Ahad, Mac 17, 2013
TUN MUSA HITAM BALAS DENDAM PADA TUN MAHATHIR DENGAN BUKU JINGGA ??
Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya, itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya didalam program ' Bicara Minda: Survival Ekonomi Melayu ' yang berlaku di Karangkraf baru-baru ini.
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ' membela Kitab Suci Pakatan Rakyat ' itu secara langsung. Tetapi, Tun Musa hanya ' membela Pakatan Rakyat '.
Pakatan Rakyat juga menganggap kenytaan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.
Sebenarnya, bukan kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai rasis, tetapi sejak dari peringkat awal pembabitannya didalam politik lagi Tun Mahathir digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.
Namun setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar. Iaitu, sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian 'kek' ekonomi yang dijana oleh kaum Cinatidak dirampas, tetapi sebaliknya, berusaha membesarkan 'kek' tersebut, agar boleh dinikmati oleh kaum Melayu.
Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan memahi sifat 'Ultra Melayu' beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.
Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.
Semuanya kerana wijud kumpulan esktremis seperti Dong Zong yang berdegil memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa kemakmuran dan keharmonian kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman. Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.
Maka lahirlah manusia-manusia seperti Namawee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap !! Angkuh !! Dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga membenci Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah, iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan. Tetapi dilihat sebagai usaha dari usaha kaum mereka semata-mata.
Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bengga dengan negara ini.
Justeru, tidak hairanlah mereka 'dihalau' keluar dari negara ini dan digelar pendatang.
Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin, tentunya tidak senang dengan sikap generasi negara ini, kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asa penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Dimasa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih ditakuk lama.
Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu ? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama sahaja ? Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apa pun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.
Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.
Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh dibelakangnya.
Dan inilah yang berlaku diantara Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam. Malah dengan entah berapa ramai lagi 'bekas' rakan-rakannya. Termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi diliga manusia hebat pemimpin dunia.
Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan. Kerana mereka yang mempunyai sikap ini tidak mampu menerima kenyataan.
Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang dari segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatinannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.
Kita pasti Tun Musa lebih tahu Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata. Kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada diadalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak dan lain-lain.
Jika puak PR berfikir lebih sedikit, mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jigga secara spesifik dalam membincangkan subjek ' tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara ', menunjukkan beliau tidak yakin dengan perancangan didalam buku tersebut.
Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan terhadap Tun Mahathir dn mengharapkan cara ituakan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.
Dendamnya terhadap Tun Mahathir, bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah SWT mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja termasuk Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya, Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.
Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai dan direstui Alah SWT lalu kecundang ditengah jalan. bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya. Tetapi, tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka didalam kerajaan atau parti.
Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.
Tredapat juga khabar angin, Tun Musa merupkan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya. Tetapi, itu adalah cerita lain.
Perlu diulang, bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahajaasal dapat melegakan dendamnya terhadap Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Ku Li, dan kemudian menghimpit Tun Abdullah badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hati ini. Mungkin bukan untuk jawatan, kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biarpun kecil, sekadar melampiaskan dendam.
justeru, tidak perlulah pencacai sekadar terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah .. bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan didalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.
Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah. Kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membankrapkan negara.
Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap dibawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka Neo-con, yang hampir membankrpkan negara pada tahun 1997/98. Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.
Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan. Manakala PAS pula, langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.
Kesimpulannya, PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan