Ahad, November 17, 2013

KENYATAAN NIK AMAR KELANTAN MASIH LAGI TIDAK BERSEDIA HUDUD DILAKSANAKAN DIKELANTAN BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN SULTAN KELANTAN DAN HAKIM MAHKAMAH SYARIE NEGERI TERSEBUT










Menurut Nik Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, " Kelantan masih belun bersedia melaksanakan hudud walau pun Ketua Hakim Syarie tersebut menyatakan sebaliknya.

Nik Amar juga menyatakan, UMNO, melalui Tan Sri Annuar Musa, sengaja menghangatkan keadaan dengan menyatakan sokongan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud. Ini dipetik dari blog milik Pakatan Rakyat
 http://www.negarapakatanrakyat.blogspot.com/2013/11/sempatkah-nik-aziz-lihat-hudud.html



Jelas disitu menyatakan Pas perlu mendapat persetujuan dari Pkr dan Dap sebelum melaksanakan hudud. Manakala Nik Amar pula, takut melaksanakan hudud buat masa ini kerana bimbang dengan sokongan terhadapnya akan terjejas pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden Pas yang bakal diadakan tak lama lagi.

Lihatlah bagaimana munafiknya Pas dalam isu Hudud ini. Berpuluh tahun melaungkan hudud, mengapa bila Hakim Syarie dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengeluarkan titah membenarkan Hudud dilaksanakan di Kelantan, tiba-tiba pas menyatakan mereka masih lagi tidak bersedia ?? Dan untuk melaksanakan hudud mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dikaji.

Pas memang tidak telus dalam perjuangan mereka. Hudud yang dilaungkan selama ini hanyalah polemik semata. Pelbagai alasn yang Pas berikan semata-mata untuk mengelak dari melaksanakan Hudud. Dulu Tun M difitnah sebagai penghalang. Sekarang nak salahkan siapa pula? Nak salahkan Sultan Kelantan ke ? Atau nak salahkan Hakim Syarie ? Pastinya ramai yang gadir pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah yang diadakan beberapa hari lepas menjadi saksi terhadap titah Sultan Muhammad V yang mencemar duli pada upacara tersebut. Tidak lupa kenyataan yang dibuat oleh Hakim Syarie Datuk Daud Muhammad.

Menurut sumber itu lagi, " perlaksanaan Hudud tidak pernah dibincangkan diperingkat tertinggi parti. Dan atas dasar kapasiti apakah Pas bercakap mengenai Hudud ? "

Jelasnya lagi, " Pas tidak ada kapasiti untuk melaksanakan Hudud langsung kerana perkara itu terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu, walaupun untuk dilaksanakan di Kelantan ".

" Peraksanaan dimaman pun bukan masalah, masalahnya Hudud tidak boleh dilaksanakan atas apa cara sekalipun selagi Pas bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, kerana Dap dan Pkr pasti tidak bersetuju dengan perkara seperti itu " ujarnya lagi.
Sila klik disini: http://www.negarapakatanrakyat.blogspot.com/2013/11/dap-pkr-akan-putus-hubungan-kalau-pas.html





Tiada ulasan: