Pastinya ramai yang kenal pokok ini. Ia tumbuh melata dimana sahaja.
Ambil pokok ini, dan basuh bersih-bersih. Kemudian,anda keringkan dengan cara menjemur ditengah panas matahari. Setelah kering, anda bolehlah mengasingkan daun-daunnya dari tangkainya. Selepas itu, anda bolehlah menyimpannya didalam bekas kedap udara.
Untuk merawat sakit pinggang yang anda alami, ambil sesudu teh daun pokok dukung anak yang telah dikeringkan tadi kedalam gelas. Selepas itu, masukkan air panas dan tutup. Biarkannya sebentar hingga air tersebut suam-suam kuku. Setelah itu, barulah boleh diminum. Anda juga boleh memasukkan sedikit madu kedalam air tersebut.
Diingatkan disini, sakit pinggang anda tidaklah akan hilang dengan segera. Ia memangambil masa juga. Jadi, anda bolehlah mengamalkan meminum air daun pokok dukung anak ini setiap hari sehingga sakit pinggang anda hilang.
Setelah sakit pinggang anda hilang atau reda, anda bolehlah mengamalkan meminum air pokok dukung anak tersebut 2-3 kali seminggu.
Selamat mencuba ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan