Khamis, November 14, 2013

SULTAN KELANTAN BENARKAN PERLAKSANAAN HUDUD










Sultan Kelantan telah mengeluarkan titah bahawa Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Sejak dari zaman Tun M lagi, negeri Kelantan telah pun diberi kebenaran untuk melaksanakan hudud. Tapi Pas, seperti biasa menyalahkan kerajaan pusat dengan menyatakan bahawa mereka dilarang atau dihalang oleh Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Telah berkali-kali kita menyatakan bahawa urusan pentadbiran hal ehwal agama tertakluk pada kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Seperti biasalah, Pas akan cuba mengelak dan memberi pelbagai alasan dari melaksanakan hukuman Hudud tersebut.
Berdekat lamanya Pas menggunakan Hudud sebagai perjuangan mereka. Sana sini Pas laungkan akan melaksanakan Hudud sekiranya Pas dapat mentadbir negara ini. Namun umum sedia maklum bahawa Hudud hanyalah sebuah retorik Pas untuk meraih undi semata. Kita juga tahu Pas tidak telus dalam perjuangan mereka.

Dalam satu sidang media semalam, Hakim Mahkamah Syariah Kelantan menjelaskan, hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, segala prasarana berkaitan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

" Insya-Allah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung disini hari ini.
Perasmian Kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamal Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Syiekh Abdul Halim.
Sebenarnya, sejak dari tahun 1993 lagi, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Janayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum itu. 

Namun sehingga kini Pas masih lagi melengahkan dan megelak dari melaksanakan hukuman tersebut kerana mahu menjaga hati sekutu meraka iaitu Dap. Dalam masa yang sama, Pas cuba menyalahkan kerajaan Pusat yang kononnya tidak membenarkan mereka (kerajaan negeri) dari melaksanakannya.

Sila rujuk disini:

http://www.sinarharian.com.my/semasa/mahkamah-syariah-kelantan-mampu-uruskan-hudud-1.220593











Pssstttt: kta tengok apa plak alasan Pas kali ni .. wink wink

Tiada ulasan: