Khamis, November 14, 2013

RAWAT KENCING MANIS ANDA DENGAN TEMU PAUH TANPA PERLU MENAHAN PEMAKANAN












Temu pauh yagng juga dikenali dengan nama temu mangga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain merawat kencing manis atau diabetis, temu pauh juga dapat merawat penyakit darah tinggi.

Rasanya yang seperti buah pelam pauh, memang enak dimakan. Rupanya pula seakan-akan halia dan kunyit. Tapi ia mempunyai bau dan rasa seperti buah pelam pauh.


Ianya boleh dimakan begitu sahaja, dibuat ulam makan bersama nasi atau bloeh juga dibuat jus.
Sebelum memakan pauh ini, anda disarankan memeriksa jumlah gula didalam badan anda. Setelah itu, anda bolehlah memakan temu pauh semasa makan tengahari dan malam. Selepas 1 minggu, anda periksa semula jumlah gula didalam badan anda. Peingatan disini, untuk minggu pertama anda hendaklah mengelak dari memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan berkanji,
Selepas 1 minggu, anda akan dapati jumlah gula anda akan menurun. Untuk minggu kedua, anda boleh meneruskan memakan temu pauh tersebut seprti biasa. Tapi, tanpa perlu menahan diri dari memakan makanan yang manis-manis seprti coklat, kek dan sebagainya. Jika sekiranya anda mengawal pemakanan anda, dikhuatiri anda akan kekurangan gula didalam badan pula. Dan untuk minggu-minggu berikutnya, anda tidak lagi perlu memakan temu pauh tersebut hari-hari. Sebaliknya, anda boleh memakannya sebanyak 3 kali seminggu.



Selamat mencuba.









SULTAN KELANTAN BENARKAN PERLAKSANAAN HUDUD










Sultan Kelantan telah mengeluarkan titah bahawa Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Sejak dari zaman Tun M lagi, negeri Kelantan telah pun diberi kebenaran untuk melaksanakan hudud. Tapi Pas, seperti biasa menyalahkan kerajaan pusat dengan menyatakan bahawa mereka dilarang atau dihalang oleh Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Telah berkali-kali kita menyatakan bahawa urusan pentadbiran hal ehwal agama tertakluk pada kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Seperti biasalah, Pas akan cuba mengelak dan memberi pelbagai alasan dari melaksanakan hukuman Hudud tersebut.
Berdekat lamanya Pas menggunakan Hudud sebagai perjuangan mereka. Sana sini Pas laungkan akan melaksanakan Hudud sekiranya Pas dapat mentadbir negara ini. Namun umum sedia maklum bahawa Hudud hanyalah sebuah retorik Pas untuk meraih undi semata. Kita juga tahu Pas tidak telus dalam perjuangan mereka.

Dalam satu sidang media semalam, Hakim Mahkamah Syariah Kelantan menjelaskan, hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, segala prasarana berkaitan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

" Insya-Allah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung disini hari ini.
Perasmian Kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamal Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Syiekh Abdul Halim.
Sebenarnya, sejak dari tahun 1993 lagi, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Janayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum itu. 

Namun sehingga kini Pas masih lagi melengahkan dan megelak dari melaksanakan hukuman tersebut kerana mahu menjaga hati sekutu meraka iaitu Dap. Dalam masa yang sama, Pas cuba menyalahkan kerajaan Pusat yang kononnya tidak membenarkan mereka (kerajaan negeri) dari melaksanakannya.

Sila rujuk disini:

http://www.sinarharian.com.my/semasa/mahkamah-syariah-kelantan-mampu-uruskan-hudud-1.220593











Pssstttt: kta tengok apa plak alasan Pas kali ni .. wink wink

Rabu, November 13, 2013

ANWAR PEJUANG LIBERAL DEMOKRATIK DI MALAYSIA - ISMA











Liberal demokratik adalah sebuah agenda yang amat merbahaya bagi umat Islam dan orang2 Melayu dinegara ini.

Agenda yang membawa ke arah negara sivil iaitu agenda yang membawa kepada negara tidak beragama dan tidak berbangsa ini akan memberi impak yang besar dan akan memudaratkan identiti Islam dan Melayu dinegara ini.

Menurut Presiden Ikhwan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman .. " ianya memberi mudarat kepada identiti Islam dan Melayu dinegara ini " ujarnya dalam satu sesi temuramah bersama wartawan hari ini.

Katanya lagi, " sebagai contoh, hak kebebasan beragama yang diseru agenda demokratik ini memberi kesan yang besar kepada identiti negara. Besar kesannya. Jika perjuangan ini diterima, identiti negara akan berubah menjadi negara yang bebas daripada pengaruh agama dan bangsa ".

Tambahnya lagi, " hakikatnya, sejarah dan identiti negara Malaysia adalah Islam sekalipun tidak sempurna sepenuhnya. Maka bagi bangsa Melayu, adalah suatu malapetaka apabila kehilangan identiti bangsanya, hilang agama, hilang tanah Melayu tempat berdaulat".

Inilah kefahaman yang perlu kita semua jelaskan bagi mengelak fahaman dan penyelewengan agenda tersebut.

Tegasnya lagi, " kita tidak mahu membiarkan bangsa Melayu menumpang ditanah sendiri.

Agenda liberal demokratik itu bukan momokan politik seperti yang digambarkan oleh pembangkang, anwar khususnya. Ianya adalah suatu ancaman secara terancang oleh Pakatan Rakyat dan NGO yang ditaja oleh barat.

Dan disebabkan itulah ISMA menentang perjuangan Pakatan Rakyat.

Hasil dari kajian dan penyelidikan, memang jelas anwar adalah pejuang liberal demokratik.

" Melihat dari ucapannya dan kenyataannya, beliau adalah pendokong perjuangan itu. Begitu juga dengan DAP. Perjuangan mereka adalah sejajar " ujarnya.



GEMPAR !!!! MEDIA MESIR MENDAKWA HAJI HADI SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN DI MESIR !!



Hadi oh! Hadi ..






Haji Hadi didakwa oleh media Mesir adalah Setiausaha Agung Gerakan Ikwanul Muslimin yang bergerak di Mesir. Namun, Haji Hadi cuba menafikannya sekeras-kerasnya dakwaan itu.


Wahai Haji Hadi .. kalau takde angin, manakan mungkin pokok bergoyang. Nampaknya lepas ni tak senang duduklah haji hadi kita ni ..

Sudahlah selama ini kita tahu ramai pemimpin dan puak2 Pas yang pergi ke Mesir cuba mempengaruhi para pelajar kita yang ada disana. Sekarang kita dikejutkan pula dengan berita dari media Mesir ini. Apa pun, kita harap haji hadi dapat menyelesaikan isu ini segera. Jangan pula mendiamkan diri. Ingat .. rakyat juga nak tahu
perkembangan isu ini





Psssttt: abe hadi kita dah tak senang duduk, makan tak lalu, tido tak lena .. ahaks!

Apa Nak Jadi Dengan Pas Ni ???


Tindakan MP Pokok Sena yang mempertahankan penggunaan
kalimah Allah oleh agama kristian didalam Dewan Rakyat amatlah mendukacitakan sekali. Pas yang selama ini melaungkan kononnya memperjuangkan Islam kian lama makin nampak bahawa apa yang dilaungkan selama ini hanyalah sebuah sandiwara semata. Pas sanggup menggadaikan Islam dan melacurkan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka. Permainan Pas terlalu jijik dan keji. Lihatlah sendiri, cina bertepuk tangan bila Pas berjaya diperdaya dan menjadi keldai tunggangan mereka. Islam ditentang secara halus oleh Pas. Islam Pas adalah Islam Syiah.                                                                               














Dari pucuk pimpinan hinggalah kepada para penyokong Pas,semuanya beriye-iye dan bermati-matian mempertahankan kaum kafir ini menggunakan kalimah Allah didalam bible mereka. Dan umum tahu, Dap adalah dalang semua ini. Dan umum juga tahu Dap amat membenci Islam. Dalam erti kata lain, mereka cuba untuk menghapuskan Islam dinegara ini. 

Sebelum ini kita semua tahu di P.Pinang laungan azan tidak lagi dubenarkan. Dibeberapa tempat juga begitu. Ada yang telah diarahkan agar memperlahankan laungan azan.

Baru2 ini di surau Ar Rahman Taman Tasik Prima Puchong juga berlaku kekecohan. Bila saya keluarkan berita ini melalui laman facebook saya,ada pula penyokong pakatan rakyat yang mengaku beragama Islam,membela dan mempertahankan tindakan cina2 tersebut yang membuat kacau di surau berkenaan.Dengan selamba dia menyatakan saya hanya bersandiwara dan sengaja memperbesarkan isu ini.Tak tau lah apa nak jadi dah dengan puak2 Pas ni.Orang2 cina menghina Islam dan mencampuri urusan ibadah umat Islam pun mereka masih menyatakan perkara ini hanyalah isu kecil dan tak perlu diperbesarkan.Nauzubillahhiminzalik ...

Dan yang paling menyakitkan hati,bilamana MB Selangor iaitu Khalid,telah membuat kenyataan kepada akhbar Metro, " isu ini tidak sepatutnya timbul kerana masyarakat negara ini berbilang kaum.Dan ianya hanya merupakan budaya.Adakah itu jawapan yang sepatutnya diberikan oleh seorang Menteri Besar yang beragama Islam?

Bila menyebut budaya,ianya menunjukkan sesuatu bangsa atau kaum.Pertanyaan saya,azan telah dilaungkan sejak dari zaman Nabi SAW lagi.Adakah Baginda Rasul berbangsa Melayu? Bagaimana dengan orang Arab? Kaum India Muslim? Cina Muallaf? Negro yang beragama Islam? Omputeh yang beragama Islam? Adakah kesemua mereka termasuk Baginda Rasul berbangsa atau Melayu? Fikir-fikirkanlah ..




Pssstttt: Kata bodoh kang marah, tapi memang pencacai pr ni jenis bodoh tak boleh diajar. Peace ....






Ahad, Mac 17, 2013

TUN MUSA HITAM BALAS DENDAM PADA TUN MAHATHIR DENGAN BUKU JINGGA ??










Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya, itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya didalam program ' Bicara Minda: Survival Ekonomi Melayu ' yang berlaku di Karangkraf baru-baru ini.

Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ' membela Kitab Suci Pakatan Rakyat ' itu secara langsung. Tetapi, Tun Musa hanya ' membela Pakatan Rakyat '.

Pakatan Rakyat juga menganggap kenytaan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai rasis, tetapi sejak dari peringkat awal pembabitannya didalam politik lagi Tun Mahathir digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap  bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.

Namun setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar. Iaitu, sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian 'kek' ekonomi yang dijana oleh kaum Cinatidak dirampas, tetapi sebaliknya, berusaha membesarkan 'kek' tersebut, agar boleh dinikmati oleh kaum Melayu.

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan memahi sifat 'Ultra Melayu' beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.

Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat  perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.

Semuanya kerana wijud kumpulan esktremis seperti Dong Zong yang berdegil memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa kemakmuran dan keharmonian kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman. Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.

Maka lahirlah manusia-manusia seperti Namawee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap !! Angkuh !! Dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga membenci Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah, iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan. Tetapi dilihat sebagai usaha dari usaha kaum mereka semata-mata.

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bengga dengan negara ini.

Justeru, tidak hairanlah mereka 'dihalau' keluar dari negara ini dan digelar pendatang.

Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin, tentunya tidak senang dengan sikap generasi negara ini, kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asa penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Dimasa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih ditakuk lama.

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu ? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama sahaja ? Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apa pun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.

Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima  kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh dibelakangnya.


 Dan inilah yang berlaku diantara Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam. Malah dengan entah berapa ramai lagi 'bekas' rakan-rakannya. Termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi diliga manusia hebat pemimpin dunia.

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan. Kerana mereka yang mempunyai sikap ini tidak mampu menerima kenyataan.

Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang dari segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatinannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.

Kita pasti Tun Musa lebih tahu Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata. Kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada diadalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak dan lain-lain.

Jika puak PR berfikir lebih sedikit, mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jigga secara spesifik dalam membincangkan subjek ' tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara ', menunjukkan beliau tidak yakin dengan perancangan didalam buku tersebut.

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan terhadap Tun Mahathir dn mengharapkan cara ituakan dapat menyakitkan hati negarawan  tersebut.

Dendamnya terhadap Tun Mahathir, bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah SWT mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja termasuk Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya, Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai dan direstui Alah SWT lalu kecundang ditengah jalan. bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya. Tetapi, tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka didalam kerajaan atau parti.

Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.

Tredapat juga khabar angin, Tun Musa merupkan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya. Tetapi, itu adalah cerita lain.

Perlu diulang, bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahajaasal dapat melegakan dendamnya terhadap Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Ku Li, dan kemudian menghimpit Tun Abdullah badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hati ini. Mungkin bukan untuk jawatan, kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biarpun kecil, sekadar melampiaskan dendam.

justeru, tidak perlulah pencacai sekadar terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah .. bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan didalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah. Kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membankrapkan negara.

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak  bermakna yang negara tidak boleh bankrap dibawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka Neo-con, yang hampir membankrpkan negara pada tahun 1997/98. Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan. Manakala PAS pula, langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.

Kesimpulannya, PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.





Sabtu, Mac 16, 2013

JOM KENALI SIAPAKAH SEBENARNYA PI BALA ??











Pasti ramai yang ingin tahu siapakah sebenarnya Bala atau lebih dikenali sebagai PI Bala.

Bala atau nama sebenarnya:-

Nama: Balasubramaniam A/L Perumal
No. kad pengenalan:  600928 - 08 - 6235
Tempat lahir: Batang Padang, Perak.
Menyertai PDRM: 3hb Mei 1981,
Tarikh pengesahan jawatan:  3hb Mei 1984.
Jawatan: Konstabel



Beliau pernah ditugaskan sebagai Unit Semboyan dari tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1992, beliau yang berpangkat Lans Koperal, bertanggungjawab untuk Tugas Am dalam Cawanagn Pentadbiran di Balai Polis Sentul, sebelum bertukar ke Cawangan Khas di Petaling Jaya pada tahun 1994.

Pada tahun 1995, Bala telah dikenakan tindakan tatatertib dengan gajinya ditahan atas siasatan jenayah, bersabit Pantai Report 4434/35 Kes Sek.3(1) Akta Culik oleh Ketua Polis Selangor, dengan merujuk kepada PKS 498/95 bertarikh 1/11/1995.
Kes tersebut bukanlah satu-satunya kes jenayah yang melibatkan Bala. Hakikatnya, Bala telah terlibat dengan banyak kes sebelum ini yang turut membawa kepada tindakan tatatertib.

Jelas disini, Bala bukanlah orang yang boleh dipercayai seperti juga Deepak, RPK, SUARAM dan keseluruhan Pakatan Pembangkang yang menjadi dalang mereka. Logiknya, hanya orang-orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang akan terlibat dan bekerjasama dengan penjahat seperti Bala.

Rentetan kesalahan yang tidak dapat diampuhkan, maka pihak atasan telah membuat keputusan bahawa Bala tidak lagi wajar diberi peluang. Akhirnya Bala telah dipaksa meletakkan jawatan dalam masa 24 jam dengan notis sebulan gaji pada 2hb Feb. 1998.

Dari situ, Bala kemudiannya beralih kepada dunia Penyiasat Persendirian yang tentunya lebih bebas dan lebih mudah untuk mendekati penjenayah dan pengkhianat negara. Penglibatannya dalam kes Altantuya, pastinya dilihat sebagai peluang terbaik untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Namun, "setinggi-tinggi tupai melompat", akhirnya Bala lari ke luar negara.

Rasanya tidak perlulah dipersoalkan kehidupan Bala disana yang nampak mewah dan selesa, sama juga seperti RPK berdasarkan gambar-gambar mereka di London yang diedarkan dengan bangganya sebelum ini. Namun, seperkara yang perlu kita persoalkan .. atas tajaan siapa ??









Psssttt: Pepatah ada menyebut .. " harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama " .. kalo semasa hayatnya melakukan perkara-perkara yang baik, maka baik la sebutan orang. Kalau perkara yang tak baik ... sendiri mau ingat maaaa ..




PANASSS !! KIRAM KETAKUTAN BILA KOMANDO MALAYSIA SAMPAI DIDEPAN RUMAH !!











Filipina digemparkan apabila seorang kanak-kanak Filipina memegang dan menunjukkan sekeping syiling baru bernilai lima puluh sen (50 sen) yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram !!

Duit itu diberikan kepada kanak-kanak itu oleh seorang lelaki yang menaiki kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat. Lelaki itu dipercayai salah seorang Komando Malaysia.








Pssstt: Nampaknya tak senang tidur la Kiram lepas ni sebab Komando Malaysia telah sampai dihadapan rumahnya .. 





EDISI KANTOI !! GAMBAR BOGEL ANWAR MULA TERSEBAR !!




SELERA SONGSANG !!




Aksi 1


Bermanja-manjaan plak ..

Dah mula pegang-pegang


Aiiiyakkk !! dah peluk-peluk plak ??



Errrkkksss !! Dah raba-raba pula ..



Oh tidaaaaakkkkk !! .. Dah bercium plak ?? Adeh !! ngeri LOLS !!



Wah!! Sup lidah ke ??



Hehehe .. buka zip nampak ???



Huh !! Habis laaa .. dah buka baju ni .. Korang perhatikan betul-betul gambar ni tauuu ..


Hohoho !! Sudah bogel ka bang non ??



Aiiikkkk ?? Dah selesai ker ??? Berbalut selimut ke cadar tu bang non ??



Nak balik dah ke bang non ?? Perhatikan betul-betul .. 



Perhatikan betul-betul gambar ni .. Bang non nak balik dah ..




Gambar-gambar bogel Anwar dah tersebar !! Perhatikan betul-betul pada setiap perincian gambar yang ditunjukkan. Jelas orang didalam gambar adalah Anwar !! Bang non buat hal lagi Kak Jijah !! Alahaiiiiiiiii .. bang non punya selera .. GELI !! NGERI !! LOLS !!









Pssstttt: Kita tengok apa pula spin pencacai-pencacai pakatan haram kali ni .. hehehehe


KIRAM MINTA BANTUAN INDONESIA PERANGI SABAH ??















Kiram minta bantuan Indonesia untuk memerangi Sabah?? Nampaknya Kiram III betul-betul nekad untuk memiliki Sabah !!

Setelah tidak dilayan oleh kerajaan Filipina, Kiram III cuba untuk mendapatkan sokongan dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.

Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia, Merdeka.com, ketua penceroboh di Sabah, iaitu Kiram III mengaku telah memohon bantuan dari Presiden Indonesia didalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga memiliki hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalm ' Perjanjian Mafilindo '. Menurut portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan Kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak Republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Selain dari itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai ' munafiq ' dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tidak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.

" Walaupun malaysia negara yang mengamalkan Islam, tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata, sedangkan perbuatanereka tidak Islam ".

" Malaysia munafiq, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam ".
kata Kiram III dalam temuramah tersebut. Sebelum ini, Kiram III pernah meminta Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah. Tetapi, permintaanya ditolak.








Psssttt: Diorang bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan tu .. Islam la sangat ye ..