Selasa, Mac 05, 2013

ANWAR PENGECUT !! ANWAR BLOCK TWITTER ORANG YANG MENDESAK DIA MENYAMAN MANILA POST DAN REUTERS !!













Ternyata ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memang PENGECUT !!

Setelah beberapa kali saya twit Anwar meminta dia turut menyaman Manila Post dan Reuters, Anwar telah mengambil tindakan mebuat report keatas akaun twitter saya yang akhirnya telah dipadam oleh pihak Twitter. Namun saya bukanlah jenis orang yang mudah atau cepat mengalah.

Tindakan Anwar telah memaksa saya membuat sebuah lagi akaun twitter atas nama LinaIna17. Tapi selepas sekali twit sahaja, Anwar telah membuat perubahan setting pada akaun twitternya.

Persoalannya sekarang, kenapa Anwar takut bila diminta dia menyaman Manila Post dan Reuters ?? Bukankah Anwar memang suka saman-menyaman ni ? Perkara sebenarnya yang membuat saya meminta Anwar menyaman Manila Post dan Reuters, adalah kerana kenyataan Anwar sendiri yang mahu menyaman Utusan atas apa yang telah diterbitkan oleh akhbar itu berkaitan isu di Lahad Datu.

Apa yang Utusan siarkan adalah hasil kenyataan yang dibuat oleh oleh kerajaan Filipina yang menyebut .. "  hasil risikan oleh Agensi Perisik Flipina apa yang berlaku di Sabah, Malaysia, didalangi oleh ketua pembangkang kerajaan Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Malah berita ini juga turut disiarkan oleh Reuters dan Manila Post.

Akan tetapi, mengapa Anwar hanya menyatakan niatnya untuk menyaman Utusan sahaja ?? Mengapa Manila Post dan Reuters tidak disaman sama ?? Umum tahu pembangkang dan Anwar sendiri memang suka saman-menyaman ni, jadi pada pendapat saya, eloklah Manila Post dan Reuters turut sama disaman kerana juga ada mengeluarkan kenyataan itu. Adakah Anwar takut untuk menyaman Manila Post dan Reuters ??



Akaun twitter saya yang telah dihapuskan / di block oleh twitter: klik disini






Pssssttttt:  Kecut dah bang nuar kita ni .. sebarkan ! Kita desak Anwar saman Manila Post dan Reuter juga Agensi Perisikan Filipina. Jom kita ramai-ramai desak Anwar saman Manila Post dan Reuters !!


Isnin, Mac 04, 2013

DON'T HARM SULTAN'S MEN, NUR WARNS MALAYSIA - KENYATAAN NUR MISUARI YANG DIPUTAR BELIT OLEH PAKATAN HARAM








Mari kita lihat apa yang pembangkang cuba 'spin ' dengan kenyataan Misuari pada Manila Bulletin Publishing.


Mari kita baca sedikit petikan dari kenyataan Nur Misuari kepada Manila Bulletin Publishing yang bertajuk ' Don't Harm Sultan's Men, Nur warns Malaysia ' .

' When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said thant what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak '.

Terjemahan :-

Apabila dia berada di Jolo, Sulu, selama seminggu, Misuari berkata bahawa apa yang dia telah dengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka telah didakwa dijanjikan untuk diselesaikan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Jelas dari kenyataan Misuari menyebut .. " dijanjikan untuk diselesaikan di Sabah " ..

Takde pula dia menyebut Najib menjanjikan Sabah kepada mereka. Atau untuk mudah difahami, takde pula Misuari menyatakan najib akan menyerahkan Sabah.


Sila klik disini





Psssstttt:  Apsal la puak-puak pakatan haram ni suka sangat spin pada perkara yang jelas nyata ??




Ahad, Mac 03, 2013

EDISI SIASAT !! SULTAN SULU TIDAK DIIKTIRAF ??




GAMBAR pada 26 Februari lalu menunjukkan Jamalul Kiram III mendengar soalan pada sidang akhbar di Manila


ANGGOTA tentera berkawal di kampung Tanduo, Lahad Datu selepas pertempuran tercetus semalam



Sultan Sulu Tidak Diiktiraf ??

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan  pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang disini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan, terdapat kesangsian dalam keturunan Kesultanan tersebut.

Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.

Justeru Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III keatas negeri Sabah di Malaysia

Sultan Sulu terakhir yang diiktirafkan pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada tahun 1974. Selepas kematiannya, pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat. Hasil penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada tahun 1990.

Sebelum ini, Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termaasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.

Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara ( Sabah ) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an. Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukkan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

Sabah yang merupakan bekas koloni British, menjadi sebahagian  Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Beradasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberi pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 ( RM5,264 ) menurut nilai semasa




ADAKAH SEJARAH PAS BAKAL BERULANG ?? DULU BERCERAI DENGAN UMNO/BN, ADAKAH KALI INI BERSAMA PAKATAN RAKYAT ??












Sejarah bakal berulang. Umum tahu, suatu ketika dulu, Pas pernah bergabung dengan UMNO / BN. Tapi, atas dasar tamak dan hasad dengki, Pas telah mengkhianati UMNO/BN.

Pas mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun  Abdul Razak, pada tahun 1972 dan ditendang keluar pada tahun 1978 oleh Tun Hussien Onn, kerana Pas memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Muhammad Nasir dilantik oleh Barisan Nasional untuk menerajui Kelantan dengan mengenepikan Pesuruhjaya Pas Negeri, iaitu Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akibat tidak dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah merencanakan politiknya sehingga tercetusnya pergaduhan besar-besaran di Kota Bharu. Kesan pemecatan itu diakui sendiri oleh Dato Dr Haron Din dalam mStar 5 jun 2011, yang menyebut bahawa, " Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu. Cadangan itu ditentang oleh sebahagian iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri." .

Klik disini

Berita tentang Pas akan keluar dari Pakatn Rakyat telahpun tersebar luas. Apakah sejarah Pas bakal berulang ?? Walaupun Pas cuba menafikannya, namun rakyat Malaysia tahu tentang pergolakan yang berlaku didalam Parti Pas dan Pakatan Rakyat.




Psssttt: Dulu gabungan antara Pas dan UMNO/BN . Adakah kali ini gabungan Pas dan Pkr/Dap - Pakatan Rakyat pula ?? Apa pun kita tahu Pas memang tak pernah memegang pada janji-janjinya. 






Sabtu, Mac 02, 2013

DIMANA MARUAH KESULTANAN SULU ?? DULU LARI MENINGGALKAN NEGERI SABAH DAN RAKYATNYA BERDEPAN MUSUH SEMASA PERANG DUNIA KE-II ??









Mari kita singkap sejarah permulaan penyatuan Sabah dan Sarawak

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripadaKepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negara - Malaysia, IndonesiaFilipinaSingapuraBrunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang,Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak,PahangSelangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah PerlisKedahKelantan, danTerengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Penubuhan Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaanIndonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa Perang Dunia ke-II, Kesultanan Sulu telah melarikan diri meninggalkan Sabah dan rakyatnya terumbang-ambing. Pada tarikh 16 September 1963, Malaysia telah menawarkan penyatuan kepada rakyat Sabah dan ianya disambut baik.

Dulu lari meninggalkan negeri dan rakyat Sabah tanpa berfikir. Selepas puluhan tahun, Sabah dah maju dibawah Malaysia Baru, mengapa baru sekarang Kesultanan Sulu nak tuntut Sabah ?? Dimanakah maruah mereka ??







Jumaat, Mac 01, 2013

MILOSUAM BLOGGER BERBAYAR PAKATAN HARAM MEROYAN !!












Milosuam blogger berbayar Pakatan Haram meroyan !!

Agaknya kalau ahli keluarga Milosuam yang terkorban didalam pertempuran di Lahad Datu, mungkin dia akan sedar. Ajal-maut, jodoh-pertemuan adalah takdir Allah SWT. Setiap yang hidup pasti akan mati. Hanya masa dan caranya sahaja yang berbeza. 

Apakah Milosuam ni orang Islam ?? Kalau dia beragama Islam, dimanakah letaknya keimanan dia ?? Bukankah semua ini adalah Qada' dan Qadar Allah ..



Haish !! Inilah jadinya bila iman tiada lagi didalam diri orang Islam. Apa-apa yang berlaku, semuanya nak salahkan orang lain dan mulalah mendoakan yang buruk-buruk terhadap orang lain. 




EDISI ABBY BANGANG ABADI !! PERTEMPURAN DI LAHAD DATU, ABBY ABADI SALAHKAN KERAJAAN ??







Abby Abadi yang terkenal suka membuat kenyataan bodoh, hari ini sekali lagi menunjukkan kebangangannya bila menyatakan pertempuran yang berlaku di Lahad Datu adalah angkara UMNO / BN .

Didalam tweeternya, Abby menyebut, .. " Yang membuat kenyataan ini adalah saudara tentera yang bertugas di Lahad Datu. Mereka tak sanggup lagi mendengar ada nyawa terkorban kerana kerajaan UMNO / BN. Tak berbaloi " ..

Abby sepatutnya mengajak orang ramai sama-sama mendoakan kesejahteraan dan memohon kepada Allah untuk keselamatan para anggota keselamatan  negara kita.

Tak hairan THE FLYING KICK menyelar Abby sama seperti pelacur. Kerana kenyataan Abby yang menyokong kata-kata Tian Chua yang menyatakan, pertempuran di Lahad Datu hanyalah sandiwara UMNO / BN .

Al-Fatihah untuk mangsa .. Dan takziah buat keluarga mangsa ..

Psssttt: Tak tahu la nak kata apa pasal Abby ni .. Ingatkan nak mencari Redha Allah .. tapi nampaknya Abby semakin sesat dan berada dalam kegelapan. Elok rasanya Si Abby ni kahwin cepat-cepat dari dia dok meroyan siang malam tak tentu arah ..

Khamis, Februari 28, 2013

EDISI PANASS !! WANITA BERGOYANG DANGDUT HANYA 600 METER DARI RUMAH NIK AZIZ !!









           


Mari .. Mari .. Mari .. !! Mari kita tengok aksi goyang pinggul ayam dan lembu berhampiran rumah Nik Aziz !!

Blog Tukar Kelate mengemukakan satu bukti rakaman tarian wanita berdangdut tidak jauh dari rumah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

" Dengan bunyi muzik yang kuat, pergaulan bebas wanita dan lelaki tanpa malu, segan silu, menari di khalayak ramai. Itulah yang berlaku di Pulau Melaka. Dimana, lokasi kejadian berada tidak sampai 1 kilometer dari kediaman Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru. "

" Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan, mempunyai sebanyak 17 buah pusat karaoke yang beropersai sehingga jam 4:00 pagi. Ada juga yang beroperasi 24 jam. "
" Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan dan menutup periuk nasi pihak-pihak terbabit. Apa yang kami mahu dedahkan ialah, kegagalan Pas di negeri yang digelar Serambi Mekah. Dimana rakyatnya dikatakan telah pun diberikan didikan dan ilmu Islam sejak Pas diberikan mandat sebagai Pemerintah dan Mentadbir kerajaan negeri tersebut sejak tahun 1990. " dedah blog itu.



Psssttt: Amacam pencacai-pencacai pas ?? Lagi mau cover kaa ?? Ngehngeh ..


Isnin, Februari 25, 2013

EDISI PENDEDAHAN !! ROWSTEAD SDN BHD MILIK NIK AZIZ ADALAH SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBINA LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI











Berikutan pendedahan yang saya buat sebelum ini berkaitan syarikat ROWSTEAD SDN BHD , yang dimilik oleh Nik Aziz, akhirnya sebuah lagi pembongkaran dapat dibuat.

Sebelum ini kita semua maklum hasrat Nik Aziz untuk membina Lebuhraya Rakyat. Sebenarnya, hasrat Nik Aziz untuk membina lebuhraya rakyat tersebut ada kaitan dengan syarikat ROWSTEAD SDN BHD.
Pembinaan lebuhraya rakyat tersebut akan dilakukan oleh syarikat ROWSTEAD SDN BHD.

Nik Aziz yang merupakan DIRECTOR syarikat tersebut ternyata mempunyai AGENDA yang BESAR dengan projek pembinaan lebuhraya rakyat yang di uar-uarkan akan dibina. Untuk membina lebuhraya rakyat tersebut, rakyat diminta untuk memberi SUMBANGAN /  DERMA kepada kerajaan negeri dalam usaha Nik Aziz dan juga kerajaan Kelantan untuk membina lebuhraya rakyat tersebut.

Persoalannya sekarang, dah berapa jumlah kutipan derma yang telah diberikan oleh rakyat dalam usaha untuk membina lebuhraya tersebut ?? Bagaimana perkembangan projek tersebut ?? Mengapa kita tidak mendengar sebarang perkembangan berkaitan projek lebuhraya rakyat ??

Disini saya ingin memberi sedikit rumusan yang telah saya buat berkenaan isu pembinaan lebuhraya rakyat tersebut.

* Untuk membina lebuhraya rakyat, peruntukan yang besar diperlukan. Bantuan dan ehsan dari rakyat diperlukan untuk menjayakannya. Rakyat diminta bekerjasama dengan memberi sumbangan / derma. Akan tiba disuatu masa, kerajaan kelantan akan umumkan, kos untuk membina lebuhraya rakyat berkenaan terpaksa dibatalkan kerana DANA tak mencukupi.

Itu persoalan akan timbul. Bagaimana dengan sumbangan dari individu dan syarikat swasta sebelum ini? Adakah wang itu akan dikembalikan ??  Individu dan syarikat swasta yang memberi sumbangan melalui CEK mungkin dapat disemak semula. Bagaimana pula dengan rakyat yang menderma gitu-gitu sahaja? Tak ada nama dan jumlah yang dicatatkan.

Dan pada masa itu, akan keluarlah kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz yang menyatakan, " dah nama pun DERMA, jadi kita semua kenalah ikhlas dan tak perlu lagi mengungkit soal wang tersebut ".




Pssssttt: Rakyat kelantan kenalah berfikir secara matang dan waras. Jangan terlalu mudah diperdaya  oleh Ulamak Su' ini. Sejahat-jahat makhluk, adalah Ulamak Su'. Bukan saya yang kata ye .. Nabi yang kata .. hehehe


Ahad, Februari 24, 2013

EDISI PENDEDAHAN !! WOW !! NIK AZIZ ' DIRECTOR ' SYARIKAT ROWSTEAD SYSTEM SDN BHD ??









Tido pok nik yeee ...



Apa-apa je la pok nik oiii .. makan kat rumah kenduri, dok bawah je la ekkkk ..



Kali ni tak nak taip banyak lah .. cukup la dengan beberapa patah perkataan untuk korang semua baca, fahami dan nilaikan sendiri siapa dia Nik Aziz ni.

Sebelum ni beberapa bukti telah pun kita tunjukkan kepada umum tentang harta dan jawatan yang Nik Aziz sandang di dalam beberapa buah syarikat. Namun, pencacai-pencacai pr tuduh kita FITNAH.

Disini saya tunjukkan bukti mengenai sebuah syarikat dimana Nik Aziz adalah DIRECTOR disyarikat tersebut. WOW !!!! Hebatnya ulamak zuhud ni !!

Syarikat yang didaftar atas nama ROWSTEAD SYSTEM SDN BHD,. dengan no pendaftaran 477601-W , telah menjadi tanda tanya kepada saya. Milik siapakah syarikat tersebut ?? Berpandukan pada borang pendaftaran syarikat diatas, kita dapat lihat, Nik Aziz adalah salah seorang ' DIRECTOR ' di syarikat terbabit. Adakah ianya milik Nik Aziz, atau milik bersama ??

Selain dari Nik Aziz, ada dua orang lain yang tertera nama mereka pada borang pendaftaran syarikat tersebut yang dimaklumkan sebagai director. Nama-nama mereka, ialah .. YBM Tengku Dato' Shah Buddin bin Tengku Mahamad Ma'asum , no ic, 480810 - 03 - 5295 adalah merupakan Ketua Kewangan Negeri. Manakala seorang lagi, iaitu Wan Zulkifle bin Wan Yusof , no ic 580128 - 03 - 5725 adalah Ketua Eksekutif Kumpulan. 
Nampaknya pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan memang hebat-habat belaka. Apa pun, saya nak ucapkan TAHNIAH la pada Nik Aziz diatas kejayaannya melebarkan empayarnya.


Pssssttttttt: Hebat pok nik ni .. lepas ni tak perlu la lagi pok nik jadi pelakon , sebab income dah stabil. Tak perlu la lagi makan bersila kat bawah .. hehehehe



Sabtu, Februari 23, 2013

EDISI KANTOI !! PAGE 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB ADALAH MILIK PAKATAN RAKYAT !!



https://www.facebook.com/We.Support.PM 







Edisi kantoi kali ini mendedahkan sebuah page dalam laman facebook yang sebenarnya adalah milik Pakatan Haram. Page tersebut ialah page 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib.

Yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah, mengapa page tersebut menggunakan nama Ds Najib untuk page mereka ? Bukankah Pakatan Haram benci sangat-sangat dengan Najib dan UMNO/BN? Apakah modus operandis page tersebut ? Adakah untuk menarik minat rakyat untuk mengLIKE page mereka ? Atau mereka menggunakannya untuk menjatuhkan UMNO/BN ??

Namun, bak kata pepatah .. " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ". Begitulah yang terjadi kepada page tersebut. Ianya terbongkar bilamana seorang facebooker telah menghantar mesej ke
page tersebut bahawa salah satu posting dar page tersebut mengganggunya. Amat mengejutkan apabila respon yang diberikan oleh admin page tersebut begitu mengecewakan. Kata-kata kesat dilemparkan terhadap si pengadu.

Salah seorang admin page tersebut sebelum ini pernah saya siarkan didalam EDISI KANTOI sebelum ini, iaitu Rudie. Yang dikenali sebagai Rudie Al Gore atau Rudie Ah Gore dan juga sebagai Rudie Wayar Putuih selain dari itu, Rudie juga menggunakan nama Nan Yuri. Rudie memiliki lapan buah akaun fb. Empat darinya adalah akaunnya menyamar sebagai orang UMNO/BN. Sementara itu, lima akaunnya yang lain sedang dalam siasatan untuk didedahkan. Ngeh2 ..








Apa pun kita semua kenali Rudie memang KAKI FITNAH !! Rudie juga adalah pemilik page Ah Rudie Gore ( Pengulas Politik dan Isu Semasa ) . dan juga salah seorang admin page Isu Politik Semasa versi Pakatan Haram.

 Apa pun, kepada penyokong-penyokong UMNO/BN, seperkara yang saya nak nasihatkan kepada anda semua. Semua page-page  Pakatan Haram tu, tak perlulah anda LIKE. Anda tak LIKE pun, anda tetap dapat masuk untuk membaca dan memberi komen terhadap posting-posting mereka. Kalau anda LIKE, akan menambah jumlah orang yang mengLIKE . Dan dengan ini secara tak langsung mereka menganggap ramai yang menyokong mereka.



Pssstttttt: Rudie pencacai berbayar. DETECTED.


Khamis, Februari 21, 2013

BERITA PANASSS !! ABBY ABADI MIMPI ALTANTUYA ??





Tak tau nak kata apa deh! .. Kesian betul tengok si Abby Abadi ni. Terlalu taksub bertweeter, sampai dah takde modal dan tak tau apa lagi nak ' update ' kat tweeternya, sampai sanggup buat citer bangang.

Bila terbaca tweeter Abby yang melakukan sembahyang untuk Altantuya, rasa kesian plak. Tapi, apa ke bangangnya dia sembahyang untuk si kafir ?? Opsss ! Betul la dia sembahyang. Sebab dia bukan solat. Sembahyang untuk bukan Islam. Kalau orang Islam solat. Ngehngeh ..

Sejak menjadi ahli Pas seumur hidup, Abby nampaknya semakin teruk. Rasanya dulu Abby takde la teruk sangat macam ni perangai dia. Inilah akibatnya apabila artis nak main politik. Ilmu takde, tapi nafsu besar. Pada hemah saya, tak mustahil selepas ni Abby akan tweet kata dirinya menerima ugutan pula.

