Berikutan pendedahan yang saya buat sebelum ini berkaitan syarikat ROWSTEAD SDN BHD , yang dimilik oleh Nik Aziz, akhirnya sebuah lagi pembongkaran dapat dibuat.
Sebelum ini kita semua maklum hasrat Nik Aziz untuk membina Lebuhraya Rakyat. Sebenarnya, hasrat Nik Aziz untuk membina lebuhraya rakyat tersebut ada kaitan dengan syarikat ROWSTEAD SDN BHD.
Pembinaan lebuhraya rakyat tersebut akan dilakukan oleh syarikat ROWSTEAD SDN BHD.
Nik Aziz yang merupakan DIRECTOR syarikat tersebut ternyata mempunyai AGENDA yang BESAR dengan projek pembinaan lebuhraya rakyat yang di uar-uarkan akan dibina. Untuk membina lebuhraya rakyat tersebut, rakyat diminta untuk memberi SUMBANGAN / DERMA kepada kerajaan negeri dalam usaha Nik Aziz dan juga kerajaan Kelantan untuk membina lebuhraya rakyat tersebut.
Persoalannya sekarang, dah berapa jumlah kutipan derma yang telah diberikan oleh rakyat dalam usaha untuk membina lebuhraya tersebut ?? Bagaimana perkembangan projek tersebut ?? Mengapa kita tidak mendengar sebarang perkembangan berkaitan projek lebuhraya rakyat ??
Disini saya ingin memberi sedikit rumusan yang telah saya buat berkenaan isu pembinaan lebuhraya rakyat tersebut.
* Untuk membina lebuhraya rakyat, peruntukan yang besar diperlukan. Bantuan dan ehsan dari rakyat diperlukan untuk menjayakannya. Rakyat diminta bekerjasama dengan memberi sumbangan / derma. Akan tiba disuatu masa, kerajaan kelantan akan umumkan, kos untuk membina lebuhraya rakyat berkenaan terpaksa dibatalkan kerana DANA tak mencukupi.
Itu persoalan akan timbul. Bagaimana dengan sumbangan dari individu dan syarikat swasta sebelum ini? Adakah wang itu akan dikembalikan ?? Individu dan syarikat swasta yang memberi sumbangan melalui CEK mungkin dapat disemak semula. Bagaimana pula dengan rakyat yang menderma gitu-gitu sahaja? Tak ada nama dan jumlah yang dicatatkan.
Dan pada masa itu, akan keluarlah kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz yang menyatakan, " dah nama pun DERMA, jadi kita semua kenalah ikhlas dan tak perlu lagi mengungkit soal wang tersebut ".
Pssssttt: Rakyat kelantan kenalah berfikir secara matang dan waras. Jangan terlalu mudah diperdaya oleh Ulamak Su' ini. Sejahat-jahat makhluk, adalah Ulamak Su'. Bukan saya yang kata ye .. Nabi yang kata .. hehehe
1 ulasan:
Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.
[b]No akaun : 03036 01 000 3031
[b]Bank : Bank Islam
[b]Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
Namun bila disemak di mesin ATM untuk deposit wang, nama yang tertera pada pemilik akaun adalah Tetuan Rowstead Sdn Bhd. Ini satu penipuan yang jelas dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan terhadap rakyat.
rujuk : http://idealismalaysia.blogspot.com/2012/06/wakaf-lebuhraya-rakyat-kelantan-satu.html
rujuk juga pada link ini : http://malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my/2012/06/baldah-toyyibah-and-rowstead-one-and-the-same/
patut laa xnak lepas2 jawatan tu .. bg la komen korang pencacai2 oiiiiiii
IDEALIS MALAYSIA: WAKAF LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN SATU SKIM PENYELEWENGAN
idealismalaysia.blogspot.com
Salahkah Husam jadi Director di kalangan Directors? diulangi..'di kalangan direc...See More
Catat Ulasan