mulut dari Yong, pada Selasa lalu memanggil mereka sebagai kerbau yang dicucuk hidungnya.

Yong menuduh Bumburing dan Lajim ' tidak mempunyai pilihan ' selain kuota kepada rakan baru PR mereka dari Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Krisis bertambah buruk apabila Winnie Juani, yang merupakan Naib Pengerusi Wanita PKR Sabah, ketua sayap Penampang isytiharkan diri keluar dari PKR Khamis lalu bersama 13 lagi pemimpin bahagian.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang sebelum ini keluar dari PKR dan mengetuai Parti Pembaharuan Negeri (STAR) turut dipinggirkan daripada rundingan pembahagian kerusi PR itu.

Jeffrey bercakap kepada theborneopost telah menggesa rakyat Sabah dan Sarawak agar menolak PR kerana pakatan itu datang dari Semenanjung.

KUBU KUAT NIK AZIZ DITAWAN !! RAKYAT MAHU TUKAR KELANTAN !!





Ribuan rakyat di Pengkalan Chepa berhimpun bagi menunjukkan kesediaan mereka untuk tukar pemerintahan baru Negeri Kelantan. Parlimen Pengkalan Chepa ialah kawasan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding.

Perubahan Rakyat Kelantan menyokong UMNO adalah sangat luar biasa. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz, Pengkalan Chepa semalam. Nampak gayanya rakyat Kelantan semakin tidak sabar untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.

GELOMBANG MERAH .. BN MEMERINTAH, KELATE BERUBAH !!


Lagi, klik disini

VIDEO GONG XI FA CAI DARI AH JIB GOR BUAT PAKATAN HARAM MEROYAN SAKAN !!




"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina .. Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, yang telah bikin panas kepada puak Pakatan Rakyat.

Tak senang duduk puak-puak cybertrooper Pakatan Haram, mereka diarahkan oleh DAP untuk klik DISLIKE pada setiap klip video yang melibatkan Datuk Seri Najib Abdul Razak di YOUTUBE.

Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mereka memilih menggunakan sistem LIKE berbayar cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak. Ini semua poyo!

Marilah kita rakyat 1 Malaysia bersama Datuk Seri najib Razak menyambut Tahun Baru Cina !!

Persetankan puak Pakatan Haram .. Sesuangguhnya mereka iri hati dengan pencapaian Datuk Seri najib yang telah berjaya membawa tranformasi baru didalam kepimpinan beliau .. Gong Xi Fa Cai! 


"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina... Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, yang telah bikin panas kepada puak Pakatan Rakyat.

Tak senang duduk puak-puak cybertrooper Pakatan Haram, mereka diarahkan oleh DAP untuk klik DISLIKE pada setiap klip video yang melibatkan Datuk Seri Najib Abdul Razak di YOUTUBE.

Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mereka memilih menggunakan sistem LIKE berbayar cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak. Ini semua poyo !!

Marilah kita rakyat 1 Malaysia bersama Datuk Seri najib Razak menyambut Tahun Baru Cina !

Persetankan puak Pakatan Haram .. sesungguhnya mereka iri hati dengan pencapaian Datuk Seri Najib yang telah berjaya membawa tranformasi baru didalam kepimpinan beliau.. Gong Xi Fa Cai !! 

PEMECATAN VERSI POS LAJU TERNYATA PAS ZALIM !!




Jangkaan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.

Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.

Sabtu, Februari 09, 2013

YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD





Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).

Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'
.
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Latar belakang

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
Pendidikan

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjaya dan keluarga

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak beliau adalah:

Marina Mahathir
Mirzan Mahathir
Melinda Mahathir
Mokhzani Mahathir
Mukhriz Mahathir
Maizura
Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.

Kerjaya politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Kesihatan

Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.

Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan beliau ke hospital tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne.

Kontroversi:-

Krisis perlembagaan:

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Pemecatan Anwar Ibrahim
Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO.

Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[16].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Hasil Penulisan

Buku

- The Malay Dilemma (1970) ISBN 981-204-355-1

- The Challenge,(1986) ISBN 967-978-091-0

- Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the  Challenge of Change into the 21st century (1989) ISBN 981-3035-49-8

- The Pacific Rim in the 21st century,(1995)

- The Challenges of Turmoil, (1998) ISBN 967-978-652-8

- The Way Forward, (1998) ISBN 0-297-84229-3
A New Deal for Asia, (1999)

- Islam & The Muslim Ummah, (2001) ISBN 967-978-738-9
Globalisation and the New Realities (2002)

- The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened,(2003) ISBN 967-978-756-7

- Achieving True Globalization, (2004) ISBN 967-978-904-7
Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006) ISBN 983-3698-03-4
Principles of Public Administration: An Introduction, (2007) ISBN 978-983-195-253-5

- Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual), (2008) ISBN 967-969-589-1
- A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, (8 Mac 2011) ISBN 978-967-599-722-8

Penulisan blog

Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat simpanannya.[18]
Kini blog beliau terletak di http://chedet.cc/blog/.

Garis masa

- 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.

- 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.

- 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

- 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;

- 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.

- 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.

- 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

- 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.

- 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.

- 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;

Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.

- 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).

- 1973: Dilantik sebagai senator.

- 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.

- 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.

- 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.

- 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);

- 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;

Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri;

Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");

Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)

Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.

- 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.

- 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;

Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri;

Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.

- 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;

Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.

- 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);

- 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.

- 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;

Menghadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez;

Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.

- 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.

- 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;

Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.

Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;

Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.

- 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;

Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.

- 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.

- 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;

Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.

2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

Anugerah

- 2003 - Darjah Kerabat (DK) Kedah[19]

- 2003 - Satria Bintang Sarawak (SBS); Membawa gelaran Pehin Sri

Khamis, Februari 07, 2013

PRU 13 : AMBOI .. AZWAN ALI AKAN BERTANDING ATAS TIKET PKR .. ' NYAH ' !!



Amboi .. Amboi .. Amboi .. Tinggi bebeno angan-angan mamat mulut puaka sorang ni kan kan kan .. Ada hati plak nak lawan Najib di Pekan sebagai calon Bebas pada PRU13 nanti .. Kehkehkeh ..

Mak cadangkan daripada Azwan Nok bertanding sebagai calon bebas, lebih baik Azwan Nok bertanding diatas tiket PKR .. Sekurang-kurangnya Azmin Ali boleh usulkan kepada Anwar bagi membantu kempen Azwan Nok nanti .. Al Maklum la Anwarkan terkenal dengan 'minatnya' terhadap lelaki lembut nii .. kikikikiki

Husshhh !! 'mak' la plak  'nyah ' .. retis betul aku hari ni hahahaha !! Tak payah la bermak-mak bila sembang pasal puak lembut ni .. Kalau perangai ok tak pe la gak .. Ni .. perangai CAM HARAMM !!

Memang cantik sekiranya Azwan Nok bertanding diatas tiket PKR bertambah banyak puak LGBT dalam Pakatan Haram Hancusss !!

psstttt: Memandangkan sekarang ni ramai artis masuk PAS, tak teringin ke Nik Aziz bawa masuk Azwan Nok jadi penceramah PAS?

Rabu, Februari 06, 2013

PENGUNDI MUDA PILIH BN !! BUAT ANWAR IBRAHIM GELABAH TAHAP CIPAN !!




Jika pembangkang sering mendabik dada bahawa mereka mendapat sokongan padu pengundi muda terutama daripada golongan mahasiswa, mungkin fantasi ini perlu dilihat semula berdasarkan realiti semasa dan fakta.

Fantasi dan impian adalah sesuatu yang enak dinikmati hanya sewaktu berada dalam alam mimpi sahaja!

Beberapa kajian menunjukkan Barisan Nasional akan kembali dipilih sebagai Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.

Terkini kajian berkaitan pandangan politik mahasiswa di tiga universiti awam meletakkan Datuk Seri Najib lebih popular berbanding Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) ke atas 3,015 responden antara 9 hingga 12 Disember tahun lalu, mendapati 67.4 peratus siswa menyokong Perdana Menteri berbanding 52.2 peratus kepada Anwar.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang pula mendapat 33.1 peratus, manakala Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang tercorot dengan hanya 15 peratus.

Kajian tersebut membabitkan pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Jika hasil bancian dipecahkan pula antara negeri di bawah BN dan Pakatan Rakyat, nyata sekali Datuk Seri Najib amat popular sekali di kalangan siswa Kelantan dengan 60.8 peratus, diikuti Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).

Angka yang diperolehi memberi bayangan jelas kemungkinan besar BN akan menawan semula Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah sementara Sabah serta Sarawak tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

Maka unjuran pembangkang bahawa mereka akan berarak ke Putrajaya nampaknya hanya satu mainan fatamorgana yang menipu diri mereka sendiri.

Mahasiswa memilih Datuk Seri Najib disebabkan beliau menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya seperti mana yang digariskan di kajian tersebut.

Ini termasuk kualiti kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.

Perbezaan sifat-sifat ini antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah seperti langit dan bumi.

Melihat kepada karektor dan peribadi kedua individu ini pun sudah cukup menyakinkan rakyat siapa sebenarnya pilihan mereka.

Datuk Seri Najib adalah seorang yang bersifat lemah lembut sama seperti ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Sesiapa sahaja yang pernah bekerja atau bersama Perdana Menteri akan mendapati watak keperibadian beliau yang amat mudah bergaul dengan semua lapisan masyarakat - dari golongan bangsawan hinggalah kumpulan marhaen.

Dengan lirik wajah yang sentiasa tersenyum dan merendah diri, Datuk Seri Najib adalah idola di hati rakyat.

Bagaimana pula dengan Anwar? Sesiapa juga yang pernah berdamping atau berkerja dengan beliau akan mendapati dua watak yang berbeza antara kehidupan peribadi dan politik.

Di luar dan di depan rakyat, Anwar menonjolkan sifat-sifat Islamik dan warak berlatarbelakangkan sejarahnya sebagai bekas Presiden ABIM.

Ceramah-ceramahnya juga tidak kering dengan selitan ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan mutiara hadis.

Beliau juga gemar dilihat sebagai intelektual Islam berfikiran liberal yang memetik kata-kata enak pujangga dari karya-karya agung penulis Barat.

Namun disisi peribadinya, lain pula ceritanya.

Anwar adalah seorang yang bengis, pemarah, suka mengherdik apatah lagi seorang yang pendendam.

Lihat bagaimana beliau melayan wartawan dari media arus perdana yang mengajukan soalan-soalan panas dan reaksi Anwar terhadapnya.

Petugas media seringkali dilabel malah dimaki hamun sebagai anjing BN, alat UMNO, budak suruhan kerajaan dan sebagainya - hamburan kata-kata kesat penuh dengan kehinaan yang tidak akan keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berakhlak mulia.

Peribadi Anwar juga sering dikaitkan dengan pelbagai skandal seks jijik daripada yang melibat pelacur Cina hinggalah kepada lelaki jambu!

Sebab itulah mahasiswa dari kalangan kalangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kelantan dan Pulau Pinang memilih Datuk Seri Najib kerana mereka sedar dan mampu membuat analisis siapa Perdana Menteri dan siapa pula Ketua Pembangkang.

Dalam erti kata yang lain pengundi muda sudahpun membuat pilihan mereka antara yang mana satu permata manikam dan yang mana kaca murahan ..

GERAKAN AKAR UMBI PKR JATUHKAN ANWAR IBRAHIM ??



Sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang dikatakan sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu.

Kumpulan itu kini dilaporkan sedang giat mengumpul ahli sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan, lapor bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah kepada Berita Harian.

Aminah juga salah seorang ahli kumpulan turut diminta menyertai gerakan itu yang bermula dari kampung Anwar sendiri di Cherok Tok Kun, kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya.

“Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

“Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya.

Anwar dalam wawancara dengan Sinar Harian baru-baru ini telah mendedahkan dua indikasi yang menarik, pertama, beliau membayangkan berkemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan bertanding di kawasan parlimen lain yang belum diumumkan lagi.

Kedua, Anwar turut membayangkan dalam PRU13 ini bukan bermatlamatkan untuk memburu jawatan Perdana Menteri, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat, berbeza dengan ucapan-ucapan kempennya sepanjang 4 tahun lepas

Perubahan nada kempen Anwar itu hampir sama dengan kempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, daripada berkempen dengan penuh yakin dapat mengambil alih tampuk pemerintahan kepimpinan negeri, sehingga menabalkan bakal Ketua Menteri, Baru Bian, kepada bermatlamatkan mahu mengurangkan majoriti dua pertiga kepimpinan kerajaan negeri beberapa hari sebelum hari mengundi.

Perubahan nada kempen Anwar itu hampir bertepatan dengan keputusan rasmi yang diumumkan pada 16 April 2011, di mana cita-cita Anwar untuk mengurangkan majoriti 2/3 tidak kesampaian apatah lagi mahu menawan kerajaan negeri itu apabila PKR dan Pas kalah teruk, berbanding dengan DAP.

Keputusannya, DAP memenangi 12 kerusi, PKR, 3 kerusi dan Pas gagal memenangi apa-apa kerusi, berbanding dengan calon yang dipertandingkan PKR, 49 calon; DAP, 15 calon; dan PAS, 5 calon.

Anwar akhirnya melarikan diri ke luar negara, melupakan janji politik di Sarawak dan kembali semula dengan janji baru untuk menawan Putrajaya dalam PRU13.-AIDC

Hot: PKR Kulim Anjur Tarian Separuh Bogel Untuk Memalukan Anwar Ibrahim

NIK AZIZ AKAN LAFAZKAN CERAI TALAK 3 SELEPAS MELIHAT GAMBAR TERBARU UST NASHARUDDIN DI BERITA HARIAN





Inilah kerja puak PAS .. hari ni kawin esok cerai, lepastu kawin balik .. bila dah tak nak pakai .. cerai balik !

Terdahulu Nik Aziz kata, "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah".

Lepas tu Hadi rujuk Nasha... Kenyataan Hadi, "Nasha masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat".

Mungkin selepas Nik Aziz melihat gaya terbaru Ust Nasha ini, sudah pasti Ust Nasha akan terima lafaz cerai talak tiga pulak da ..

Gambar- AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur. - Foto BH Online.

Lawak betul politik PAS ni kehkehkehkeh ..

MEMULIAKAN DAN MENTAATI PEMERINTAH (PEMIMPIN) MENGIKUT AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH



Ahlus sunnah wal-jama’ah menetapkan bahawa wajib memuliakan dan menghormati pemimpin. Bahkan Islam amat memandang tinggi kedudukan seseorang pemimpin. Walaupun mereka bertindak zalim, tidak amanah, dan melakukan kefasikan.

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan di dalam tafsirnya:

لا يزال الناس بخير ما عظموا السلطان والعلماء، فإن عظموا هذين أصلح الله دنياهم وأخراهم، وإن استخفوا بِهذين أفسدوا دنياهم وأخراهم

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menghormati sultan (pemimpin) dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.” (al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 5/260)

Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut yang memerintahkan supaya kita memuliakan pemimpin:

Daripada Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

السلطان ظل الله في الرض فمن اهانه اها الله ومن اكرمه اكرمه الله

“Sultan (pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/224, no. 1024)

Sebuah hadis daripada Ziyad B. Kusaib, beliau menceritakan,

كُنْتُ مَعَ أَبِي بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ ابْنِ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَقَالَ أَبُو بِلَالٍ انْظُرُوا إِلَى أَمِيرِنَا يَلْبَسُ ثِيَابَ الْفُسَّاقِ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ اسْكُتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ

Pada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu ‘Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, “Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!” Maka, Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadits al-Ihya’, 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya, Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)

Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata,

أبو بلال هذا هو مرداس ابن أدية، خارجي، ومن جهله عد ثياب الرجال الرقاق لباس الفساق

“Abu Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang dari kelompok berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq. (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 3/20 dan 14/508)

Dalam hadis yang lain,

سيكون بعدي سلطان فاعزوه من التمس ذله شغر شغرة فى الاسلام ولم يقبل منه توبة حتى يعيدها كماكانت

"Akan muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan sesiapa yang mencari-cari kehinaannya (kesalahan dan keaibannya), bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sehinggalah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana asalnya). (Hadis Riwayat Ibn Abi ‘Ashim. Dinyatakan sahih oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/261, no. 1079)

Saidina ‘Ali B. Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu menyatakan:

لا يصلح الناس إلا أمير بر أو فاجر قالوا : يا أمير المؤمنين هذا البر فكيف بالفاجر؟ قال: إن الفاجر يؤمن الله عز و جل به السبل و يجاهد به العدو و يجبي به الفيء و تقام به الحدود و يحج به البيت و يعبد الله فيه المسلم آمنا حتى يأتيه أجله

“Tidak akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir (pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk/jahat).”

Ada yang bertanya:

“Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik (maka ia adalah wajar/boleh diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya pemimpin tersebut fajir (buruk/jahat)?”

‘Ali menjawab:

“Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan melalui perantara pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan dan jenayah dilaksanakan (hudud), haji berjalan, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah sehingga ajalnya.”.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)

Dalam urusan mentaati pemimpin ini terdapat begitu banyak dalil-dalilnya daripada al-Qur’an dan as-Sunnah. Dan dengannyalah para ulama ahlus sunnah berhujjah serta menetapkan prinsip-prinsip tersebut. Di antara dalil-dalil tersebut adalah sebagaimana berikut:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاُوْلِى اْلاَمْرِ مِنْكُمْ

“Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (pemerintah) di antara kamu.” (Surah an-Nisaa, 4: 59)

Daripada ayat ini kita dapat memahami di antaranya bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya kita mentaati pemimpin, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala meletakkan ketaatan kepada pemimpin dalam rangkap yang sama setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini adalah sebagai indikasi bahawa betapa penting dan tingginya kedudukan pemimpin.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) setelah menukilkan ayat tersebut beliau pun berkata:

فَأَمَرَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ بِطَاعَتِهِ وَطَاعَةِ رَسُولِهِ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ كَمَا أَمَرَهُمْ أَنْ يُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمُوا بَيْنَ النَّاسِ أَنْ يَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ. وَأَمَرَهُمْ إذَا تَنَازَعُوا فِي شَيْءٍ أَنْ يَرُدُّوهُ إلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ. قَالَ الْعُلَمَاءُ: الرَّدُّ إلَى اللَّهِ هُوَ الرَّدُّ إلَى كِتَابِهِ وَالرَّدُّ إلَى الرَّسُولِ بَعْدَ مَوْتِهِ هُوَ الرَّدُّ إلَى سُنَّتِهِ

“Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya, dan ulil Amri (pemimpin) di antara mereka, sebagaimana Dia memerintahkan mereka supaya menunaikan amanah kepada pemiliknya, dan jika mereka menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah menetapkannya dengan adil. Dan Dia memerintahkan sekiranya mereka berselisih tentang sesuatu perkara hendaklah mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Para ulama berkata: Mengembalikan kepada Allah adalah mengembalikan kepada Kitab-Nya dan mengembalikan kepada Rasul-Nya setelah beliau wafat adalah mengembalikan kepada sunnahnya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/6)

Beliau juga turut menyatakan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا ؛ فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ }. فَذَلِكَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ: هُوَ وَاجِبٌ عَلَى الْمُسْلِمِ؛ وَإِنْ اسْتَأْثَرُوا عَلَيْهِ . وَمَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ وَرَسُولُهُ مِنْ مَعْصِيَتِهِمْ: فَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ؛ وَإِنْ أُكْرِهَ عَلَيْهِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Dengarlah dan taatlah, kerana kewajiban mereka adalah apa yang dibebankan ke atas mereka, dan kewajiban kamu adalah apa yang dibebankan ke atas kamu.”

Perkara tersebut dari apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dengannya, iaitu mentaati pemimpin dan menasihati mereka adalah wajib ke atas umat Islam, walaupun mereka mementingkan diri mereka. Menentang (memaksiati) mereka (ulil Amri) yang mana dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya adalah haram atasnya. Dan aku membencinya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/9)

فَطَاعَةُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاجِبَةٌ عَلَى كُلِّ أَحَدٍ ؛ وَطَاعَةُ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَاجِبَةٌ لِأَمْرِ اللَّهِ بِطَاعَتِهِمْ فَمَنْ أَطَاعَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ بِطَاعَةِ وُلَاةِ الْأَمْرِ لِلَّهِ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ . وَمَنْ كَانَ لَا يُطِيعُهُمْ إلَّا لِمَا يَأْخُذُهُ مِنْ الْوِلَايَةِ وَالْمَالِ فَإِنْ أَعْطَوْهُ أَطَاعَهُمْ ؛ وَإِنْ مَنَعُوهُ عَصَاهُمْ : فَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah wajib ke atas sesiapa pun, dan mentaati pemimpin/pemerintah adalah wajib kerana Allah memerintahkan supaya mentaati mereka. Maka, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan mentaati pemerintah kerana Allah, maka pahalanya adalah dari Allah. Dan sesiapa yang tidak mentaati pemerintah, melainkan sekiranya ada jawatan dan harta yang diharapkan – sekiranya ulil Amri memberikan kepadanya, maka dia pun taat. Sekiranya tidak, maka dia pun bertindak menentangnya, maka dia tidak memiliki tempat di akhirat.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/16)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah turut menyatakan:

فجعل ذلك من مأموراته عزّ وجل، وما أمر الله تعالى به فهو عبادة. ولا يشترط في طاعتهم ألاّ يعصوا الله،فأطعهم فيما أمروا به وإن عصوا الله، لأنك مأمور بطاعتهم وإن عصوا الله في أنفسهم

Allah ‘Azza wa Jalla menjadikan ketaatan kepada mereka (pemimpin) termasuk di antara ketaatan kepada-Nya dan apa yang diperintahkan Allah Ta’ala adalah merupakan ibadah.

Dalam urusan mentaati mereka (pemimpin) tidak disyaratkan bahawa pemimpin tersebut mestilah yang suci dari maksiat kepada Allah. Taatilah perintah mereka (selagi mana yang bukan maksiat), walaupun mereka (pemimpin sendiri) bermaksiat kepada-Nya, kerana kamu hanya diperintahkan mentaatinya (dalam urusan yang tidak bertentangan dengan agama), walaupun mereka sendiri melakukan maksiat kepada Allah. (Ibnul ‘Utsaimin, Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah, hadis no. 7)

Hadis daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

انكم سترون بعدي اثرة وامورا تنكرونها. قالوا: فما تامرنا يا رسوالله؟ قال: ادوا اليهم حقهم واسالوالله حقكم

"Sesungguhnya, kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (tidak suka).” Mereka (para sahabat) bertanya:

“Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:

“Tunaikanlah kepada para penguasa hak-hak mereka dan mintalah kepada Allah hak-hak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/441, no. 6529)

Dapat kita fahami dari hadis ini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedikitpun tidak memerintahkan kita semua supaya memberontak atau bertindak mengusahakan pertukaran tampuk kepimpinan sedia ada. Tetapi apa yang beliau perintahkan adalah supaya menunaikan hak-hak pemimpin (selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin) dan meminta hak-hak kita kepada Allah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكرَهَ إِلا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِنْ أَمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ

“Wajib ke atas seseorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada apa-apa yang ia sukai atau ia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila ia menyuruh untuk berbuat maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim, 3/370, no. 3423. at-Tirmidzi, 6/300, no. 1629)

Imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah berkata:

وفيه: أن الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب . قال المطهر على هذا الحديث : (( يعني :سمع كلام الحاكم وطاعته واجب على كل مسلم، سواء أمره بما يوافق طبعه أو لم يوافقه، بشرط أن لا يأمره بمعصية فإن أمره بها فلا تجوز طاعته لكن لا يجوز له محاربة الإمام ))

“Dalam hadis ini mengandungi tuntutan bahawa jika imam/pemimpin itu memerintahkan untuk melaksanakan amalan sunnah atau mubah, maka wajib untuk melaksanakannya. Al-Muthahhar mengulas hadis ini: “Iaitu bahawa mendengar ucapan penguasa dan mentaatinya adalah perkara wajib bagi setiap muslim, sama ada dia memerintahkan kepada apa yang bersesuaian dengan tabiat muslim tersebut atau tidak. Syaratnya adalah pemimpin tersebut tidak memerintahkannya untuk melakukan maksiat. Sekiranya pemimpin tersebut memerintahkan kepada maksiat, maka tidak boleh mentaatinya (dalam perkara maksiat tersebut), namun juga tidak boleh membangkang/memerangi kepimpinan pemimpin tersebut.” (Muhammad B. ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmidzi, 5/298)

Al-Harb berkata di dalam kitabnya Al-‘Aqidah dengan menukil perkataan daripada sejumlah ulama salaf:

وإن أمرك السلطان بأمر فيه لله معصية فليس لك أن تطعه البتة وليس لك أن تخرج عليه ولا تمنعه حقه

“Dan sekiranya sultan (penguasa) memerintahkan kepada kamu tentang suatu perkara kemaksiatan di sisi Allah, maka tidak ada ketaatan bagimu terhadapnya. Akan tetapi, kamu juga tidak boleh keluar dari ketaatannya dan menahan haknya sebagai pemimpin.” (Ibnul Qayyim, Haadi al-Arwaah ila Biladil Afraah, 1/289)

Di dalam hadis seterusnya, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنْ اسْتُعْمِلَ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ

“Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba sahaya berbangsa Habsyi yang kepalanya seperti kismis.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/101, no. 652)

ألا من ولي عليه وال فرآه يأتي شيئا من معصية الله فليكره ما يأتي من معصية الله ولا ينزعن يدا من طاعة

“Ketahuilah, sesiapa yang diperintahkan ke atasnya (oleh) seorang wali (imam/pemimpin), kemudian dia melihat (imam/pemimpin tersebut melakukan) kemaksiatan kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan imam/pemimpin tersebut). Dan tidak boleh baginya melepaskan tangan (keluar) dari ketaatan.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/404, no. 3448)

Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberi peringatan yang tegas dan keras sebagaimana berikut

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية

“Sesiapa yang melihat pada amirnya (pemimpin) suatu yang dibencinya, hendaklah dia tetap bersabar dengan sebab tersebut. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu keluar dari al-Jama’ah (tidak mentaati pemerintahnya) walaupun sejengkal lalu ia mati dalam keadaan tersebut (keluar dari ketaatan terhadap pemimpin), maka matinya itu adalah mati dalam keadaan jahiliyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, 22/51, no. 6610)

Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) menjelaskan maksud hadis tersebut sebagaimana berikut:

قوله عن الطاعة أي طاعة الخليفة الذي وقع الاجتماع عليه وكأن المراد خليفة أي قطر من الأقطار إذ لم يجمع الناس على خليفة في جميع البلاد الإسلامية من أثناء الدولة العباسية بل استقل أهل كل إقليم بقائم بأمورهم إذ لو حمل الحديث على خليفة اجتمع عليه أهل الإسلام لقلت فائدته

وقوله وفارق الجماعة أي خرج عن الجماعة الذين اتفقوا على طاعة إمام انتظم به شملهم واجتمعت به كلمتهم وحاطهم عن عدوهم

قوله فميتته ميتة جاهلية أي منسوبة إلى أهل الجهل والمراد به من مات على الكفر قبل الإسلام وهو تشبيه لميتة من فارق الجماعة بمن مات على الكفر بجامع أن الكل لم يكن تحت حكم إمام فإن الخارج عن الطاعة كأهل الجاهلية لا إمام له

Sabda-nya “keluar dari ketaatan” maksudnya adalah ketaatan kepada khalifah (pemimpin) yang telah disepakati atasnya, atau merujuk pemimpin bagi daerah/wilayah atau negara di mana ia bernaung. Kerana tidak semua umat Islam pada masa daulah ‘Abbasiyyah tunduk dan patuh kepada khalifah ketika itu, malah setiap wilayah ada pemimpin yang bebas menguruskan wilayahnya masing-masing (mereka bebas melantik pemimpin bagi wilayah mereka sendiri), maka sekiranya makna hadis ini diperuntukkan kepada khalifah yang diakui untuk setiap wilayah Islam (umat Islam), sudah tentu hadis ini sangat sedikit faedahnya.

Sabda-nya “berpisah (keluar) dari al-jama’ah” maksudnya adalah keluar dari jama’ah/kumpulan yang telah sepakat mematuhi pemimpin yang menyatukan mereka dan menjaga mereka dari serangan musuh.

Sabda-nya “sekiranya ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyyah” perngertiannya disandarkan kepada orang-orang jahiliyyah, dan maksud dari jahiliyyah tersebut adalah sesiapa sahaja yang mati di dalam kekafiran sebelum Islam. Itu merupakan perumpamaan bagi yang mati dalam keadaan keluar dari jama’ah umat Islam yang diumpamakan seperti orang kafir yang mati sebelum ia menganut Islam, kerana kedua-duanya tidak tunduk dan tidak patuh kepada pemimpin. Orang yang tidak patuh/taat kepada pemimpin diibaratkan seperti orang-orang jahiliyyah yang tidak memiliki pemimpin. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/258)

Dalam hadis yang lain berkenaan memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

“Tidak halal darah seseorang muslim untuk ditumpahkan (dibunuh) iaitu seseorang yang mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, dan aku adalah utusan Allah melainkan dengan salah satu dari tiga perkara:

1 – Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,

2 – Membunuh orang lain, dan

3 – Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini, katanya:

وأما قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج والله أعلم

“Adapun sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah” adalah bersifat umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan bertaubat. Para ulama mengatakan:

Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula khawarij, wallahu a’lam... (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 11/165)

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin:

إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)

Dalam riwayat yang lain disebutkan:

مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ

“Sesiapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak untuk memecah-belahkan perpaduan di antara kamu atau menggugat kedudukan pemimpin kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:

فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل

“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/241)

Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:

دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا

Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan/negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)

Daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَكُوْن بَعْدِيْ أَئِمَّة لاَ يَهتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُوْنَ بِسُنَّتِيْ وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رجَال قُلُوْبُهُم قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنَ فِيْ جِثْمَانِ إِنْسِ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتَطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأطِعْ

“Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia”. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku menemuinya?”. Beliau menjawab: “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir, walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetap-lah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 3/387, no. 3435)

Hadis ini adalah di antara yang paling jelas menjelaskan berkenaan bab ini, kerana baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menyebutkan sifat-sifat pemimpin, bahawa mereka tidak mengikuti petunjuk Rasulullah dan melaksanakan sunnah-sunnahnya. Itu adalah kemuncak kemungkaran serta penyelewengan dan kekerasan yang paling jelas dilakukan, di mana mereka tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan diri mereka, keluarga dan rakyat.

Namun demikian, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya mereka ditaati, walaupun mereka bertindak menyeksa dan merampas harta-harta, sekalipun begitu keadaannya, tidak boleh kita meninggalkan ketaatan dan mengingkari perintah mereka (selagi mana bukan dalam perkara maksiat). Bahawasanya kesalahan mereka adalah urusan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka sendiri yang akan dihisab dan diberikan pembalasan pada hari kiamat nanti.

Dalam sebuah hadis yang juga daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu di ketika beliau bertanyakan tentang keburukan, beliau bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab:

“Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran/kekalutan/kekeruhan) padanya.” Aku bertanya:

“Apakah asap (kesamaran/kekalutan/kekeruhan) tersebut?” Beliau bersabda:

“Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.” Aku bertanya:

Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Beliau bersabda:

“Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).” Aku bertanya:

“Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Beliau menjawab:

“Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.” Aku bertanya:

“Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Beliau menyatakan:

“Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.” Aku bertanya:

“Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Beliau menjawab:

“Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu.”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)

Terkait dengan hadis tersebut, pada masa sekarang ini terdapat begitu banyak kelompok atau kumpulan-kumpulan tertentu yang bertindak menyelisihi para pemimpin sedia ada bagi kebanyakan wilayah atau negara tertentu. Walaupun pemimpin yang memimpin sesebuah negara itu adalah muslim dan tetap menegakkan solat, tetapi terdapat kumpulan-kumpulan serpihan ini yang sentiasa bertindak sebagai golongan pembangkang dan sentiasa berhasrat mahu merampas, merebut, atau menguasai tampuk kepimpinan sedia ada.

Dalam situasi ini, al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) menyatakan di ketika mensyarahkan hadis di atas ini dengan katanya bahawa:

وبالدعاة على أبواب جهنم من قام في طلب الملك من الخوارج وغيرهم والى ذلك الإشارة بقوله الزم جماعة المسلمين وامامهم يعني ولو جار ويوضح ذلك رواية أبي الأسود ولو ضرب ظهرك وأخذ مالك وكان مثل ذلك كثيرا في امارة الحجاج ونحوه قوله تلزم جماعة المسلمين وامامهم بكسر الهمزة أي أميرهم زاد في رواية أبي الأسود تسمع وتطيع وان ضرب ظهرك وأخذ مالك وكذا في رواية خالد بن سبيع عند الطبراني فان رأيت خليفة فالزمه وان ضرب ظهرك فان لم يكن خليفة فالهرب

“Para penyeru kepada pintu-pintu jahannam adalah mereka yang berusaha mencari kekuasaan, sama ada dari kalangan khowarij (pembawa idelogi pemberontakan) ataupun yang selainnya. Itulah yang dimaksudkan oleh hadis “Bersamalah dengan jama’ah muslimin dan pemimpin mereka”. Maksudnya, walaupun seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman. Lebih menjelaskan perkara ini adalah riwayat Abu al-Aswad “walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta kamu”. Situasi seperti ini banyak berlaku pada masa pemerintahan al-Hajjaj dan selainnya.

“Bersamalah dengan jama’ah muslimin dan pemimpin mereka”, maksudnya adalah pemimpin (yang menaungi) mereka. Dalam riwayat Abu al-Aswad ditambahkan “hendaklah engkau mendengar dan mentaati walaupun dia memukul punggungmu dan mengambil harta kamu”. Demikian juga dalam riwayat Kholid B. Suba’i yang direkodkan oleh ath-Thabrani “sekiranya engkau melihat khalifah (pemimpin), maka bersama-samalah dengan mereka walaupun dia memukul punggung kamu”....

وقال بن بطال فيه حجة لجماعة الفقهاء في وجوب لزوم جماعة المسلمين وترك الخروج على أئمة الجور لأنه وصف الطائفة الأخيرة بانهم دعاة على أبواب جهنم ولم يقل فيهم تعرف وتنكر كما قال في الأولين وهم لا يكونون كذلك الا وهم على غير حق وأمر مع ذلك بلزوم الجماعة

... Ibnu Baththal berkata: “Di dalamnya terdapat dalil bagi sejumlah fuqaha’ tentang kewajiban berkumpul bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan tidak melakukan pembangkangan (penentangan) kepada para pemimpin yang zalim, kerana beliau menggambarkan kelompok yang terpisah daripada pemimpin sebagai “para penyeru di pintu-pintu jahannam”, dan mereka tidak dinyatakan oleh beliau “engkau kenal dan engkau ingkari”, sebagaimana beliau sabdakan berkaitan dengan kelompok pertama. Mereka tidak berada dalam keadaan seperti itu melainkan mereka di atas kebatilan. Walaupun begitu, kita tetap diperintahkan supaya bersama-sama dengan jamaah (pemimpin yang memimpin).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/36-37)

Daripada Abi Umamah al-Bahili, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لينقضن عرا الإسلام عروة عروة فكلما انتقضت عروة تشبت الناس بالتي تليها وأولهن نقضا الحكم وأخرهن الصلاة

“Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Di setiap kali ikatannya terlepas, ia diikuti oleh manusia (ikatan seterusnya akan terlepas). Dan yang pertama kali terlepas adalah hukum dan yang terakhir sekali adalah solat.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 36/485, no. 22160. Komentar Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Jayyid)

Berkaitan dengan hadis ini, apa yang hendak kita fahami adalah bahawa batas ketaatan kepada pemimpin adalah selagi mana mereka masih muslim dan tetap menegakkan solat. Perkara ini ditegaskan di dalam banyak hadis, di antaranya adalah sebagaimana berikut:

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam daripada ‘Auf B. Malik radhiyallahu ‘anhu:

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ

“Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang kamu semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua.

Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci pada kamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu semua.”

‘Auf berkata: “Kami para sahabat lalu berkata: “Ya Rasulullah, apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu? Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Jangan menentang mereka dengan pedang, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua. Jika kamu melihat pada pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka bencilah perbuatan tersebut akan tetapi, janganlah kamu menarik ketaatan (daripada pemimpin tersebut). (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/403, no. 3447)

Daripada Ummu Salamah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برئ ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع قالوا يا رسول الله ألا نقاتلهم قال لا ما صلوا أي من كره بقلبه وأنكر بقلبه

“Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas tangan. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh terhadap pemimpin tersebut”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya?”. Beliau menjawab: “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat”. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

Dapat kita fahami dari hadis-hadis tersebut bahawa batas keataan ke atas pemimpin adalah selagi mana mereka masih muslim dan menunaikan solat. Dari hadis-hadis tersebut juga, sebenarnya ia telah membatalkan pandangan beberapa pihak yang menyatakan bahawa ketaatan kepada pemimpin gugur apabila pemimpin tersebut gagal atau tidak melaksanakan perundangan jenayah Islam tertentu seperti hudud dan qishash, manakala ada juga pihak yang menyatakan bahawa ketaatan kepada pemimpin hanya sekiranya mereka memimpin dengan sistem khilafah. Dengan itu juga, dapatlah kita fahami bahawa pandangan tersebut adalah keliru dan bertentangan pula dengan teks hadis-hadis yang sahih sebagaimana di atas yang menyatakan bahawa syarat yang paling minima yang perlu ada pada diri seseorang pemimpin untuk ditaati ialah selagi mana mereka (pemimpin) melaksanakan ibadah solat.

Daripada hadis Junadah B. Abi Umayyah radhiyallahu ’anhu, beliau berkata:

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Kami masuk ke rumah ‘Ubadah bin ash-Shomit ketika beliau dalam keadaan sakit dan kami berkata kepadanya: “Sampaikanlah hadis kepada kami dengan hadis yang telah engkau dengar daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dengannya Allah akan memberi manfaat kepada kami”.

Maka ‘Ubadah bin ash-Shomit berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memanggil kami kemudian kami membai’atnya. Dan di antara bai’atnya adalah supaya kami bersumpah-setia untuk mendengar dan taat ketika kami suka atau pun tidak, ketika dalam senang atau pun dalam susa, atau pun ketika kami diperlakukan secara tidak baik. Dan hendaklah kami tidak merebut/merampas/mengambil urusan kepimpinan dari ahlinya (orang yang berhak). Beliau Shallallahu ’alaihi wa Sallam berkata: “Kecuali sekiranya kamu melihat kekufuran yang jelas/nyata, yang mana kamu memiliki padanya bukti (burhan) di sisi Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 21/444, no. 6532. Muslim, 9/374, no. 3427)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

ومعنى الحديث لا تنازعوا ولاة الأمور في ولايتهم ولا تعترضوا عليهم إلا أن تروا منهم منكرا محققا تعلمونه من قواعد الإسلام فإذا رأيتم ذلك فأنكروه عليهم وقولوا بالحق حيث ما كنتم وأما الخروج عليهم وقتالهم فحرام بإجماع المسلمين وإن كانوا فسقة ظالمين

“Dan makna hadis ini adalah: Jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri (pemimpin/penguasa) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qawaa’idil Islaam). Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang benar di mana pun kamu berada. Adapun memerangi dan memusuhi mereka (pemimpin), tidak dibolehkan (haram) berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun penguasa tersebut termasuk orang-orang yang fasiq dan zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari, 13/8)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menambahkan (setelah menukil perkataan Imam an-Nawawi di atas):

وقال غيره المراد بالإثم هنا المعصية والكفر فلا يعترض على السلطان إلا إذا وقع في الكفر الظاهر

“Dan telah berkata para ulama selain beliau (an-Nawawi): “Bahawasannya yang dimaksudkan dengan dosa adalah kemaksiatan dan kekufuran. Maka dari itu, tidak dibolehkan melakukan penentangan ke atas sultan melainkan apabila ia telah terjatuh ke dalam kekufuran yang nyata (telah kafir secara terang-terangan tanpa dapat ditakwil – pen.).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/8)

Beliau seterusnya berkata lagi:

والذي يظهر حمل رواية الكفر على ما إذا كانت المنازعة في الولاية فلا ينازعه بما يقدح في الولاية الا إذا ارتكب الكفر وحمل رواية المعصية على ما إذا كانت المنازعة فيما عدا الولاية فإذا لم يقدح في الولاية نازعه في المعصية بأن ينكر عليه برفق ويتوصل الى تثبيت الحق له بغير عنف ومحل ذلك إذا كان قادرا والله أعلم

“Dan yang jelas adalah membawa riwayat (yang menyatakan tentang) kekafiran dalam konteks bolehnya merebut/mengambil kekuasaan, sehingga tidak boleh dirampas semata-mata kerana adanya faktor yang mencemarkan kekuasaannya tersebut, melainkan sekiranya ia melakukan kekufuran. Dan membawa riwayat (yang menjelaskan berkaitan) kemaksiatan untuk merampas urusan di luar kekuasaan. Apabila kekuasannya tidak dicemari (dengan kekufuran), tetapi di sudut yang lain ia terkena satu kemaksiatan, maka cara menghilangkannya adalah dengan tatacara yang lemah-lembut dan menyampaikan kepadanya kebenaran tanpa kekerasan. Itu adalah sekiranya ia mampu. dan hanya Allah maha mengetahui.

ونقل بن التين عن الداودي قال الذي عليه العلماء في أمراء الجور أنه إن قدر على خلعه بغير فتنة ولا ظلم وجب والا فالواجب الصبر

Dan dinukil dari Ibnut Tiin daripada ad-Dawudi bahawasanya beliau berkata: “Yang menjadi kewajiban ulama kepada para pemimpin yang zalim sekiranya ia mampu untuk menurunkannya dari kedudukannya tanpa menimbulkan fitnah dan kezaliman, maka ia wajib melakukannya. Sebaliknya, sekiranya tidak mampu, maka wajib untuk bersabar.”

وعن بعضهم لا يجوز عقد الولاية لفاسق ابتداء فان أحدث جورا بعد أن كان عدلا فاختلفوا في جواز الخروج عليه والصحيح المنع إلا أن يكفر فيجب الخروج عليه

Dan daripada selainnya: “Kaedah asalnya, tidak dibolehkan untuk memberi kekuasaan/kepimpinan kepada orang yang fasiq. Apabila ia melakukan kezaliman di mana pada awalnya ia adalah seorang (pemimpin) yang ‘adil, maka mereka (para ulama) berbeza pendapat berkenaan bolehnya keluar dari ketaatan kepadanya. Dan yang benar adalah larangan untuk keluar dari ketaatan kepadanya (memberontak) melainkan apabila ia telah kafir. Maka dalam perkara ini (apabila ia kafir) wajib untuk keluar dari ketaatan kepadanya.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 13/8)

Badruddin al-‘Aini al-Hanafi (Wafat: 855H) menjelaskan ketika mensyarahkan hadis tersebut:

وقال الكرماني الظاهر أن الكفر على ظاهره

Dan al-Karmani berkata: “Secara zahir, bahawa kufur yang dimaksudkan di sini adalah kufur secara zahirnya (kufur yang terang-terangan/kufur akhbar).” (al-Aini, ‘Umdatul Qari Syarah Shohih al-Bukhari, 35/111)

Para ulama menjelaskan bahwa bolehnya untuk keluar dari ketaatan dan memerangi penguasa adalah karena penguasa tersebut telah melakukan kekufuran (kufur akbar) yang menyebabkan ia menjadi kafir. Itulah yang disimpulkan oleh Ibnu Hajar setelah membawakan beberapa riwayat tentang lafaz hadis (kufran bawaahan, kufran shuraahan, ma’shiyatallaahi bawaahan, dan itsmin bawaahan). Lafaz-lafaz hadis tersebut saling menjelaskan di antara satu dengan yang lain. Lafaz kufur lebih khusus/spesifik daripada lafaz maksiat ataupun dosa. Perkataan Imam an-Nawawi sebagaimana tertulis di atas (iaitu perkataannya: “kecuali apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qawaa’idil-Islaam)), maka inipun juga tetap tidak bertentangan dengan makna kufur. Sesiapa yang melakukan kemaksiatan yang jelas yang termasuk dalam perkara tunjang agama (Islam), maka telah diketahui dan difahami bahawa ia boleh terjatuh ke dalam kekufuran. Akan tetapi, perkara ini memerlukan tafshil perincian