Adakah ini caranya Abby nak mendapatkan perhatian untuk menjadi calon Pakatan Haram ?? Andai itu yang Abby mahukan, rasanya memang dah cukup syarat. Sebab yang ada dalam Pakatan Haram tu semuanya otak mereka sama seperti Abby. Semuanya suka cari publisiti. Jadi, pendapat saya .. bagi je la dia jadi calon Pakatan Haram tu. Sekurang-kurangnya bertambah meriah la lagi Pakatan Haram tu. Bertambahlah lagi badut-badut dalam Pakatan Haram yang boleh menghiburkan kita. Kita bagi  Abby bertanding atas tiket Pas menggantikan Ketua Wanita Pas yang tak pernah buat apa-apa pun tu .. Rasanya Abby memang layak sangat-sangat, sebab dia mampu mentafsirkan mimpinya itu. ( huh! Dahsyat tu !! )

Bak kata sahabat kita AAKJ .. " berilah dia test sepenggal .. kalu nasib dia baik, dia menang PRU13  .. kalu tak, dia kena penggal dengan pengundi " ..

Inilah tweet Abby yang paling lawak.

* Abby mimpi jumpa Altantuya .. terus dikhabarkan pada dunia bahawa seolah-olah Altantuya hantar signal padanya, minta Abby beri perhatian. Roh Altantuya tak aman, kot .. Haish !! Apa la punya bangang si Abby ni .. percaya dengan bisikan iblis yang sentiasa berbisik pada manusia menghasut supaya membenci sesama manusia dan saudara Islam.

Dan ayat sememangnya orang-orang kafir ni mati tak aman, tak tenang. Alahaiiiiiiiiii Abby .. Orang Islam pun kalau yang perangai macam Abby dan Anwar pun tak tenang matinya.



Psssssttt: Kalau kata bodoh piang kang marah plak. Tapi itulah hakikatnya si Abby Abadi ni .. ngehngeh ..

CABAR DEEPAK DAN RAFIZI TUNJUKKAN BUKTI YANG DIDAKWA ADA DIDALAM SIMPANAN MEREKA !!





Deepak dan Rafizi dok canang perkatakan tentang surat dan resit pembelian cincin yang ada pada mereka berkaitan pembelian cincin bernilai RM13 juta oleh Rosmah. Betul ke ada ?? Kalau ada, apa lagi ?? Tunjukkan je la pada umum. Bila lagi nak tunjukkan bukti tu ? Ni lah masanya untuk mereka menunjukkannya dan membuktikan kebenaran. Pilihan Raya Umum tak lama je lagi. Jadi, inilh masa yang sesuai untuk mereka bertindak,

Rosmah telah pun bersumpah mempertahankan dirinya. Tapi Deepak dan Rafizi cuba memomokkan orang ramai kononnya mereka ada bukti pembelian cincin bernilai RM13 juta tersebut. Sebagai rakyat yang ingin sangat tahu akan kebenaran kata-kata Deepk dan Rafizi tu, saya cabar kedua-dua mereka agar menunjukkan bukti yang mereka dakwa ada didalam simpanan mereka berdua.|

Amacam ?? Ada berani ??







Pssstttt: Rosmah dah pun bersumpah, awat pihak sana dok diam ?? Tak kan nak simpan buat pekasam atau nak buat bungkus nasi lemak je bukti yang mereka dakwa ada tu ??


Selasa, Februari 19, 2013

EDISI KANTOI !! ANTARA SENARAI NAMA BLOGGER PAKATAN HARAM KANTOI YANG DIBAYAR !!




Selama ini kita semua dituduh dengan pelbagai fitnah oleh pencacai-pencacai Pakatan Haram dan Blogger-blogger Pakatan Haram bahawa kita di bayar.

Nah !! Ini buktinya pencacai-pencacai dan Blogger-blogger Pakatan Haram dibayar !!. Salah seorang darinya ialah MiloSuam. Adakah HALAL duit yang mereka makan hasil membuat fitnah terhadap kerajaan dan individu-individu yang pernah mereka fitnah ?? Selama ini mereka sering menuding jari ke arah kerajaan dan individu-individu tertentu dan orang-orang UMNO makan duit haram. Sekarang siapa yang kantoi makan duit haram ???

Antara nama yang tersenarai menerima bayaran;

* Milosuam - email -share milosuam@gmail.com
* Tukang Lawan - email - infotukanglawan@gmail.com
* Liang Lahad - email - lahadnews@yahoo.com
* Laksamana Bukit Bintang - email - lanbb 88@hotmail.com
* Era Pasca - email -orenreformis@gmail.com
* Warta Jingga - email - edakem@gmail.com
* Anak Sungai Derhaka - email - anaksungaiderhaka@gmail.com
* Sharpshooter - email- dijaabadi@gmail.com
* Ameno World - email - orderoline 2010@gmail.com
* Really Tiga Line - email - really3line@gmail.com
* Kerajaan Rakyat
* Free Malays - email - nrserinur@gmail.com


Pssstttt: What u give, u get back .. ngehngeh


EDISI SIASAT !! BANJIR DI PUCHONG - APAKAH PUNCA SEBENAR ??



Berikutan banjir di hadapan IOI Mall Puchong, membuat saya tertanya-tanya .. Kawasan tersebut berada di tempat tinggi, akan tetapi, bagaimana kawasan itu boleh mengalami banjir ?? Untuk makluman, IOI Mall Puchong, berdekatan dengan Puchong Jaya, Kinrara dan tol Sunway. Puchong Jaya (tak sampai 500 meter dari IOI Mall) adalah kawasan terdekat manakala Kinrara kedua terdekat. Kedua-dua kawasan tersebut berada mencerun ke bawah bukit. Bermakna, sepatutnya air akan mengalir turun ke dua kawasan tersebut. Kerana kedua-duanya berada jauh ke bawah bukit. Jadi, bagaimana air tersebut tidak mengalir ke kawasan tersebut ?

Kalau nak dikatakan masalah longkang dan perparitan, adalah mustahil !! Jika sekiranya dihadapan IOI Mall Puchong mengalami banjir seperti yang terpampang pada gambar, ini bermakna boleh menyebabkan dan mengakibatkan banjir yang buruk di Puchong Jaya dan Kinrara. Berpandukan pada keadaan banjir seperti yang dilihat, kawasan Puchong Jaya dan Kinrara sudah pasti ditenggelami air sehingga paras bumbung. Namun, tiada pula kejadian banjir dilaporkan di kedua-dua kawasan tersebut. Mengapa di kawasan-kawasan lain tidak mengalami banjir ?? Jadi, apakah punca kejadian banjir tersebut boleh berlaku di IOI Mall Puchong ?? Ini yang menjadi persoalan kepada saya ..



Psssttttt; Adakah ini petunjuk bala yang Allah turunkan ?? Kerana dikawasan terbabit memang terlalu banyak tempat maksiat dan kedai makan yang besar menjual makanan berasaskan babi yang besar.

Isnin, Februari 18, 2013

EDISI KANTOI !! PAGE ISU POLITIK SEMASA (IPS) VERSI PAKATAN HARAM KANTOI FITNAH !!



Page IPS (PR) ketandusan modal. Buat fitnah keatas individu dengan menyerang peribadi. Kalau betul, takpe la gak .. ni terang-terang fitnah yang nyata !!

Ratu Naga telah menyebut, melantik WINTER SONATA dan ZXGKXNY XZGRXJ sebagai admin untuk sebuah group politik iaitu LU LANGSI LU MATI BN VS PR. Kemudian di bawah komen itu ada menyebut " the person i love "(dalam bentuk icon). Beliau maksudkan kata-katanya kepada WINTER SONATA yang mana merupakan ADIK kepada RATU NAGA. Kemudian, datang pula Zxgkxny Xzgrxj membuat komen dengan niat bergurau, telah dengan sengaja disalah ertikan oleh pencacai tegar pakatan haram Izzat Kedah. Izzat Kedah yang merupakan salah seorang admin di page  Isu Politik Semasa tersebut, telah membuat fitnah dengan memainkan isu dari komen-komen tersebut dengan menyatakan gurauan diantara mereka berdua adalah lucah. Apa yang lucahnya pada gurauan mereka tu ?? Takkan dengan hanya menyatakan " tak mandi lima, enam hari " , itu dikatakan lucah ?? Bagaimana pula dengan otak, akal pemikiran Izzat Kedah ?? Perbualan diantara Ratu Naga dan Zxgkxny Xzgrxj hanya gurauan semata dan tidak mempunyai apa-apa niat.  Perkara sebenarnya memang telah diketahui bahawa ayat tersebut ditujukan kepada WINTER SONATA yang merupakan adik kepada Ratu Naga. Jadi, jelaslah yang memilik OTAK KOTOR DAN LUCAH sebenarnya adalah IZZAT KEDAH !! Akan tetapi Izzat Kedah dengan sengaja membulatkan nama Zxgkxny Xzgrxj didalam gambar tersebut. Sedangkan ada dua nama pada pengumuman yang telah dibuat oleh Ratu Naga disitu. Iaitu WINTER SONATA DAN ZXGKXNY XZGRXJ. 


       Kantoi FAILED ENGLISH !! FOLLOWERS dan FOLLOWING tak tau  maksudnya ?? Alamak !! Kantoi sudaaaa ..

                     
Akibat taksub dan ghairah untuk membuat fitnah, admin page Isu Politik Semasa, Izzat Kedah yang merupakan salah seorang admin page tersebut telah melakukan kesilapan. Terdapat tiga kesilapan pada post fitnah tersebut ..      
                                                                                                                                                                                                                 
1. FOLLOWERS - bermaksud PENGIKUT
2. Cerita Lucah Melayu (Damia) - UNISEL - Id individu.
3. Cerita-cerita lucah melayu - Worked at Dongwha Fibreboard - Friend with Kawan Setia - Id individu.
                                                                                                            

Orang yang kena fitnah tak melenting dan maki hamun, pencacai pr plak yang meroyan maki hamun mencarut !!

Page Isu Poltik Semasa (IPS) versi pakatan Haram ketandusan isu dan menjadikan fitnah sebagai modal hingga sanggup membuat, menabur dan menyebarkan FITNAH !!


Akibat taksub dan ghairah untuk menyebarkan fitnah serta mengaibkan orang, Page Isu Politik Semasa telah melakukan kesilapan pada fitnah yang dilemparkan. Lihat sahaja pada kedua-dua gambar yang di sebarkan di page tersebut. Apakah page tersebut layak berada di FB ?? Apakah motif dan agenda page tersebut dibuat dan berada didunia FB ini ??

Manakala Izzat Kedah pula telah turut menggunakan page bola dalam kancah fitnah tersebut. Ternyata Izzat Kedah menyalahgunakan Page bola tersebut. Perbuatan Izzat Kedah ternyata tidak beretika. Bukan kali pertama Izzat Kedah menyalahgunakan dan tidak amanah !! Mengecewakan kepercayaan orang yang melantiknya untuk menjadi admin page bola. Sebelaum ini juga pernah berlaku.
Sebelum ini Izzat Kedah juga pernah cuba membuat fitnah keatas saya yang akhirnya dia tersalah tembak dengan menyebarkan ID seorang permpuan yang baik dan tidak terbabit dengan mana-mana group atau page politik. Izzat tanpa rasa bersalah malah merasa bangga telah mengaibkan orang yang tak berdosa. Izzat Kedah memang seorang yang suka membuat fitnah tanpa mengira siapa dan apa jua cara untuk memfitnah orang lain asalkan hatinya merasa puas.




Lihatlah pada gambar tersebut. Itulah salah seorang mangsa fitnah Izzat Kedah. Tak hairan mengapa Izzat Kedah adalah merupakan seorang pelajar yang bermasalah hingga tersenarai diantara pelajar yang perlukan PEMULIHAN !!

.http://seksyenkokokuis.blogspot.com/2011/08/berikut-adalah-senarai-nama-pelajar.html?spref=fb




Bagaimana pula dengan apa yang Izzat Kedah ' LIKE ' ni ?? Bukankah ianya adalah lucah ?? Perhatikan betul-betul perbezaan di antara FOLLOWERS dan LIKE tu.



Pssttt: Izzat oh Izzat .. jangan kerana nak menutup perbuatan sendiri, dan akibat taksub dan ghairah nak mengaibkan orang dan membuat fitnah keatas orang lain, hingga tak sedar satu persatu menunjukkan kebodohan diri sendiri. Akhirnya kantoikan diri sendiri.