Pasti ramai yang ingin tahu siapakah sebenarnya Bala atau lebih dikenali sebagai PI Bala.
Bala atau nama sebenarnya:-
Nama: Balasubramaniam A/L Perumal
No. kad pengenalan: 600928 - 08 - 6235
Tempat lahir: Batang Padang, Perak.
Menyertai PDRM: 3hb Mei 1981,
Tarikh pengesahan jawatan: 3hb Mei 1984.
Jawatan: Konstabel
Beliau pernah ditugaskan sebagai Unit Semboyan dari tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1992, beliau yang berpangkat Lans Koperal, bertanggungjawab untuk Tugas Am dalam Cawanagn Pentadbiran di Balai Polis Sentul, sebelum bertukar ke Cawangan Khas di Petaling Jaya pada tahun 1994.
Pada tahun 1995, Bala telah dikenakan tindakan tatatertib dengan gajinya ditahan atas siasatan jenayah, bersabit Pantai Report 4434/35 Kes Sek.3(1) Akta Culik oleh Ketua Polis Selangor, dengan merujuk kepada PKS 498/95 bertarikh 1/11/1995.
Kes tersebut bukanlah satu-satunya kes jenayah yang melibatkan Bala. Hakikatnya, Bala telah terlibat dengan banyak kes sebelum ini yang turut membawa kepada tindakan tatatertib.
Jelas disini, Bala bukanlah orang yang boleh dipercayai seperti juga Deepak, RPK, SUARAM dan keseluruhan Pakatan Pembangkang yang menjadi dalang mereka. Logiknya, hanya orang-orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang akan terlibat dan bekerjasama dengan penjahat seperti Bala.
Rentetan kesalahan yang tidak dapat diampuhkan, maka pihak atasan telah membuat keputusan bahawa Bala tidak lagi wajar diberi peluang. Akhirnya Bala telah dipaksa meletakkan jawatan dalam masa 24 jam dengan notis sebulan gaji pada 2hb Feb. 1998.
Dari situ, Bala kemudiannya beralih kepada dunia Penyiasat Persendirian yang tentunya lebih bebas dan lebih mudah untuk mendekati penjenayah dan pengkhianat negara. Penglibatannya dalam kes Altantuya, pastinya dilihat sebagai peluang terbaik untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Namun, "setinggi-tinggi tupai melompat", akhirnya Bala lari ke luar negara.
Rasanya tidak perlulah dipersoalkan kehidupan Bala disana yang nampak mewah dan selesa, sama juga seperti RPK berdasarkan gambar-gambar mereka di London yang diedarkan dengan bangganya sebelum ini. Namun, seperkara yang perlu kita persoalkan .. atas tajaan siapa ??
Psssttt: Pepatah ada menyebut .. " harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama " .. kalo semasa hayatnya melakukan perkara-perkara yang baik, maka baik la sebutan orang. Kalau perkara yang tak baik ... sendiri mau ingat maaaa ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan