Ahad, Mac 17, 2013

TUN MUSA HITAM BALAS DENDAM PADA TUN MAHATHIR DENGAN BUKU JINGGA ??










Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya, itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya didalam program ' Bicara Minda: Survival Ekonomi Melayu ' yang berlaku di Karangkraf baru-baru ini.

Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ' membela Kitab Suci Pakatan Rakyat ' itu secara langsung. Tetapi, Tun Musa hanya ' membela Pakatan Rakyat '.

Pakatan Rakyat juga menganggap kenytaan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai rasis, tetapi sejak dari peringkat awal pembabitannya didalam politik lagi Tun Mahathir digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap  bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.

Namun setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar. Iaitu, sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian 'kek' ekonomi yang dijana oleh kaum Cinatidak dirampas, tetapi sebaliknya, berusaha membesarkan 'kek' tersebut, agar boleh dinikmati oleh kaum Melayu.

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan memahi sifat 'Ultra Melayu' beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.

Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat  perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.

Semuanya kerana wijud kumpulan esktremis seperti Dong Zong yang berdegil memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa kemakmuran dan keharmonian kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman. Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.

Maka lahirlah manusia-manusia seperti Namawee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap !! Angkuh !! Dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga membenci Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah, iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan. Tetapi dilihat sebagai usaha dari usaha kaum mereka semata-mata.

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bengga dengan negara ini.

Justeru, tidak hairanlah mereka 'dihalau' keluar dari negara ini dan digelar pendatang.

Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin, tentunya tidak senang dengan sikap generasi negara ini, kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asa penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Dimasa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih ditakuk lama.

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu ? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama sahaja ? Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apa pun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.

Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima  kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh dibelakangnya.


 Dan inilah yang berlaku diantara Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam. Malah dengan entah berapa ramai lagi 'bekas' rakan-rakannya. Termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi diliga manusia hebat pemimpin dunia.

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan. Kerana mereka yang mempunyai sikap ini tidak mampu menerima kenyataan.

Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang dari segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatinannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.

Kita pasti Tun Musa lebih tahu Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata. Kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada diadalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak dan lain-lain.

Jika puak PR berfikir lebih sedikit, mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jigga secara spesifik dalam membincangkan subjek ' tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara ', menunjukkan beliau tidak yakin dengan perancangan didalam buku tersebut.

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan terhadap Tun Mahathir dn mengharapkan cara ituakan dapat menyakitkan hati negarawan  tersebut.

Dendamnya terhadap Tun Mahathir, bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah SWT mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja termasuk Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya, Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai dan direstui Alah SWT lalu kecundang ditengah jalan. bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya. Tetapi, tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka didalam kerajaan atau parti.

Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.

Tredapat juga khabar angin, Tun Musa merupkan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya. Tetapi, itu adalah cerita lain.

Perlu diulang, bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahajaasal dapat melegakan dendamnya terhadap Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Ku Li, dan kemudian menghimpit Tun Abdullah badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hati ini. Mungkin bukan untuk jawatan, kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biarpun kecil, sekadar melampiaskan dendam.

justeru, tidak perlulah pencacai sekadar terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah .. bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan didalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah. Kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membankrapkan negara.

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak  bermakna yang negara tidak boleh bankrap dibawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka Neo-con, yang hampir membankrpkan negara pada tahun 1997/98. Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan. Manakala PAS pula, langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.

Kesimpulannya, PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.





Sabtu, Mac 16, 2013

JOM KENALI SIAPAKAH SEBENARNYA PI BALA ??











Pasti ramai yang ingin tahu siapakah sebenarnya Bala atau lebih dikenali sebagai PI Bala.

Bala atau nama sebenarnya:-

Nama: Balasubramaniam A/L Perumal
No. kad pengenalan:  600928 - 08 - 6235
Tempat lahir: Batang Padang, Perak.
Menyertai PDRM: 3hb Mei 1981,
Tarikh pengesahan jawatan:  3hb Mei 1984.
Jawatan: Konstabel



Beliau pernah ditugaskan sebagai Unit Semboyan dari tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1992, beliau yang berpangkat Lans Koperal, bertanggungjawab untuk Tugas Am dalam Cawanagn Pentadbiran di Balai Polis Sentul, sebelum bertukar ke Cawangan Khas di Petaling Jaya pada tahun 1994.

Pada tahun 1995, Bala telah dikenakan tindakan tatatertib dengan gajinya ditahan atas siasatan jenayah, bersabit Pantai Report 4434/35 Kes Sek.3(1) Akta Culik oleh Ketua Polis Selangor, dengan merujuk kepada PKS 498/95 bertarikh 1/11/1995.
Kes tersebut bukanlah satu-satunya kes jenayah yang melibatkan Bala. Hakikatnya, Bala telah terlibat dengan banyak kes sebelum ini yang turut membawa kepada tindakan tatatertib.

Jelas disini, Bala bukanlah orang yang boleh dipercayai seperti juga Deepak, RPK, SUARAM dan keseluruhan Pakatan Pembangkang yang menjadi dalang mereka. Logiknya, hanya orang-orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang akan terlibat dan bekerjasama dengan penjahat seperti Bala.

Rentetan kesalahan yang tidak dapat diampuhkan, maka pihak atasan telah membuat keputusan bahawa Bala tidak lagi wajar diberi peluang. Akhirnya Bala telah dipaksa meletakkan jawatan dalam masa 24 jam dengan notis sebulan gaji pada 2hb Feb. 1998.

Dari situ, Bala kemudiannya beralih kepada dunia Penyiasat Persendirian yang tentunya lebih bebas dan lebih mudah untuk mendekati penjenayah dan pengkhianat negara. Penglibatannya dalam kes Altantuya, pastinya dilihat sebagai peluang terbaik untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Namun, "setinggi-tinggi tupai melompat", akhirnya Bala lari ke luar negara.

Rasanya tidak perlulah dipersoalkan kehidupan Bala disana yang nampak mewah dan selesa, sama juga seperti RPK berdasarkan gambar-gambar mereka di London yang diedarkan dengan bangganya sebelum ini. Namun, seperkara yang perlu kita persoalkan .. atas tajaan siapa ??









Psssttt: Pepatah ada menyebut .. " harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama " .. kalo semasa hayatnya melakukan perkara-perkara yang baik, maka baik la sebutan orang. Kalau perkara yang tak baik ... sendiri mau ingat maaaa ..




PANASSS !! KIRAM KETAKUTAN BILA KOMANDO MALAYSIA SAMPAI DIDEPAN RUMAH !!











Filipina digemparkan apabila seorang kanak-kanak Filipina memegang dan menunjukkan sekeping syiling baru bernilai lima puluh sen (50 sen) yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram !!

Duit itu diberikan kepada kanak-kanak itu oleh seorang lelaki yang menaiki kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat. Lelaki itu dipercayai salah seorang Komando Malaysia.








Pssstt: Nampaknya tak senang tidur la Kiram lepas ni sebab Komando Malaysia telah sampai dihadapan rumahnya .. 





EDISI KANTOI !! GAMBAR BOGEL ANWAR MULA TERSEBAR !!




SELERA SONGSANG !!




Aksi 1


Bermanja-manjaan plak ..

Dah mula pegang-pegang


Aiiiyakkk !! dah peluk-peluk plak ??



Errrkkksss !! Dah raba-raba pula ..



Oh tidaaaaakkkkk !! .. Dah bercium plak ?? Adeh !! ngeri LOLS !!



Wah!! Sup lidah ke ??



Hehehe .. buka zip nampak ???



Huh !! Habis laaa .. dah buka baju ni .. Korang perhatikan betul-betul gambar ni tauuu ..


Hohoho !! Sudah bogel ka bang non ??



Aiiikkkk ?? Dah selesai ker ??? Berbalut selimut ke cadar tu bang non ??



Nak balik dah ke bang non ?? Perhatikan betul-betul .. 



Perhatikan betul-betul gambar ni .. Bang non nak balik dah ..




Gambar-gambar bogel Anwar dah tersebar !! Perhatikan betul-betul pada setiap perincian gambar yang ditunjukkan. Jelas orang didalam gambar adalah Anwar !! Bang non buat hal lagi Kak Jijah !! Alahaiiiiiiiii .. bang non punya selera .. GELI !! NGERI !! LOLS !!









Pssstttt: Kita tengok apa pula spin pencacai-pencacai pakatan haram kali ni .. hehehehe


KIRAM MINTA BANTUAN INDONESIA PERANGI SABAH ??















Kiram minta bantuan Indonesia untuk memerangi Sabah?? Nampaknya Kiram III betul-betul nekad untuk memiliki Sabah !!

Setelah tidak dilayan oleh kerajaan Filipina, Kiram III cuba untuk mendapatkan sokongan dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.

Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia, Merdeka.com, ketua penceroboh di Sabah, iaitu Kiram III mengaku telah memohon bantuan dari Presiden Indonesia didalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga memiliki hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalm ' Perjanjian Mafilindo '. Menurut portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan Kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak Republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Selain dari itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai ' munafiq ' dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tidak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.

" Walaupun malaysia negara yang mengamalkan Islam, tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata, sedangkan perbuatanereka tidak Islam ".

" Malaysia munafiq, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam ".
kata Kiram III dalam temuramah tersebut. Sebelum ini, Kiram III pernah meminta Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah. Tetapi, permintaanya ditolak.








Psssttt: Diorang bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan tu .. Islam la sangat ye ..



Isnin, Mac 11, 2013

ZAHID MAHU PENCEROBOH DITEMBAK MATI ATAU DITANGKAP !!







Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





IPOH - Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

" Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas .. kita mahu penceroboh militan ini samada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup. " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng, disini hari ini.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota keselamatan yang terkorban.

" Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan. Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan. " katanya

Beliau berkata, polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

" ATM ( Angkatan Tentera Malaysia ) apabila kita berada dibarisan hadapan, kita harus musnahkan musuh. Kita hormat bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan " katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, mana-mana pihk tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

" Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa didalam keadaan yang memerlukan, polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama. Sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama, " katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

" Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh. Kerana mereka ( pengikut ) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan juga dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain, " katanya.














Ahad, Mac 10, 2013

KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
















Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb ..







Sabtu, Mac 09, 2013

PENGAKUAN PENASIHAT SULTAN SULU, MEMBONGKAR RAHSIA PEMBERONTAKAN !!










Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffrey Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.


Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunai. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunai dalam peperangan. Peringkat awal, North Borneo telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah bekerjasama dengan Alfred Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf, Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspi lah yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit dimuka depan akhbar Malaysia dengan tajuk " Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia ".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh ditunutut oleh mana-mana pihak. Malangnya, ketika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang imposter  Kiram Yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui saya pernah dilantik Sultan Sulu yang sebenar iaitu Sultan Roodinood, anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan perkara ini, anda boleh rujuk Menteri Luar ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeffrey Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu ??








Pssstt: Pencacai Pakatan Haram sila baca baik-baik ekkkk ..


SEJARAH PEMBUNUHAN RAKYAT SULU, SULTAN DAHAGAKAN DARAH !!










Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpilam pengganas Sulu yang diketuai oleh adiknya, Azzimudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.

Lebih-lebih lagi disaat perebutan takhta Kesultanan Sulu yangs semakin rumit apabila apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada sembilan orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu yang sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Ismael Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran lapan individu yang lain.

Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu. Lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan sestengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini. Dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yan bersenjatakan M16 di Sempoerna baru-baru ini.

Kebanyakan orang Sulu samada di Malaysia  mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya  bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.

Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (  1884 - 1936 ).

Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri  orang Sulu.

Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungya. Jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu diseluruh dunia gara-gara sebahagian besarnya menjadi mangsa  pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.

Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu. Dan tidak hairanlah apabila usahanya menjajah Sabah gagal, maka campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.

Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.

Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar umtuk memberi kepercayaan kepada siuapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.

Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diitiraf sebagai Sultan Sulu, tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi igauannya hingga ke liang lahad.





PANASSS !! HADI VS ANWAR !! YANG MANA SATU PM PILIHAN PAKATAN HARAM ??












Pakatan haram dalam dilema !! Antara Haji Hadi dan Anwar, mereka keliru siapa yng bkal menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU13 nanti.

Disaat negara sedang bergolak dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Pakatan Haram sebok mencatur siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Nama Anwar disebut sebagai dalang pencerobohan pengikut-pengikut Kiram III di Lahad Datu, isu Soros dan ICG, Pas ibarat menangguk di air keruh. Dap pula adalah director yang memainkan peranan didalam hal ini.

Elok sangat la tu .. bak kata dialog P.Ramlee .. " penyamun menipu penyangak " ..

Pencacai-pencacai pakatan haram pula jadi mangsa permainan pemimpin-pemimpin mereka. Mereka tidak tahu pucuk pimpinan mereka sebenarnya bergolak. Saling berebut-rebut siapa yang bakal jadi PM. Pencacai Pas back up Pkr, pencacai pkr back up Dap .. pendek kata, saling membela. Sedangkan orang atas saling bertelagah dan tidak sependapat.

Untuk mengurus, mentadbir dan bersatu didalam parti yang hanya terdiri dari tiga kelompok pun Pakatan Rakyat tak mampu, bagaimana mungkin mereka hendak mentadbir negara ?? Kita semua tahu barisan komponen BN terdiri dari pelbagai parti. Yang terdiri dari 14 buah parti dibawah satu jenama iaitu, Barisan Nasional, (BN ).


Senarai barisan komponen BN :-


1 - UMNO
2 - MCA
3 - MIC
4 - Gerakan ( Parti Gerakan Rakyat Malaysia )
5 - PPP ( People Progressive Party )
6 - PSBBRS ( Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak )
7 - PRS ( Parti Rakyat Sarawak )
8 - SPDP ( Sarawak People's Democratic Party )
9 - SUPP ( Sarawak United People's Party )
10 - PBS ( Parti Bersatu Sabah )
11- PBRS ( Parti Bersatu Rakyat Sabah )
12 - UPKO ( United Pasokmomugon Kadazandusun Organization )
13 - LDP ( Liberal Democratic Party )
14 - IPF ( indian Progressive Front )


Manakala Pakatan Rakyat pula terdiri dari :=

1 - DAP
2 - PKR
3 - PAS

Hanya 3 kelompok parti itu sahaja yang berada dibawah satu bumbung iaitu, Pakatan Rakyat. Tapi telah bermacam-macam masalah yang timbul didalam barisan komponen parti itu.

Jadi, mari kita sama-sama fikirkan, adakah relevan Pakatan Rakyat menerajui negara ini sebagai pemimpin ?? Pakatan Rakyat sentiasa sahaja membuat kontroversi dengan pelbagai isu. Apa pun, saya tahu rakyat Malaysia sememangnya bijak memilih. Hanya segelintir sahaja yang terdiri dari para penyokong Pakatan Rakyat yang masih tidak dapat menilai.






Psssttt: Pakatan haram akan menang ke PRU13 nanti ?? Layak ke penjual kalimah Allah dan peliwat, penzina juga pengkhianat agama, bangsa dan negara Si Al Juburit tu jadi PM ?? Ngehngeh .. memang lawak ! Masing-masing dok bertelagah dalam memilih siapakah yang layak menjadi PM kalau Pakatan Rakyat menang ~






Jumaat, Mac 08, 2013

HANGAT !! SIDANG MEDIA SAIFUL MEMBALAS KENYATAAN BAPA, AZLAN MOHD LAZIM !!

Kenyataan Saiful pada sidang media













Para penyokong Anwarinas hari ini rasa mereka dah menang bila bapa Saiful Bukhari membuat kenyataan bahawa anaknya, Saiful dipergunakan oleh UMNO dan kerajaan. Mereka menganggap kenyataan bapa Saiful itu adalah bukti Anwar tidak bersalah. Namun, petang tadi Saiful telah membuat sidang media berkaitan isu tersebut.

Dalam kenyataannya, Saiful tegas menyatakan. bahawa dia sama sekali tidak akan berganjak dari pertuduhan dan kenyataan awalnya sebelum ini sejak lima tahun dahulu.

Kita diberitahu, bapa Saful, Azlan Mohd Lazim sebelum ini menghadapi masalah dan krisis keluarga. Azlan dilaporkan telah keluar dari rumahnya selama tiga minggu. Dan dia dikatakan mengalami masalah kewangan.

Umum tahu sebelum ini bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim begitu kecewa apabila mahkamah tidak dapat membuat apa-apa pertuduhan setelah hujah akhir Karpal Singh yang menyebut .. " liwat suka sama suka " .

Walaupun mahkamah telah melepaskan Anwar atas pertuduhan liwat tersebut, bapa Saiful masih lagi bertegas menyatakan Anwar telah meliwat anaknya, Saiful Bukhari. Dan menurutnya lagi, dia merasa tertekan dan kecewa atas keputusan mahkamah yang melepaskan Anwar tanpa sebarang pertuduhan.

Tiba-tiba hari ini bapa Anwar yang dilaporkan hilang selama tiga minggu dan menghadapi masalah kewangan, membuatg kenyataan bahawa anaknya dipergunakan oleh UMNO dan kerajaan.

Persoalannya sekarang, mengapa baru sekarang Azlan membuka mulut? Adakah kerana ' mulutnya ' telah disumbat wang oleh Anwar ? Kita tahu Anwar memang sanggup melakukan apa saja asalkan dapat membersihkan namanya. Apatah lagi bapa Saiful, Azlan, ibarat " orang mengantuk disorongkan bantal " .. bila manusia menjadi hamba duit, beginilah jadinya.

Betullah kata papatah .. " kerana duit, anak-beranak pun sanggup berbunuhan " .

Kepada bapa Saiful, Anwar bukanlah manusia yang patut dibela. Anwar adalah AL-DAJJAL. Manusia perosak agama, bangsa dan negara. Anak adalah segala-galanya. Mati esok bukan Anwar yang akan mendoakan anda. Sebaliknya, anak la yang akan mendoakan bapa.










Psssttt: Berapa  agaknya Anwar bayar pada bapa Saiful ekkkk .. ??? banyak gak yang Soros dan ICG bagi dana pada Anwar tu .. hmmmmmmmmmmmmm


PANASSS !! BUKTI PEMBABITAN ANWAR DAN SOROS !! ANWAR MENERIMA DANA DARI ICG ??

Bukti Anwar adalah ahli ICG



Lagi bukti pembabitan Anwar dan Soros



Daniel - bodyguard Anwar dari Filipina



Alfred - bodyguard Anwar dari Filipina


Bong - bodyguard Anwar dari Filipina






Noel - bodyguard Anwar dari Filipina






Anwar adalah dalang disebalik pencerobohan Lahad Datu. Lihat saja pada siapa ' body guard ' Anwar .. Lima orang bodyguard adalah bodyguard imported dari Filipina. Dan bukti Anwar menerima dana dari Soros - ICG.

Tidak diragukan lagi pembabitan Anwar dengan pencerobohan puak Sulu di Lahad Datu.

Anwar rela kehilangan Sabah asalkan hajatnya untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN tumbang. Itulah politik kotor Anwar. Lepas satu .. satu masalah yang Anwar timbulkan dimuka bumi ini.

Pada pandangan saya,  apa yang Anwar lakukan ini sebenarnya adalah semata-mata untuk menutup satu-persatu isu yang membabitkan Anwar. Dan Anwar juga ingin mengalih perhatian rakyat terhadap Gelombang Najib yang kian mendapat sambutan dari setiap golongan masyarakat negara ini.

Selepas Anwar keluar dari penjara, negara menjadi huru-hara. Itulah DAJJAL !!

Manusia seperti Anwar sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri dan demi survival poltiknya.

Apa pun, strategi Anwar menggunakan Kiram III adalah satu kesilapan besar. Apa yang Anwar lakukan kali ini betul-betul menimbulkan kemarahan rakyat seluruh negara.




Pssssttt: Meh kita nyanyi lagu untuk Anwar .. " tanya sama Anwar, apa sebab goyang .. nanti jawab anwar, dah kantoi semua yang aku temberang " ..






Selasa, Mac 05, 2013

ANWAR PENGECUT !! ANWAR BLOCK TWITTER ORANG YANG MENDESAK DIA MENYAMAN MANILA POST DAN REUTERS !!













Ternyata ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memang PENGECUT !!

Setelah beberapa kali saya twit Anwar meminta dia turut menyaman Manila Post dan Reuters, Anwar telah mengambil tindakan mebuat report keatas akaun twitter saya yang akhirnya telah dipadam oleh pihak Twitter. Namun saya bukanlah jenis orang yang mudah atau cepat mengalah.

Tindakan Anwar telah memaksa saya membuat sebuah lagi akaun twitter atas nama LinaIna17. Tapi selepas sekali twit sahaja, Anwar telah membuat perubahan setting pada akaun twitternya.

Persoalannya sekarang, kenapa Anwar takut bila diminta dia menyaman Manila Post dan Reuters ?? Bukankah Anwar memang suka saman-menyaman ni ? Perkara sebenarnya yang membuat saya meminta Anwar menyaman Manila Post dan Reuters, adalah kerana kenyataan Anwar sendiri yang mahu menyaman Utusan atas apa yang telah diterbitkan oleh akhbar itu berkaitan isu di Lahad Datu.

Apa yang Utusan siarkan adalah hasil kenyataan yang dibuat oleh oleh kerajaan Filipina yang menyebut .. "  hasil risikan oleh Agensi Perisik Flipina apa yang berlaku di Sabah, Malaysia, didalangi oleh ketua pembangkang kerajaan Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Malah berita ini juga turut disiarkan oleh Reuters dan Manila Post.

Akan tetapi, mengapa Anwar hanya menyatakan niatnya untuk menyaman Utusan sahaja ?? Mengapa Manila Post dan Reuters tidak disaman sama ?? Umum tahu pembangkang dan Anwar sendiri memang suka saman-menyaman ni, jadi pada pendapat saya, eloklah Manila Post dan Reuters turut sama disaman kerana juga ada mengeluarkan kenyataan itu. Adakah Anwar takut untuk menyaman Manila Post dan Reuters ??



Akaun twitter saya yang telah dihapuskan / di block oleh twitter: klik disini






Pssssttttt:  Kecut dah bang nuar kita ni .. sebarkan ! Kita desak Anwar saman Manila Post dan Reuter juga Agensi Perisikan Filipina. Jom kita ramai-ramai desak Anwar saman Manila Post dan Reuters !!


Isnin, Mac 04, 2013

DON'T HARM SULTAN'S MEN, NUR WARNS MALAYSIA - KENYATAAN NUR MISUARI YANG DIPUTAR BELIT OLEH PAKATAN HARAM








Mari kita lihat apa yang pembangkang cuba 'spin ' dengan kenyataan Misuari pada Manila Bulletin Publishing.


Mari kita baca sedikit petikan dari kenyataan Nur Misuari kepada Manila Bulletin Publishing yang bertajuk ' Don't Harm Sultan's Men, Nur warns Malaysia ' .

' When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said thant what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak '.

Terjemahan :-

Apabila dia berada di Jolo, Sulu, selama seminggu, Misuari berkata bahawa apa yang dia telah dengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka telah didakwa dijanjikan untuk diselesaikan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Jelas dari kenyataan Misuari menyebut .. " dijanjikan untuk diselesaikan di Sabah " ..

Takde pula dia menyebut Najib menjanjikan Sabah kepada mereka. Atau untuk mudah difahami, takde pula Misuari menyatakan najib akan menyerahkan Sabah.


Sila klik disini





Psssstttt:  Apsal la puak-puak pakatan haram ni suka sangat spin pada perkara yang jelas nyata ??




Ahad, Mac 03, 2013

EDISI SIASAT !! SULTAN SULU TIDAK DIIKTIRAF ??




GAMBAR pada 26 Februari lalu menunjukkan Jamalul Kiram III mendengar soalan pada sidang akhbar di Manila


ANGGOTA tentera berkawal di kampung Tanduo, Lahad Datu selepas pertempuran tercetus semalam



Sultan Sulu Tidak Diiktiraf ??

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan  pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang disini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan, terdapat kesangsian dalam keturunan Kesultanan tersebut.

Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.

Justeru Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III keatas negeri Sabah di Malaysia

Sultan Sulu terakhir yang diiktirafkan pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada tahun 1974. Selepas kematiannya, pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat. Hasil penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada tahun 1990.

Sebelum ini, Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termaasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.

Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara ( Sabah ) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an. Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukkan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

Sabah yang merupakan bekas koloni British, menjadi sebahagian  Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Beradasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberi pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 ( RM5,264 ) menurut nilai semasa




ADAKAH SEJARAH PAS BAKAL BERULANG ?? DULU BERCERAI DENGAN UMNO/BN, ADAKAH KALI INI BERSAMA PAKATAN RAKYAT ??












Sejarah bakal berulang. Umum tahu, suatu ketika dulu, Pas pernah bergabung dengan UMNO / BN. Tapi, atas dasar tamak dan hasad dengki, Pas telah mengkhianati UMNO/BN.

Pas mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun  Abdul Razak, pada tahun 1972 dan ditendang keluar pada tahun 1978 oleh Tun Hussien Onn, kerana Pas memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Muhammad Nasir dilantik oleh Barisan Nasional untuk menerajui Kelantan dengan mengenepikan Pesuruhjaya Pas Negeri, iaitu Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akibat tidak dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah merencanakan politiknya sehingga tercetusnya pergaduhan besar-besaran di Kota Bharu. Kesan pemecatan itu diakui sendiri oleh Dato Dr Haron Din dalam mStar 5 jun 2011, yang menyebut bahawa, " Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu. Cadangan itu ditentang oleh sebahagian iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri." .

Klik disini

Berita tentang Pas akan keluar dari Pakatn Rakyat telahpun tersebar luas. Apakah sejarah Pas bakal berulang ?? Walaupun Pas cuba menafikannya, namun rakyat Malaysia tahu tentang pergolakan yang berlaku didalam Parti Pas dan Pakatan Rakyat.




Psssttt: Dulu gabungan antara Pas dan UMNO/BN . Adakah kali ini gabungan Pas dan Pkr/Dap - Pakatan Rakyat pula ?? Apa pun kita tahu Pas memang tak pernah memegang pada janji-janjinya. 






Sabtu, Mac 02, 2013

DIMANA MARUAH KESULTANAN SULU ?? DULU LARI MENINGGALKAN NEGERI SABAH DAN RAKYATNYA BERDEPAN MUSUH SEMASA PERANG DUNIA KE-II ??









Mari kita singkap sejarah permulaan penyatuan Sabah dan Sarawak

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripadaKepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negara - Malaysia, IndonesiaFilipinaSingapuraBrunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang,Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak,PahangSelangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah PerlisKedahKelantan, danTerengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Penubuhan Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaanIndonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa Perang Dunia ke-II, Kesultanan Sulu telah melarikan diri meninggalkan Sabah dan rakyatnya terumbang-ambing. Pada tarikh 16 September 1963, Malaysia telah menawarkan penyatuan kepada rakyat Sabah dan ianya disambut baik.

Dulu lari meninggalkan negeri dan rakyat Sabah tanpa berfikir. Selepas puluhan tahun, Sabah dah maju dibawah Malaysia Baru, mengapa baru sekarang Kesultanan Sulu nak tuntut Sabah ?? Dimanakah maruah mereka ??