Ahad, Mac 03, 2013

ADAKAH SEJARAH PAS BAKAL BERULANG ?? DULU BERCERAI DENGAN UMNO/BN, ADAKAH KALI INI BERSAMA PAKATAN RAKYAT ??












Sejarah bakal berulang. Umum tahu, suatu ketika dulu, Pas pernah bergabung dengan UMNO / BN. Tapi, atas dasar tamak dan hasad dengki, Pas telah mengkhianati UMNO/BN.

Pas mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun  Abdul Razak, pada tahun 1972 dan ditendang keluar pada tahun 1978 oleh Tun Hussien Onn, kerana Pas memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Muhammad Nasir dilantik oleh Barisan Nasional untuk menerajui Kelantan dengan mengenepikan Pesuruhjaya Pas Negeri, iaitu Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akibat tidak dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah merencanakan politiknya sehingga tercetusnya pergaduhan besar-besaran di Kota Bharu. Kesan pemecatan itu diakui sendiri oleh Dato Dr Haron Din dalam mStar 5 jun 2011, yang menyebut bahawa, " Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu. Cadangan itu ditentang oleh sebahagian iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri." .

Klik disini

Berita tentang Pas akan keluar dari Pakatn Rakyat telahpun tersebar luas. Apakah sejarah Pas bakal berulang ?? Walaupun Pas cuba menafikannya, namun rakyat Malaysia tahu tentang pergolakan yang berlaku didalam Parti Pas dan Pakatan Rakyat.




Psssttt: Dulu gabungan antara Pas dan UMNO/BN . Adakah kali ini gabungan Pas dan Pkr/Dap - Pakatan Rakyat pula ?? Apa pun kita tahu Pas memang tak pernah memegang pada janji-janjinya. 






Tiada ulasan: