Sabtu, Disember 07, 2013

RELEVANKAH INSTAGRAM DALAM MENEPIS SEGALA FITNAH JAHAT PEMBANGKANG TERHADAP UMNO DAN BN










Beberapa hari lepas saya dan rakan2 facebookers dan bloggers terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh EXCO Pemuda UMNO yang diberi tanggungjawab untuk menjaga Biro Media Baru (BMB), Ibdillah Ishak mengenai para facebooker2 dan blogger2 yang selama ini berhempas pulas, sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar bil letrik, broadband, wifi dan menghabiskan kebanyakkan masa kami berjuang di alam maya menentang dan menangkis segala fitnah jahat pembangkang. Perjuangan kami selama ini adalah demi AGAMA, BANGSA, NEGARA dan PARTI (UMNO). Wang ringgit bukanlah taruhan kami. Apa yang penting bagi kami ialah agar negara kita tidak dijajah dan anak cucu, cicit kita tidak merempat di tanahair sendiri.

Beliau juga meminta para facebooker dan blogger dikurangkan dan kurangkan juga posting politik. Nampak macam macai pr telah menerima arahan dari pihak atasannya. Kita semua sedia maklum, Pas dan Pkr tengah mengalami krisis. PRK DUN Sg Limau, seramai lebih 1.6k penyokong dan pengundi Pas beralih dan mengundi BN. Manakala Pkr pula, sebanyak 11 cabang Pkr telah keluar parti di Sabah. Jadi, Pas dan Pkr memang nampak terdesak dengan permasalahan yang timbul.

Tuduhan melampaunya telah menaikkan kemarahan ramai para facebooker dan blogger yang jelas tidak pernah menerima imbuhan/ bayaran dari mana2 pihak ataupun UMNO.

Pertanyaan saya disini, apakah relevannya instagram dalam menepis dan melawan fitnah jahat pembangkang terhadap UMNO/BN ??

Dalam kenyataannya itu juga menyebut, beliau meminta para facebooker dan blogger mengurangkan serangan terhadap pembangkang sebanyak 50%. Adakah beliau telah lupa apa yang berlaku pada tahun 2008 ? Pulau Pinang, Selangor dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang kerana media dan psywar inilah.

Kenyataan beliau seperti puak pr telah dapat menyelinap masuk ke dalam UMNO dan ingin menjatuhkan UMNO dari dalam. Memang ada individu atau organisasi yang di bayar seperti UMB. Tapi, lebih ramai yang tidak mendapat bayaran.





Dalam pada ramai yang membantah dan marah dengan kenyataan Si BEGEDIL tu, muncul pihak yang cuba mempertahankannya, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang. Memang ramai yang tak menerima imbuhan ataupun bayaran, tapi kami semua tak bising dan tak minta pun. Apa yang kami buat adalah atas kerelaan kami sendiri.

Hari ini muncul lagi individu yang cuba membela dan mempertahankan kenyataan Si BEGEDIL tersebut. Dan kali ini juga agenda mereka telah dapat dilihat. Jelas menampakkan puak pembangkang telah menyelinap ke dalam UMNO. Mereka cuba menyekat kami dari terus berjuang di alam maya ini. Sebab mereka tahu, alam maya ini adalah 1 lagi bentuk medium yang membuatkan Pr semakin goyah.






Persoalannya disini, apakah instagram dapat melawan dan menepis segala fitnah jahat pembangkang ?? Jangan lupa, kerana CYWAR la pembangkang dapat menakluki Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Apa yang mampu dilakukan oleh instagram ?? Jawapannya .. +Lifestyle .

UMNO hendaklah ambil tindakan yang sewajarnya terhadap +Ibdilillah Ishak atas kenyataannya. Sebelum ini, ramai pasti ingat bahawa +Najib Razak  pernah mengiktiraf para facebooker dan blogger.

Manakala bagi pengampu2 Ibdil, Persatuan MukaBuku Pulau Pinang dan Pa'an KiDz, kipas .. jangan tak kipas .. sebab itu periuk nasi kalian. Tapi, kalau nak kipas pun, agak2 laaa ..

Untuk pengetahuan Ibdil, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang dan Pa'an KiDz, dll, kami tak akan berhenti. Bukan kalian yang membayar segala bil2 kami, poket kami yang rabak. Dan kami ada hak untuk bersuara. Kalau kami dibayar, sila lihat FB kami. Kami tak kira parti mana sekalipun, tetap kami bantah dan sanggah kalau tak betul dan buat salah. Walau UMNO, Najib, KJ dll .. kalau buat salah, kami akan tetap bantah dan sanggah. Kerana kami bukan dibayar !!

Kalau kami berhenti atau kurangkan semuanya, tak mustahil sebelum PRU14, UMNO akan berkubur dan bakal jadi pembangkang. Wallahua'lam ..









Psssttttt: Berapa agaknya Si begedil bayar diorang untuk mempertahankan dia yerr ;) .. Cam bapok jerrr ... Cam 2 alam jerrr .. Cam geng bang non jerrr .. Cam mintak kena sula jerrr .. ;)




Tiada ulasan: