Rabu, November 13, 2013

ANWAR PEJUANG LIBERAL DEMOKRATIK DI MALAYSIA - ISMA











Liberal demokratik adalah sebuah agenda yang amat merbahaya bagi umat Islam dan orang2 Melayu dinegara ini.

Agenda yang membawa ke arah negara sivil iaitu agenda yang membawa kepada negara tidak beragama dan tidak berbangsa ini akan memberi impak yang besar dan akan memudaratkan identiti Islam dan Melayu dinegara ini.

Menurut Presiden Ikhwan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman .. " ianya memberi mudarat kepada identiti Islam dan Melayu dinegara ini " ujarnya dalam satu sesi temuramah bersama wartawan hari ini.

Katanya lagi, " sebagai contoh, hak kebebasan beragama yang diseru agenda demokratik ini memberi kesan yang besar kepada identiti negara. Besar kesannya. Jika perjuangan ini diterima, identiti negara akan berubah menjadi negara yang bebas daripada pengaruh agama dan bangsa ".

Tambahnya lagi, " hakikatnya, sejarah dan identiti negara Malaysia adalah Islam sekalipun tidak sempurna sepenuhnya. Maka bagi bangsa Melayu, adalah suatu malapetaka apabila kehilangan identiti bangsanya, hilang agama, hilang tanah Melayu tempat berdaulat".

Inilah kefahaman yang perlu kita semua jelaskan bagi mengelak fahaman dan penyelewengan agenda tersebut.

Tegasnya lagi, " kita tidak mahu membiarkan bangsa Melayu menumpang ditanah sendiri.

Agenda liberal demokratik itu bukan momokan politik seperti yang digambarkan oleh pembangkang, anwar khususnya. Ianya adalah suatu ancaman secara terancang oleh Pakatan Rakyat dan NGO yang ditaja oleh barat.

Dan disebabkan itulah ISMA menentang perjuangan Pakatan Rakyat.

Hasil dari kajian dan penyelidikan, memang jelas anwar adalah pejuang liberal demokratik.

" Melihat dari ucapannya dan kenyataannya, beliau adalah pendokong perjuangan itu. Begitu juga dengan DAP. Perjuangan mereka adalah sejajar " ujarnya.



Tiada ulasan: