Memaparkan catatan dengan label Sultan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan. Papar semua catatan
Sabtu, Mac 09, 2013
SEJARAH PEMBUNUHAN RAKYAT SULU, SULTAN DAHAGAKAN DARAH !!
Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpilam pengganas Sulu yang diketuai oleh adiknya, Azzimudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.
Lebih-lebih lagi disaat perebutan takhta Kesultanan Sulu yangs semakin rumit apabila apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada sembilan orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu yang sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Ismael Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.
Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran lapan individu yang lain.
Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.
Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu. Lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan sestengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.
Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini. Dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yan bersenjatakan M16 di Sempoerna baru-baru ini.
Kebanyakan orang Sulu samada di Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.
Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II ( 1884 - 1936 ).
Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.
Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungya. Jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu diseluruh dunia gara-gara sebahagian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.
Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu. Dan tidak hairanlah apabila usahanya menjajah Sabah gagal, maka campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.
Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.
Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar umtuk memberi kepercayaan kepada siuapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.
Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diitiraf sebagai Sultan Sulu, tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi igauannya hingga ke liang lahad.
Langgan:
Catatan (Atom)