Ahad, Mac 03, 2013

ADAKAH SEJARAH PAS BAKAL BERULANG ?? DULU BERCERAI DENGAN UMNO/BN, ADAKAH KALI INI BERSAMA PAKATAN RAKYAT ??












Sejarah bakal berulang. Umum tahu, suatu ketika dulu, Pas pernah bergabung dengan UMNO / BN. Tapi, atas dasar tamak dan hasad dengki, Pas telah mengkhianati UMNO/BN.

Pas mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun  Abdul Razak, pada tahun 1972 dan ditendang keluar pada tahun 1978 oleh Tun Hussien Onn, kerana Pas memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Muhammad Nasir dilantik oleh Barisan Nasional untuk menerajui Kelantan dengan mengenepikan Pesuruhjaya Pas Negeri, iaitu Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akibat tidak dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah merencanakan politiknya sehingga tercetusnya pergaduhan besar-besaran di Kota Bharu. Kesan pemecatan itu diakui sendiri oleh Dato Dr Haron Din dalam mStar 5 jun 2011, yang menyebut bahawa, " Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu. Cadangan itu ditentang oleh sebahagian iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri." .

Klik disini

Berita tentang Pas akan keluar dari Pakatn Rakyat telahpun tersebar luas. Apakah sejarah Pas bakal berulang ?? Walaupun Pas cuba menafikannya, namun rakyat Malaysia tahu tentang pergolakan yang berlaku didalam Parti Pas dan Pakatan Rakyat.




Psssttt: Dulu gabungan antara Pas dan UMNO/BN . Adakah kali ini gabungan Pas dan Pkr/Dap - Pakatan Rakyat pula ?? Apa pun kita tahu Pas memang tak pernah memegang pada janji-janjinya. 






Sabtu, Mac 02, 2013

DIMANA MARUAH KESULTANAN SULU ?? DULU LARI MENINGGALKAN NEGERI SABAH DAN RAKYATNYA BERDEPAN MUSUH SEMASA PERANG DUNIA KE-II ??









Mari kita singkap sejarah permulaan penyatuan Sabah dan Sarawak

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripadaKepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negara - Malaysia, IndonesiaFilipinaSingapuraBrunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang,Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak,PahangSelangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah PerlisKedahKelantan, danTerengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Penubuhan Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaanIndonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa Perang Dunia ke-II, Kesultanan Sulu telah melarikan diri meninggalkan Sabah dan rakyatnya terumbang-ambing. Pada tarikh 16 September 1963, Malaysia telah menawarkan penyatuan kepada rakyat Sabah dan ianya disambut baik.

Dulu lari meninggalkan negeri dan rakyat Sabah tanpa berfikir. Selepas puluhan tahun, Sabah dah maju dibawah Malaysia Baru, mengapa baru sekarang Kesultanan Sulu nak tuntut Sabah ?? Dimanakah maruah mereka ??







Jumaat, Mac 01, 2013

MILOSUAM BLOGGER BERBAYAR PAKATAN HARAM MEROYAN !!












Milosuam blogger berbayar Pakatan Haram meroyan !!

Agaknya kalau ahli keluarga Milosuam yang terkorban didalam pertempuran di Lahad Datu, mungkin dia akan sedar. Ajal-maut, jodoh-pertemuan adalah takdir Allah SWT. Setiap yang hidup pasti akan mati. Hanya masa dan caranya sahaja yang berbeza. 

Apakah Milosuam ni orang Islam ?? Kalau dia beragama Islam, dimanakah letaknya keimanan dia ?? Bukankah semua ini adalah Qada' dan Qadar Allah ..



Haish !! Inilah jadinya bila iman tiada lagi didalam diri orang Islam. Apa-apa yang berlaku, semuanya nak salahkan orang lain dan mulalah mendoakan yang buruk-buruk terhadap orang lain. 




EDISI ABBY BANGANG ABADI !! PERTEMPURAN DI LAHAD DATU, ABBY ABADI SALAHKAN KERAJAAN ??







Abby Abadi yang terkenal suka membuat kenyataan bodoh, hari ini sekali lagi menunjukkan kebangangannya bila menyatakan pertempuran yang berlaku di Lahad Datu adalah angkara UMNO / BN .

Didalam tweeternya, Abby menyebut, .. " Yang membuat kenyataan ini adalah saudara tentera yang bertugas di Lahad Datu. Mereka tak sanggup lagi mendengar ada nyawa terkorban kerana kerajaan UMNO / BN. Tak berbaloi " ..

Abby sepatutnya mengajak orang ramai sama-sama mendoakan kesejahteraan dan memohon kepada Allah untuk keselamatan para anggota keselamatan  negara kita.

Tak hairan THE FLYING KICK menyelar Abby sama seperti pelacur. Kerana kenyataan Abby yang menyokong kata-kata Tian Chua yang menyatakan, pertempuran di Lahad Datu hanyalah sandiwara UMNO / BN .

Al-Fatihah untuk mangsa .. Dan takziah buat keluarga mangsa ..

Psssttt: Tak tahu la nak kata apa pasal Abby ni .. Ingatkan nak mencari Redha Allah .. tapi nampaknya Abby semakin sesat dan berada dalam kegelapan. Elok rasanya Si Abby ni kahwin cepat-cepat dari dia dok meroyan siang malam tak tentu arah ..

Khamis, Februari 28, 2013

EDISI PANASS !! WANITA BERGOYANG DANGDUT HANYA 600 METER DARI RUMAH NIK AZIZ !!









           


Mari .. Mari .. Mari .. !! Mari kita tengok aksi goyang pinggul ayam dan lembu berhampiran rumah Nik Aziz !!

Blog Tukar Kelate mengemukakan satu bukti rakaman tarian wanita berdangdut tidak jauh dari rumah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

" Dengan bunyi muzik yang kuat, pergaulan bebas wanita dan lelaki tanpa malu, segan silu, menari di khalayak ramai. Itulah yang berlaku di Pulau Melaka. Dimana, lokasi kejadian berada tidak sampai 1 kilometer dari kediaman Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru. "

" Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan, mempunyai sebanyak 17 buah pusat karaoke yang beropersai sehingga jam 4:00 pagi. Ada juga yang beroperasi 24 jam. "
" Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan dan menutup periuk nasi pihak-pihak terbabit. Apa yang kami mahu dedahkan ialah, kegagalan Pas di negeri yang digelar Serambi Mekah. Dimana rakyatnya dikatakan telah pun diberikan didikan dan ilmu Islam sejak Pas diberikan mandat sebagai Pemerintah dan Mentadbir kerajaan negeri tersebut sejak tahun 1990. " dedah blog itu.



Psssttt: Amacam pencacai-pencacai pas ?? Lagi mau cover kaa ?? Ngehngeh ..


Isnin, Februari 25, 2013

EDISI PENDEDAHAN !! ROWSTEAD SDN BHD MILIK NIK AZIZ ADALAH SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBINA LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI











Berikutan pendedahan yang saya buat sebelum ini berkaitan syarikat ROWSTEAD SDN BHD , yang dimilik oleh Nik Aziz, akhirnya sebuah lagi pembongkaran dapat dibuat.

Sebelum ini kita semua maklum hasrat Nik Aziz untuk membina Lebuhraya Rakyat. Sebenarnya, hasrat Nik Aziz untuk membina lebuhraya rakyat tersebut ada kaitan dengan syarikat ROWSTEAD SDN BHD.
Pembinaan lebuhraya rakyat tersebut akan dilakukan oleh syarikat ROWSTEAD SDN BHD.

Nik Aziz yang merupakan DIRECTOR syarikat tersebut ternyata mempunyai AGENDA yang BESAR dengan projek pembinaan lebuhraya rakyat yang di uar-uarkan akan dibina. Untuk membina lebuhraya rakyat tersebut, rakyat diminta untuk memberi SUMBANGAN /  DERMA kepada kerajaan negeri dalam usaha Nik Aziz dan juga kerajaan Kelantan untuk membina lebuhraya rakyat tersebut.

Persoalannya sekarang, dah berapa jumlah kutipan derma yang telah diberikan oleh rakyat dalam usaha untuk membina lebuhraya tersebut ?? Bagaimana perkembangan projek tersebut ?? Mengapa kita tidak mendengar sebarang perkembangan berkaitan projek lebuhraya rakyat ??

Disini saya ingin memberi sedikit rumusan yang telah saya buat berkenaan isu pembinaan lebuhraya rakyat tersebut.

* Untuk membina lebuhraya rakyat, peruntukan yang besar diperlukan. Bantuan dan ehsan dari rakyat diperlukan untuk menjayakannya. Rakyat diminta bekerjasama dengan memberi sumbangan / derma. Akan tiba disuatu masa, kerajaan kelantan akan umumkan, kos untuk membina lebuhraya rakyat berkenaan terpaksa dibatalkan kerana DANA tak mencukupi.

Itu persoalan akan timbul. Bagaimana dengan sumbangan dari individu dan syarikat swasta sebelum ini? Adakah wang itu akan dikembalikan ??  Individu dan syarikat swasta yang memberi sumbangan melalui CEK mungkin dapat disemak semula. Bagaimana pula dengan rakyat yang menderma gitu-gitu sahaja? Tak ada nama dan jumlah yang dicatatkan.

Dan pada masa itu, akan keluarlah kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz yang menyatakan, " dah nama pun DERMA, jadi kita semua kenalah ikhlas dan tak perlu lagi mengungkit soal wang tersebut ".




Pssssttt: Rakyat kelantan kenalah berfikir secara matang dan waras. Jangan terlalu mudah diperdaya  oleh Ulamak Su' ini. Sejahat-jahat makhluk, adalah Ulamak Su'. Bukan saya yang kata ye .. Nabi yang kata .. hehehe


Ahad, Februari 24, 2013

EDISI PENDEDAHAN !! WOW !! NIK AZIZ ' DIRECTOR ' SYARIKAT ROWSTEAD SYSTEM SDN BHD ??









Tido pok nik yeee ...



Apa-apa je la pok nik oiii .. makan kat rumah kenduri, dok bawah je la ekkkk ..



Kali ni tak nak taip banyak lah .. cukup la dengan beberapa patah perkataan untuk korang semua baca, fahami dan nilaikan sendiri siapa dia Nik Aziz ni.

Sebelum ni beberapa bukti telah pun kita tunjukkan kepada umum tentang harta dan jawatan yang Nik Aziz sandang di dalam beberapa buah syarikat. Namun, pencacai-pencacai pr tuduh kita FITNAH.

Disini saya tunjukkan bukti mengenai sebuah syarikat dimana Nik Aziz adalah DIRECTOR disyarikat tersebut. WOW !!!! Hebatnya ulamak zuhud ni !!

Syarikat yang didaftar atas nama ROWSTEAD SYSTEM SDN BHD,. dengan no pendaftaran 477601-W , telah menjadi tanda tanya kepada saya. Milik siapakah syarikat tersebut ?? Berpandukan pada borang pendaftaran syarikat diatas, kita dapat lihat, Nik Aziz adalah salah seorang ' DIRECTOR ' di syarikat terbabit. Adakah ianya milik Nik Aziz, atau milik bersama ??

Selain dari Nik Aziz, ada dua orang lain yang tertera nama mereka pada borang pendaftaran syarikat tersebut yang dimaklumkan sebagai director. Nama-nama mereka, ialah .. YBM Tengku Dato' Shah Buddin bin Tengku Mahamad Ma'asum , no ic, 480810 - 03 - 5295 adalah merupakan Ketua Kewangan Negeri. Manakala seorang lagi, iaitu Wan Zulkifle bin Wan Yusof , no ic 580128 - 03 - 5725 adalah Ketua Eksekutif Kumpulan. 
Nampaknya pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan memang hebat-habat belaka. Apa pun, saya nak ucapkan TAHNIAH la pada Nik Aziz diatas kejayaannya melebarkan empayarnya.


Pssssttttttt: Hebat pok nik ni .. lepas ni tak perlu la lagi pok nik jadi pelakon , sebab income dah stabil. Tak perlu la lagi makan bersila kat bawah .. hehehehe



Sabtu, Februari 23, 2013

EDISI KANTOI !! PAGE 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB ADALAH MILIK PAKATAN RAKYAT !!



https://www.facebook.com/We.Support.PM 







Edisi kantoi kali ini mendedahkan sebuah page dalam laman facebook yang sebenarnya adalah milik Pakatan Haram. Page tersebut ialah page 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib.

Yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah, mengapa page tersebut menggunakan nama Ds Najib untuk page mereka ? Bukankah Pakatan Haram benci sangat-sangat dengan Najib dan UMNO/BN? Apakah modus operandis page tersebut ? Adakah untuk menarik minat rakyat untuk mengLIKE page mereka ? Atau mereka menggunakannya untuk menjatuhkan UMNO/BN ??

Namun, bak kata pepatah .. " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ". Begitulah yang terjadi kepada page tersebut. Ianya terbongkar bilamana seorang facebooker telah menghantar mesej ke
page tersebut bahawa salah satu posting dar page tersebut mengganggunya. Amat mengejutkan apabila respon yang diberikan oleh admin page tersebut begitu mengecewakan. Kata-kata kesat dilemparkan terhadap si pengadu.

Salah seorang admin page tersebut sebelum ini pernah saya siarkan didalam EDISI KANTOI sebelum ini, iaitu Rudie. Yang dikenali sebagai Rudie Al Gore atau Rudie Ah Gore dan juga sebagai Rudie Wayar Putuih selain dari itu, Rudie juga menggunakan nama Nan Yuri. Rudie memiliki lapan buah akaun fb. Empat darinya adalah akaunnya menyamar sebagai orang UMNO/BN. Sementara itu, lima akaunnya yang lain sedang dalam siasatan untuk didedahkan. Ngeh2 ..








Apa pun kita semua kenali Rudie memang KAKI FITNAH !! Rudie juga adalah pemilik page Ah Rudie Gore ( Pengulas Politik dan Isu Semasa ) . dan juga salah seorang admin page Isu Politik Semasa versi Pakatan Haram.

 Apa pun, kepada penyokong-penyokong UMNO/BN, seperkara yang saya nak nasihatkan kepada anda semua. Semua page-page  Pakatan Haram tu, tak perlulah anda LIKE. Anda tak LIKE pun, anda tetap dapat masuk untuk membaca dan memberi komen terhadap posting-posting mereka. Kalau anda LIKE, akan menambah jumlah orang yang mengLIKE . Dan dengan ini secara tak langsung mereka menganggap ramai yang menyokong mereka.



Pssstttttt: Rudie pencacai berbayar. DETECTED.


Khamis, Februari 21, 2013

BERITA PANASSS !! ABBY ABADI MIMPI ALTANTUYA ??





Tak tau nak kata apa deh! .. Kesian betul tengok si Abby Abadi ni. Terlalu taksub bertweeter, sampai dah takde modal dan tak tau apa lagi nak ' update ' kat tweeternya, sampai sanggup buat citer bangang.

Bila terbaca tweeter Abby yang melakukan sembahyang untuk Altantuya, rasa kesian plak. Tapi, apa ke bangangnya dia sembahyang untuk si kafir ?? Opsss ! Betul la dia sembahyang. Sebab dia bukan solat. Sembahyang untuk bukan Islam. Kalau orang Islam solat. Ngehngeh ..

Sejak menjadi ahli Pas seumur hidup, Abby nampaknya semakin teruk. Rasanya dulu Abby takde la teruk sangat macam ni perangai dia. Inilah akibatnya apabila artis nak main politik. Ilmu takde, tapi nafsu besar. Pada hemah saya, tak mustahil selepas ni Abby akan tweet kata dirinya menerima ugutan pula.

Adakah ini caranya Abby nak mendapatkan perhatian untuk menjadi calon Pakatan Haram ?? Andai itu yang Abby mahukan, rasanya memang dah cukup syarat. Sebab yang ada dalam Pakatan Haram tu semuanya otak mereka sama seperti Abby. Semuanya suka cari publisiti. Jadi, pendapat saya .. bagi je la dia jadi calon Pakatan Haram tu. Sekurang-kurangnya bertambah meriah la lagi Pakatan Haram tu. Bertambahlah lagi badut-badut dalam Pakatan Haram yang boleh menghiburkan kita. Kita bagi  Abby bertanding atas tiket Pas menggantikan Ketua Wanita Pas yang tak pernah buat apa-apa pun tu .. Rasanya Abby memang layak sangat-sangat, sebab dia mampu mentafsirkan mimpinya itu. ( huh! Dahsyat tu !! )

Bak kata sahabat kita AAKJ .. " berilah dia test sepenggal .. kalu nasib dia baik, dia menang PRU13  .. kalu tak, dia kena penggal dengan pengundi " ..

Inilah tweet Abby yang paling lawak.

* Abby mimpi jumpa Altantuya .. terus dikhabarkan pada dunia bahawa seolah-olah Altantuya hantar signal padanya, minta Abby beri perhatian. Roh Altantuya tak aman, kot .. Haish !! Apa la punya bangang si Abby ni .. percaya dengan bisikan iblis yang sentiasa berbisik pada manusia menghasut supaya membenci sesama manusia dan saudara Islam.

Dan ayat sememangnya orang-orang kafir ni mati tak aman, tak tenang. Alahaiiiiiiiiii Abby .. Orang Islam pun kalau yang perangai macam Abby dan Anwar pun tak tenang matinya.



Psssssttt: Kalau kata bodoh piang kang marah plak. Tapi itulah hakikatnya si Abby Abadi ni .. ngehngeh ..

CABAR DEEPAK DAN RAFIZI TUNJUKKAN BUKTI YANG DIDAKWA ADA DIDALAM SIMPANAN MEREKA !!





Deepak dan Rafizi dok canang perkatakan tentang surat dan resit pembelian cincin yang ada pada mereka berkaitan pembelian cincin bernilai RM13 juta oleh Rosmah. Betul ke ada ?? Kalau ada, apa lagi ?? Tunjukkan je la pada umum. Bila lagi nak tunjukkan bukti tu ? Ni lah masanya untuk mereka menunjukkannya dan membuktikan kebenaran. Pilihan Raya Umum tak lama je lagi. Jadi, inilh masa yang sesuai untuk mereka bertindak,

Rosmah telah pun bersumpah mempertahankan dirinya. Tapi Deepak dan Rafizi cuba memomokkan orang ramai kononnya mereka ada bukti pembelian cincin bernilai RM13 juta tersebut. Sebagai rakyat yang ingin sangat tahu akan kebenaran kata-kata Deepk dan Rafizi tu, saya cabar kedua-dua mereka agar menunjukkan bukti yang mereka dakwa ada didalam simpanan mereka berdua.|

Amacam ?? Ada berani ??







Pssstttt: Rosmah dah pun bersumpah, awat pihak sana dok diam ?? Tak kan nak simpan buat pekasam atau nak buat bungkus nasi lemak je bukti yang mereka dakwa ada tu ??