Menurut Nik Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, " Kelantan masih belun bersedia melaksanakan hudud walau pun Ketua Hakim Syarie tersebut menyatakan sebaliknya.
Jelas disitu menyatakan Pas perlu mendapat persetujuan dari Pkr dan Dap sebelum melaksanakan hudud. Manakala Nik Amar pula, takut melaksanakan hudud buat masa ini kerana bimbang dengan sokongan terhadapnya akan terjejas pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden Pas yang bakal diadakan tak lama lagi.
Lihatlah bagaimana munafiknya Pas dalam isu Hudud ini. Berpuluh tahun melaungkan hudud, mengapa bila Hakim Syarie dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengeluarkan titah membenarkan Hudud dilaksanakan di Kelantan, tiba-tiba pas menyatakan mereka masih lagi tidak bersedia ?? Dan untuk melaksanakan hudud mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dikaji.
Pas memang tidak telus dalam perjuangan mereka. Hudud yang dilaungkan selama ini hanyalah polemik semata. Pelbagai alasn yang Pas berikan semata-mata untuk mengelak dari melaksanakan Hudud. Dulu Tun M difitnah sebagai penghalang. Sekarang nak salahkan siapa pula? Nak salahkan Sultan Kelantan ke ? Atau nak salahkan Hakim Syarie ? Pastinya ramai yang gadir pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah yang diadakan beberapa hari lepas menjadi saksi terhadap titah Sultan Muhammad V yang mencemar duli pada upacara tersebut. Tidak lupa kenyataan yang dibuat oleh Hakim Syarie Datuk Daud Muhammad.
Menurut sumber itu lagi, " perlaksanaan Hudud tidak pernah dibincangkan diperingkat tertinggi parti. Dan atas dasar kapasiti apakah Pas bercakap mengenai Hudud ? "
Jelasnya lagi, " Pas tidak ada kapasiti untuk melaksanakan Hudud langsung kerana perkara itu terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu, walaupun untuk dilaksanakan di Kelantan ".
Sehari selepas Sultan Kelantan, Sutan Muhammad V mengeluarkan titah bahawa baginda memperkenankan Hudud dilaksanakan di Kelantan, Pas parti yang bersekutu dengan Pkr dan Dap telah pun diugut dari rakan Pakatannya itu.
Dap dan Pkr telah menyatakan pendirian mereka, sekira Pas melaksanakan hukuman Hudud, maka Pas boleh keluar dari Pakatan Rakyat.
Jelas disini, Pas sentiasa sahaja menerima tekanan dari rakan Pakatannya.
Kenyataan Karpal yang sebelum ini, ada menyebut .." over my dead body kalau Pas nak laksanakan Hudud ". Dap jelas berkeras dengan kenyataannya itu. Malah Lim Guan Eng juga ada menyebut " no Islamic State " sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah.
Jelaslah disini, Pas kian terhimpit dan dihimpit oleh rakan Pakatannya sendiri. Pada PRU13 jumlah undi terhadap Pas. Dan pada PRK DUN Sg Limau, menampakkan penurunan sokongan terhadap Pas yang amat ketara sekali.
Pas nampaknya dalam dilema .. antara titah Sultan dan rakan Pakatan. Apa yang kita harapkan, Pas dapat menunaikan janji-janjinya untuk melaksnakan Hudud. Undang0undang Syariah berada dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Initelah disahkan oleh Mufti dan Sultan Kelantan sendiri. Tiada lagi alasan yang menyatakan Kerajaan Pusat menghalang Pas dari melaksanakan hukuman tersebut.
Pssttt: Tengah tunggu Pas laksanakan hukuman Hudud kat Kelantan. Kes stopa belum selesai lagi. Ngeh ngeh ..
Ramai yang tahu Vicks VapoRub digunakan untuk melegakan sesak nafas yang biasa. Tapi, ramai juga yang tidak tahu Vicks juga boleh melegakan Asthma. Caranya: Ambil sesudu makan Vicks, masukkan kedalam besin yang kecil atau sederhana besarnya. Kemudian masukkan air panas. Ambil tuala, dan selubung kepala anda dengan tuala tersebut bersama besin yang berisi Vicks tersebut. Sedut wap dari air bercampur Vicks tadi. Lakukan beberapa minit sehingga sesak nafas anda lega atau berkurangan.
Lakukannya ketika anda rasa sesak nafas. Dan anda akan dapati keberkesanannya. Insya-Allah .. Peringatan disini, air tersebut hendaklah betul-betul panas dan megeluarkan wap.
Pokok betik memang mudah didapati dimana-mana. Selain buahnya yang enak dimakan, daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Anda tidak perlukan daun yang muda. Memadailah daunnya yang telah tua. Caranya, ambil 3 helai daun betik yang telah tua dan rebuskan dengan 10 gelas air. Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, anda bolehlah menutup api dapur. Biarkan air rebusan daun betik tadi sehingga sejuk. Apabila air rebusan daun betik tadi telah sejuk, simpanlah ia didalam peti sejuk. Minum air rebusan daun betik tadi 1 gelas, 2 kali sehari. Iaitu pada sebelah pagi dan malam. Amalkan setiap hari. Memang airnya agak pahit. Tapi, untuk merawat sakit yang sedang anda alami, amat berbaloi. Dan anda tidak lagi memerlukan ubat-ubatan dari doktor. Memakan ubat-ubatan terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Kerana terdapat bahan yang boleh memudaratkan anda.
Selamat mencuba dan menjalani hidup anda seperti yang anda inginkan.
Pastinya ramai yang kenal pokok ini. Ia tumbuh melata dimana sahaja.
Ambil pokok ini, dan basuh bersih-bersih. Kemudian,anda keringkan dengan cara menjemur ditengah panas matahari. Setelah kering, anda bolehlah mengasingkan daun-daunnya dari tangkainya. Selepas itu, anda bolehlah menyimpannya didalam bekas kedap udara.
Untuk merawat sakit pinggang yang anda alami, ambil sesudu teh daun pokok dukung anak yang telah dikeringkan tadi kedalam gelas. Selepas itu, masukkan air panas dan tutup. Biarkannya sebentar hingga air tersebut suam-suam kuku. Setelah itu, barulah boleh diminum. Anda juga boleh memasukkan sedikit madu kedalam air tersebut.
Diingatkan disini, sakit pinggang anda tidaklah akan hilang dengan segera. Ia memangambil masa juga. Jadi, anda bolehlah mengamalkan meminum air daun pokok dukung anak ini setiap hari sehingga sakit pinggang anda hilang.
Setelah sakit pinggang anda hilang atau reda, anda bolehlah mengamalkan meminum air pokok dukung anak tersebut 2-3 kali seminggu.
Temu pauh yagng juga dikenali dengan nama temu mangga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain merawat kencing manis atau diabetis, temu pauh juga dapat merawat penyakit darah tinggi.
Rasanya yang seperti buah pelam pauh, memang enak dimakan. Rupanya pula seakan-akan halia dan kunyit. Tapi ia mempunyai bau dan rasa seperti buah pelam pauh.
Ianya boleh dimakan begitu sahaja, dibuat ulam makan bersama nasi atau bloeh juga dibuat jus. Sebelum memakan pauh ini, anda disarankan memeriksa jumlah gula didalam badan anda. Setelah itu, anda bolehlah memakan temu pauh semasa makan tengahari dan malam. Selepas 1 minggu, anda periksa semula jumlah gula didalam badan anda. Peingatan disini, untuk minggu pertama anda hendaklah mengelak dari memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan berkanji, Selepas 1 minggu, anda akan dapati jumlah gula anda akan menurun. Untuk minggu kedua, anda boleh meneruskan memakan temu pauh tersebut seprti biasa. Tapi, tanpa perlu menahan diri dari memakan makanan yang manis-manis seprti coklat, kek dan sebagainya. Jika sekiranya anda mengawal pemakanan anda, dikhuatiri anda akan kekurangan gula didalam badan pula. Dan untuk minggu-minggu berikutnya, anda tidak lagi perlu memakan temu pauh tersebut hari-hari. Sebaliknya, anda boleh memakannya sebanyak 3 kali seminggu.
Sultan Kelantan telah mengeluarkan titah bahawa Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. Sejak dari zaman Tun M lagi, negeri Kelantan telah pun diberi kebenaran untuk melaksanakan hudud. Tapi Pas, seperti biasa menyalahkan kerajaan pusat dengan menyatakan bahawa mereka dilarang atau dihalang oleh Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukuman tersebut.
Telah berkali-kali kita menyatakan bahawa urusan pentadbiran hal ehwal agama tertakluk pada kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Seperti biasalah, Pas akan cuba mengelak dan memberi pelbagai alasan dari melaksanakan hukuman Hudud tersebut. Berdekat lamanya Pas menggunakan Hudud sebagai perjuangan mereka. Sana sini Pas laungkan akan melaksanakan Hudud sekiranya Pas dapat mentadbir negara ini. Namun umum sedia maklum bahawa Hudud hanyalah sebuah retorik Pas untuk meraih undi semata. Kita juga tahu Pas tidak telus dalam perjuangan mereka.
Dalam satu sidang media semalam, Hakim Mahkamah Syariah Kelantan menjelaskan, hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, segala prasarana berkaitan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
" Insya-Allah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung disini hari ini. Perasmian Kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamal Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Syiekh Abdul Halim. Sebenarnya, sejak dari tahun 1993 lagi, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Janayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum itu.
Namun sehingga kini Pas masih lagi melengahkan dan megelak dari melaksanakan hukuman tersebut kerana mahu menjaga hati sekutu meraka iaitu Dap. Dalam masa yang sama, Pas cuba menyalahkan kerajaan Pusat yang kononnya tidak membenarkan mereka (kerajaan negeri) dari melaksanakannya.
Liberal demokratik adalah sebuah agenda yang amat merbahaya bagi umat Islam dan orang2 Melayu dinegara ini.
Agenda yang membawa ke arah negara sivil iaitu agenda yang membawa kepada negara tidak beragama dan tidak berbangsa ini akan memberi impak yang besar dan akan memudaratkan identiti Islam dan Melayu dinegara ini.
Menurut Presiden Ikhwan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman .. " ianya memberi mudarat kepada identiti Islam dan Melayu dinegara ini " ujarnya dalam satu sesi temuramah bersama wartawan hari ini.
Katanya lagi, " sebagai contoh, hak kebebasan beragama yang diseru agenda demokratik ini memberi kesan yang besar kepada identiti negara. Besar kesannya. Jika perjuangan ini diterima, identiti negara akan berubah menjadi negara yang bebas daripada pengaruh agama dan bangsa ".
Tambahnya lagi, " hakikatnya, sejarah dan identiti negara Malaysia adalah Islam sekalipun tidak sempurna sepenuhnya. Maka bagi bangsa Melayu, adalah suatu malapetaka apabila kehilangan identiti bangsanya, hilang agama, hilang tanah Melayu tempat berdaulat".
Inilah kefahaman yang perlu kita semua jelaskan bagi mengelak fahaman dan penyelewengan agenda tersebut.
Tegasnya lagi, " kita tidak mahu membiarkan bangsa Melayu menumpang ditanah sendiri.
Agenda liberal demokratik itu bukan momokan politik seperti yang digambarkan oleh pembangkang, anwar khususnya. Ianya adalah suatu ancaman secara terancang oleh Pakatan Rakyat dan NGO yang ditaja oleh barat.
Dan disebabkan itulah ISMA menentang perjuangan Pakatan Rakyat.
Hasil dari kajian dan penyelidikan, memang jelas anwar adalah pejuang liberal demokratik.
" Melihat dari ucapannya dan kenyataannya, beliau adalah pendokong perjuangan itu. Begitu juga dengan DAP. Perjuangan mereka adalah sejajar " ujarnya.
Haji Hadi didakwa oleh media Mesir adalah Setiausaha Agung Gerakan Ikwanul Muslimin yang bergerak di Mesir. Namun, Haji Hadi cuba menafikannya sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Wahai Haji Hadi .. kalau takde angin, manakan mungkin pokok bergoyang. Nampaknya lepas ni tak senang duduklah haji hadi kita ni ..
Sudahlah selama ini kita tahu ramai pemimpin dan puak2 Pas yang pergi ke Mesir cuba mempengaruhi para pelajar kita yang ada disana. Sekarang kita dikejutkan pula dengan berita dari media Mesir ini. Apa pun, kita harap haji hadi dapat menyelesaikan isu ini segera. Jangan pula mendiamkan diri. Ingat .. rakyat juga nak tahu perkembangan isu ini
Psssttt: abe hadi kita dah tak senang duduk, makan tak lalu, tido tak lena .. ahaks!
Tindakan MP Pokok Sena yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian didalam Dewan Rakyat amatlah mendukacitakan sekali. Pas yang selama ini melaungkan kononnya memperjuangkan Islam kian lama makin nampak bahawa apa yang dilaungkan selama ini hanyalah sebuah sandiwara semata. Pas sanggup menggadaikan Islam dan melacurkan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka. Permainan Pas terlalu jijik dan keji. Lihatlah sendiri, cina bertepuk tangan bila Pas berjaya diperdaya dan menjadi keldai tunggangan mereka. Islam ditentang secara halus oleh Pas. Islam Pas adalah Islam Syiah.
Dari pucuk pimpinan hinggalah kepada para penyokong Pas,semuanya beriye-iye dan bermati-matian mempertahankan kaum kafir ini menggunakan kalimah Allah didalam bible mereka. Dan umum tahu, Dap adalah dalang semua ini. Dan umum juga tahu Dap amat membenci Islam. Dalam erti kata lain, mereka cuba untuk menghapuskan Islam dinegara ini.
Sebelum ini kita semua tahu di P.Pinang laungan azan tidak lagi dubenarkan. Dibeberapa tempat juga begitu. Ada yang telah diarahkan agar memperlahankan laungan azan.
Baru2 ini di surau Ar Rahman Taman Tasik Prima Puchong juga berlaku kekecohan. Bila saya keluarkan berita ini melalui laman facebook saya,ada pula penyokong pakatan rakyat yang mengaku beragama Islam,membela dan mempertahankan tindakan cina2 tersebut yang membuat kacau di surau berkenaan.Dengan selamba dia menyatakan saya hanya bersandiwara dan sengaja memperbesarkan isu ini.Tak tau lah apa nak jadi dah dengan puak2 Pas ni.Orang2 cina menghina Islam dan mencampuri urusan ibadah umat Islam pun mereka masih menyatakan perkara ini hanyalah isu kecil dan tak perlu diperbesarkan.Nauzubillahhiminzalik ...
Dan yang paling menyakitkan hati,bilamana MB Selangor iaitu Khalid,telah membuat kenyataan kepada akhbar Metro, " isu ini tidak sepatutnya timbul kerana masyarakat negara ini berbilang kaum.Dan ianya hanya merupakan budaya.Adakah itu jawapan yang sepatutnya diberikan oleh seorang Menteri Besar yang beragama Islam?
Bila menyebut budaya,ianya menunjukkan sesuatu bangsa atau kaum.Pertanyaan saya,azan telah dilaungkan sejak dari zaman Nabi SAW lagi.Adakah Baginda Rasul berbangsa Melayu? Bagaimana dengan orang Arab? Kaum India Muslim? Cina Muallaf? Negro yang beragama Islam? Omputeh yang beragama Islam? Adakah kesemua mereka termasuk Baginda Rasul berbangsa atau Melayu? Fikir-fikirkanlah ..
Pssstttt: Kata bodoh kang marah, tapi memang pencacai pr ni jenis bodoh tak boleh diajar. Peace ....