Sabtu, Mac 16, 2013

KIRAM MINTA BANTUAN INDONESIA PERANGI SABAH ??















Kiram minta bantuan Indonesia untuk memerangi Sabah?? Nampaknya Kiram III betul-betul nekad untuk memiliki Sabah !!

Setelah tidak dilayan oleh kerajaan Filipina, Kiram III cuba untuk mendapatkan sokongan dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.

Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia, Merdeka.com, ketua penceroboh di Sabah, iaitu Kiram III mengaku telah memohon bantuan dari Presiden Indonesia didalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga memiliki hak keatas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalm ' Perjanjian Mafilindo '. Menurut portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan Kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak Republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Selain dari itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai ' munafiq ' dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tidak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.

" Walaupun malaysia negara yang mengamalkan Islam, tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata, sedangkan perbuatanereka tidak Islam ".

" Malaysia munafiq, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam ".
kata Kiram III dalam temuramah tersebut. Sebelum ini, Kiram III pernah meminta Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah. Tetapi, permintaanya ditolak.








Psssttt: Diorang bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan tu .. Islam la sangat ye ..



2 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon linkkan blog saya. Saya sudah linkkan blog saudari.
http://www.budakbenteng.com/

Unknown berkata...

ok. Terima kasih,Budak Benteng ..