Jumaat, April 25, 2014
Edisi kantoi!! #GST: Pakatan Rakyat Mengambil Kesempatan Keatas Rakyat Yang Tak Faham
Ramai yang tidak faham tentang GST. Manakala Pakatan Rakyat pula mengambil kesempatan dengan membuat penipuan dengan menyatakan GST membebankan rakyat. Nak tau apa dia GST? Mari sama2 kita tonton video ini ..----> Jom Fahami #GST
Rakyat telah dibohongi dengan pelbagai fitnah oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat berkaitan dengan #GST. Mana datangnya GST dikatakan dikenakan sehingga 24% ?? Huhuhu .. Hairan Bin Ajaib!
Untuk pengetahuan semua, GST jauh berbeza dengan SST. Cukai yang sekarang ini dikenakan keatas rakyat adalah cukai SST. Cukai SST dikenakan sebanyak 16%. Iaitu Sales Tax, Service Tax dan Goods & Servis Tax. Manakala dengan GST, kita tidak lagi perlu membayar cukai untuk SalesTax dan Servis Tax. Tp ianya diganti kepada Goods & Servis Tax. Cukai yang ada sekarang (SST) terdapat cukai tersembunyi. Dan cukai itulah yang memberi keuntungan besar kepada para peniaga. Oleh sebab itulah mereka menolak GST. Dengan GST, syarikat2 dan semua para peniaga perlu berdaftar.
Cukai SST sebanyak 16% tadi, akan TURUN atau DITUKAR menjadi hanya 6%. Sebagai contoh, sehelai baju yang berharga RM10. Dengan SST, jumlah yang perlu kita bayar adalah sebanyak RM11.60. Dimana, harga baju RM10 + 16% (RM1.60/SST) = RM11.60. Akan tetapi, dengan GST, harga baju RM10 + 6% (RM0.60/GST) menjadikan harga baju yang perlu kita bayar hanya sebanyak RM10.60. Jadi yang mana menguntungkan anda atau dengan kata lain, dimana suara2 yang menyatakan GST membebankan rakyat? Adakah anda mahu membayar harga baju dengan harga RM11.60 (SST) .. atau anda ingin membayar harga baju tersebut dengan hanya sebanyak RM10.60?
Ramai yang membuat perbandingan GST di Malaysia dengan Singapura. Ye! Kita akui GST di Singapura agak rendah. Tapi .. tahukah anda bahawa di Singapura, semua barang dikenakan GST? Dan di Singapura juga TIADA SUBSIDI? Tiada apa yang tidak dikenakan GST di Singapura.
Malah, sebelum ini juga, Anwar pernah bersetuju dengan GST. Malah Rafizi juga telah menyatakan bahawa GST baik untuk rakyat. Lihat disini:
Adakah anda semua nampak? Penipuan dan lakonan apakah yang sedang dimainkan oleh Pakatan Rakyat? Sama2 kita fikirkan ..
Psssttt: Kantoi sudaaaa ... hikhikhikhik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan