Khamis, Februari 28, 2013

EDISI PANASS !! WANITA BERGOYANG DANGDUT HANYA 600 METER DARI RUMAH NIK AZIZ !!









           


Mari .. Mari .. Mari .. !! Mari kita tengok aksi goyang pinggul ayam dan lembu berhampiran rumah Nik Aziz !!

Blog Tukar Kelate mengemukakan satu bukti rakaman tarian wanita berdangdut tidak jauh dari rumah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

" Dengan bunyi muzik yang kuat, pergaulan bebas wanita dan lelaki tanpa malu, segan silu, menari di khalayak ramai. Itulah yang berlaku di Pulau Melaka. Dimana, lokasi kejadian berada tidak sampai 1 kilometer dari kediaman Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru. "

" Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan, mempunyai sebanyak 17 buah pusat karaoke yang beropersai sehingga jam 4:00 pagi. Ada juga yang beroperasi 24 jam. "
" Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan dan menutup periuk nasi pihak-pihak terbabit. Apa yang kami mahu dedahkan ialah, kegagalan Pas di negeri yang digelar Serambi Mekah. Dimana rakyatnya dikatakan telah pun diberikan didikan dan ilmu Islam sejak Pas diberikan mandat sebagai Pemerintah dan Mentadbir kerajaan negeri tersebut sejak tahun 1990. " dedah blog itu.



Psssttt: Amacam pencacai-pencacai pas ?? Lagi mau cover kaa ?? Ngehngeh ..


Isnin, Februari 25, 2013

EDISI PENDEDAHAN !! ROWSTEAD SDN BHD MILIK NIK AZIZ ADALAH SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBINA LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI











Berikutan pendedahan yang saya buat sebelum ini berkaitan syarikat ROWSTEAD SDN BHD , yang dimilik oleh Nik Aziz, akhirnya sebuah lagi pembongkaran dapat dibuat.

Sebelum ini kita semua maklum hasrat Nik Aziz untuk membina Lebuhraya Rakyat. Sebenarnya, hasrat Nik Aziz untuk membina lebuhraya rakyat tersebut ada kaitan dengan syarikat ROWSTEAD SDN BHD.
Pembinaan lebuhraya rakyat tersebut akan dilakukan oleh syarikat ROWSTEAD SDN BHD.

Nik Aziz yang merupakan DIRECTOR syarikat tersebut ternyata mempunyai AGENDA yang BESAR dengan projek pembinaan lebuhraya rakyat yang di uar-uarkan akan dibina. Untuk membina lebuhraya rakyat tersebut, rakyat diminta untuk memberi SUMBANGAN /  DERMA kepada kerajaan negeri dalam usaha Nik Aziz dan juga kerajaan Kelantan untuk membina lebuhraya rakyat tersebut.

Persoalannya sekarang, dah berapa jumlah kutipan derma yang telah diberikan oleh rakyat dalam usaha untuk membina lebuhraya tersebut ?? Bagaimana perkembangan projek tersebut ?? Mengapa kita tidak mendengar sebarang perkembangan berkaitan projek lebuhraya rakyat ??

Disini saya ingin memberi sedikit rumusan yang telah saya buat berkenaan isu pembinaan lebuhraya rakyat tersebut.

* Untuk membina lebuhraya rakyat, peruntukan yang besar diperlukan. Bantuan dan ehsan dari rakyat diperlukan untuk menjayakannya. Rakyat diminta bekerjasama dengan memberi sumbangan / derma. Akan tiba disuatu masa, kerajaan kelantan akan umumkan, kos untuk membina lebuhraya rakyat berkenaan terpaksa dibatalkan kerana DANA tak mencukupi.

Itu persoalan akan timbul. Bagaimana dengan sumbangan dari individu dan syarikat swasta sebelum ini? Adakah wang itu akan dikembalikan ??  Individu dan syarikat swasta yang memberi sumbangan melalui CEK mungkin dapat disemak semula. Bagaimana pula dengan rakyat yang menderma gitu-gitu sahaja? Tak ada nama dan jumlah yang dicatatkan.

Dan pada masa itu, akan keluarlah kata-kata yang keluar dari mulut Nik Aziz yang menyatakan, " dah nama pun DERMA, jadi kita semua kenalah ikhlas dan tak perlu lagi mengungkit soal wang tersebut ".




Pssssttt: Rakyat kelantan kenalah berfikir secara matang dan waras. Jangan terlalu mudah diperdaya  oleh Ulamak Su' ini. Sejahat-jahat makhluk, adalah Ulamak Su'. Bukan saya yang kata ye .. Nabi yang kata .. hehehe


Ahad, Februari 24, 2013

EDISI PENDEDAHAN !! WOW !! NIK AZIZ ' DIRECTOR ' SYARIKAT ROWSTEAD SYSTEM SDN BHD ??









Tido pok nik yeee ...



Apa-apa je la pok nik oiii .. makan kat rumah kenduri, dok bawah je la ekkkk ..



Kali ni tak nak taip banyak lah .. cukup la dengan beberapa patah perkataan untuk korang semua baca, fahami dan nilaikan sendiri siapa dia Nik Aziz ni.

Sebelum ni beberapa bukti telah pun kita tunjukkan kepada umum tentang harta dan jawatan yang Nik Aziz sandang di dalam beberapa buah syarikat. Namun, pencacai-pencacai pr tuduh kita FITNAH.

Disini saya tunjukkan bukti mengenai sebuah syarikat dimana Nik Aziz adalah DIRECTOR disyarikat tersebut. WOW !!!! Hebatnya ulamak zuhud ni !!

Syarikat yang didaftar atas nama ROWSTEAD SYSTEM SDN BHD,. dengan no pendaftaran 477601-W , telah menjadi tanda tanya kepada saya. Milik siapakah syarikat tersebut ?? Berpandukan pada borang pendaftaran syarikat diatas, kita dapat lihat, Nik Aziz adalah salah seorang ' DIRECTOR ' di syarikat terbabit. Adakah ianya milik Nik Aziz, atau milik bersama ??

Selain dari Nik Aziz, ada dua orang lain yang tertera nama mereka pada borang pendaftaran syarikat tersebut yang dimaklumkan sebagai director. Nama-nama mereka, ialah .. YBM Tengku Dato' Shah Buddin bin Tengku Mahamad Ma'asum , no ic, 480810 - 03 - 5295 adalah merupakan Ketua Kewangan Negeri. Manakala seorang lagi, iaitu Wan Zulkifle bin Wan Yusof , no ic 580128 - 03 - 5725 adalah Ketua Eksekutif Kumpulan. 
Nampaknya pegawai-pegawai kerajaan negeri Kelantan memang hebat-habat belaka. Apa pun, saya nak ucapkan TAHNIAH la pada Nik Aziz diatas kejayaannya melebarkan empayarnya.


Pssssttttttt: Hebat pok nik ni .. lepas ni tak perlu la lagi pok nik jadi pelakon , sebab income dah stabil. Tak perlu la lagi makan bersila kat bawah .. hehehehe



Sabtu, Februari 23, 2013

EDISI KANTOI !! PAGE 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB ADALAH MILIK PAKATAN RAKYAT !!



https://www.facebook.com/We.Support.PM 







Edisi kantoi kali ini mendedahkan sebuah page dalam laman facebook yang sebenarnya adalah milik Pakatan Haram. Page tersebut ialah page 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib.

Yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah, mengapa page tersebut menggunakan nama Ds Najib untuk page mereka ? Bukankah Pakatan Haram benci sangat-sangat dengan Najib dan UMNO/BN? Apakah modus operandis page tersebut ? Adakah untuk menarik minat rakyat untuk mengLIKE page mereka ? Atau mereka menggunakannya untuk menjatuhkan UMNO/BN ??

Namun, bak kata pepatah .. " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ". Begitulah yang terjadi kepada page tersebut. Ianya terbongkar bilamana seorang facebooker telah menghantar mesej ke
page tersebut bahawa salah satu posting dar page tersebut mengganggunya. Amat mengejutkan apabila respon yang diberikan oleh admin page tersebut begitu mengecewakan. Kata-kata kesat dilemparkan terhadap si pengadu.

Salah seorang admin page tersebut sebelum ini pernah saya siarkan didalam EDISI KANTOI sebelum ini, iaitu Rudie. Yang dikenali sebagai Rudie Al Gore atau Rudie Ah Gore dan juga sebagai Rudie Wayar Putuih selain dari itu, Rudie juga menggunakan nama Nan Yuri. Rudie memiliki lapan buah akaun fb. Empat darinya adalah akaunnya menyamar sebagai orang UMNO/BN. Sementara itu, lima akaunnya yang lain sedang dalam siasatan untuk didedahkan. Ngeh2 ..








Apa pun kita semua kenali Rudie memang KAKI FITNAH !! Rudie juga adalah pemilik page Ah Rudie Gore ( Pengulas Politik dan Isu Semasa ) . dan juga salah seorang admin page Isu Politik Semasa versi Pakatan Haram.

 Apa pun, kepada penyokong-penyokong UMNO/BN, seperkara yang saya nak nasihatkan kepada anda semua. Semua page-page  Pakatan Haram tu, tak perlulah anda LIKE. Anda tak LIKE pun, anda tetap dapat masuk untuk membaca dan memberi komen terhadap posting-posting mereka. Kalau anda LIKE, akan menambah jumlah orang yang mengLIKE . Dan dengan ini secara tak langsung mereka menganggap ramai yang menyokong mereka.



Pssstttttt: Rudie pencacai berbayar. DETECTED.


Khamis, Februari 21, 2013

BERITA PANASSS !! ABBY ABADI MIMPI ALTANTUYA ??





Tak tau nak kata apa deh! .. Kesian betul tengok si Abby Abadi ni. Terlalu taksub bertweeter, sampai dah takde modal dan tak tau apa lagi nak ' update ' kat tweeternya, sampai sanggup buat citer bangang.

Bila terbaca tweeter Abby yang melakukan sembahyang untuk Altantuya, rasa kesian plak. Tapi, apa ke bangangnya dia sembahyang untuk si kafir ?? Opsss ! Betul la dia sembahyang. Sebab dia bukan solat. Sembahyang untuk bukan Islam. Kalau orang Islam solat. Ngehngeh ..

Sejak menjadi ahli Pas seumur hidup, Abby nampaknya semakin teruk. Rasanya dulu Abby takde la teruk sangat macam ni perangai dia. Inilah akibatnya apabila artis nak main politik. Ilmu takde, tapi nafsu besar. Pada hemah saya, tak mustahil selepas ni Abby akan tweet kata dirinya menerima ugutan pula.

Adakah ini caranya Abby nak mendapatkan perhatian untuk menjadi calon Pakatan Haram ?? Andai itu yang Abby mahukan, rasanya memang dah cukup syarat. Sebab yang ada dalam Pakatan Haram tu semuanya otak mereka sama seperti Abby. Semuanya suka cari publisiti. Jadi, pendapat saya .. bagi je la dia jadi calon Pakatan Haram tu. Sekurang-kurangnya bertambah meriah la lagi Pakatan Haram tu. Bertambahlah lagi badut-badut dalam Pakatan Haram yang boleh menghiburkan kita. Kita bagi  Abby bertanding atas tiket Pas menggantikan Ketua Wanita Pas yang tak pernah buat apa-apa pun tu .. Rasanya Abby memang layak sangat-sangat, sebab dia mampu mentafsirkan mimpinya itu. ( huh! Dahsyat tu !! )

Bak kata sahabat kita AAKJ .. " berilah dia test sepenggal .. kalu nasib dia baik, dia menang PRU13  .. kalu tak, dia kena penggal dengan pengundi " ..

Inilah tweet Abby yang paling lawak.

* Abby mimpi jumpa Altantuya .. terus dikhabarkan pada dunia bahawa seolah-olah Altantuya hantar signal padanya, minta Abby beri perhatian. Roh Altantuya tak aman, kot .. Haish !! Apa la punya bangang si Abby ni .. percaya dengan bisikan iblis yang sentiasa berbisik pada manusia menghasut supaya membenci sesama manusia dan saudara Islam.

Dan ayat sememangnya orang-orang kafir ni mati tak aman, tak tenang. Alahaiiiiiiiiii Abby .. Orang Islam pun kalau yang perangai macam Abby dan Anwar pun tak tenang matinya.



Psssssttt: Kalau kata bodoh piang kang marah plak. Tapi itulah hakikatnya si Abby Abadi ni .. ngehngeh ..

CABAR DEEPAK DAN RAFIZI TUNJUKKAN BUKTI YANG DIDAKWA ADA DIDALAM SIMPANAN MEREKA !!





Deepak dan Rafizi dok canang perkatakan tentang surat dan resit pembelian cincin yang ada pada mereka berkaitan pembelian cincin bernilai RM13 juta oleh Rosmah. Betul ke ada ?? Kalau ada, apa lagi ?? Tunjukkan je la pada umum. Bila lagi nak tunjukkan bukti tu ? Ni lah masanya untuk mereka menunjukkannya dan membuktikan kebenaran. Pilihan Raya Umum tak lama je lagi. Jadi, inilh masa yang sesuai untuk mereka bertindak,

Rosmah telah pun bersumpah mempertahankan dirinya. Tapi Deepak dan Rafizi cuba memomokkan orang ramai kononnya mereka ada bukti pembelian cincin bernilai RM13 juta tersebut. Sebagai rakyat yang ingin sangat tahu akan kebenaran kata-kata Deepk dan Rafizi tu, saya cabar kedua-dua mereka agar menunjukkan bukti yang mereka dakwa ada didalam simpanan mereka berdua.|

Amacam ?? Ada berani ??







Pssstttt: Rosmah dah pun bersumpah, awat pihak sana dok diam ?? Tak kan nak simpan buat pekasam atau nak buat bungkus nasi lemak je bukti yang mereka dakwa ada tu ??


Selasa, Februari 19, 2013

EDISI KANTOI !! ANTARA SENARAI NAMA BLOGGER PAKATAN HARAM KANTOI YANG DIBAYAR !!




Selama ini kita semua dituduh dengan pelbagai fitnah oleh pencacai-pencacai Pakatan Haram dan Blogger-blogger Pakatan Haram bahawa kita di bayar.

Nah !! Ini buktinya pencacai-pencacai dan Blogger-blogger Pakatan Haram dibayar !!. Salah seorang darinya ialah MiloSuam. Adakah HALAL duit yang mereka makan hasil membuat fitnah terhadap kerajaan dan individu-individu yang pernah mereka fitnah ?? Selama ini mereka sering menuding jari ke arah kerajaan dan individu-individu tertentu dan orang-orang UMNO makan duit haram. Sekarang siapa yang kantoi makan duit haram ???

Antara nama yang tersenarai menerima bayaran;

* Milosuam - email -share milosuam@gmail.com
* Tukang Lawan - email - infotukanglawan@gmail.com
* Liang Lahad - email - lahadnews@yahoo.com
* Laksamana Bukit Bintang - email - lanbb 88@hotmail.com
* Era Pasca - email -orenreformis@gmail.com
* Warta Jingga - email - edakem@gmail.com
* Anak Sungai Derhaka - email - anaksungaiderhaka@gmail.com
* Sharpshooter - email- dijaabadi@gmail.com
* Ameno World - email - orderoline 2010@gmail.com
* Really Tiga Line - email - really3line@gmail.com
* Kerajaan Rakyat
* Free Malays - email - nrserinur@gmail.com


Pssstttt: What u give, u get back .. ngehngeh


EDISI SIASAT !! BANJIR DI PUCHONG - APAKAH PUNCA SEBENAR ??



Berikutan banjir di hadapan IOI Mall Puchong, membuat saya tertanya-tanya .. Kawasan tersebut berada di tempat tinggi, akan tetapi, bagaimana kawasan itu boleh mengalami banjir ?? Untuk makluman, IOI Mall Puchong, berdekatan dengan Puchong Jaya, Kinrara dan tol Sunway. Puchong Jaya (tak sampai 500 meter dari IOI Mall) adalah kawasan terdekat manakala Kinrara kedua terdekat. Kedua-dua kawasan tersebut berada mencerun ke bawah bukit. Bermakna, sepatutnya air akan mengalir turun ke dua kawasan tersebut. Kerana kedua-duanya berada jauh ke bawah bukit. Jadi, bagaimana air tersebut tidak mengalir ke kawasan tersebut ?

Kalau nak dikatakan masalah longkang dan perparitan, adalah mustahil !! Jika sekiranya dihadapan IOI Mall Puchong mengalami banjir seperti yang terpampang pada gambar, ini bermakna boleh menyebabkan dan mengakibatkan banjir yang buruk di Puchong Jaya dan Kinrara. Berpandukan pada keadaan banjir seperti yang dilihat, kawasan Puchong Jaya dan Kinrara sudah pasti ditenggelami air sehingga paras bumbung. Namun, tiada pula kejadian banjir dilaporkan di kedua-dua kawasan tersebut. Mengapa di kawasan-kawasan lain tidak mengalami banjir ?? Jadi, apakah punca kejadian banjir tersebut boleh berlaku di IOI Mall Puchong ?? Ini yang menjadi persoalan kepada saya ..



Psssttttt; Adakah ini petunjuk bala yang Allah turunkan ?? Kerana dikawasan terbabit memang terlalu banyak tempat maksiat dan kedai makan yang besar menjual makanan berasaskan babi yang besar.

Isnin, Februari 18, 2013

EDISI KANTOI !! PAGE ISU POLITIK SEMASA (IPS) VERSI PAKATAN HARAM KANTOI FITNAH !!



Page IPS (PR) ketandusan modal. Buat fitnah keatas individu dengan menyerang peribadi. Kalau betul, takpe la gak .. ni terang-terang fitnah yang nyata !!

Ratu Naga telah menyebut, melantik WINTER SONATA dan ZXGKXNY XZGRXJ sebagai admin untuk sebuah group politik iaitu LU LANGSI LU MATI BN VS PR. Kemudian di bawah komen itu ada menyebut " the person i love "(dalam bentuk icon). Beliau maksudkan kata-katanya kepada WINTER SONATA yang mana merupakan ADIK kepada RATU NAGA. Kemudian, datang pula Zxgkxny Xzgrxj membuat komen dengan niat bergurau, telah dengan sengaja disalah ertikan oleh pencacai tegar pakatan haram Izzat Kedah. Izzat Kedah yang merupakan salah seorang admin di page  Isu Politik Semasa tersebut, telah membuat fitnah dengan memainkan isu dari komen-komen tersebut dengan menyatakan gurauan diantara mereka berdua adalah lucah. Apa yang lucahnya pada gurauan mereka tu ?? Takkan dengan hanya menyatakan " tak mandi lima, enam hari " , itu dikatakan lucah ?? Bagaimana pula dengan otak, akal pemikiran Izzat Kedah ?? Perbualan diantara Ratu Naga dan Zxgkxny Xzgrxj hanya gurauan semata dan tidak mempunyai apa-apa niat.  Perkara sebenarnya memang telah diketahui bahawa ayat tersebut ditujukan kepada WINTER SONATA yang merupakan adik kepada Ratu Naga. Jadi, jelaslah yang memilik OTAK KOTOR DAN LUCAH sebenarnya adalah IZZAT KEDAH !! Akan tetapi Izzat Kedah dengan sengaja membulatkan nama Zxgkxny Xzgrxj didalam gambar tersebut. Sedangkan ada dua nama pada pengumuman yang telah dibuat oleh Ratu Naga disitu. Iaitu WINTER SONATA DAN ZXGKXNY XZGRXJ. 


       Kantoi FAILED ENGLISH !! FOLLOWERS dan FOLLOWING tak tau  maksudnya ?? Alamak !! Kantoi sudaaaa ..

                     
Akibat taksub dan ghairah untuk membuat fitnah, admin page Isu Politik Semasa, Izzat Kedah yang merupakan salah seorang admin page tersebut telah melakukan kesilapan. Terdapat tiga kesilapan pada post fitnah tersebut ..      
                                                                                                                                                                                                                 
1. FOLLOWERS - bermaksud PENGIKUT
2. Cerita Lucah Melayu (Damia) - UNISEL - Id individu.
3. Cerita-cerita lucah melayu - Worked at Dongwha Fibreboard - Friend with Kawan Setia - Id individu.
                                                                                                            

Orang yang kena fitnah tak melenting dan maki hamun, pencacai pr plak yang meroyan maki hamun mencarut !!

Page Isu Poltik Semasa (IPS) versi pakatan Haram ketandusan isu dan menjadikan fitnah sebagai modal hingga sanggup membuat, menabur dan menyebarkan FITNAH !!


Akibat taksub dan ghairah untuk menyebarkan fitnah serta mengaibkan orang, Page Isu Politik Semasa telah melakukan kesilapan pada fitnah yang dilemparkan. Lihat sahaja pada kedua-dua gambar yang di sebarkan di page tersebut. Apakah page tersebut layak berada di FB ?? Apakah motif dan agenda page tersebut dibuat dan berada didunia FB ini ??

Manakala Izzat Kedah pula telah turut menggunakan page bola dalam kancah fitnah tersebut. Ternyata Izzat Kedah menyalahgunakan Page bola tersebut. Perbuatan Izzat Kedah ternyata tidak beretika. Bukan kali pertama Izzat Kedah menyalahgunakan dan tidak amanah !! Mengecewakan kepercayaan orang yang melantiknya untuk menjadi admin page bola. Sebelaum ini juga pernah berlaku.
Sebelum ini Izzat Kedah juga pernah cuba membuat fitnah keatas saya yang akhirnya dia tersalah tembak dengan menyebarkan ID seorang permpuan yang baik dan tidak terbabit dengan mana-mana group atau page politik. Izzat tanpa rasa bersalah malah merasa bangga telah mengaibkan orang yang tak berdosa. Izzat Kedah memang seorang yang suka membuat fitnah tanpa mengira siapa dan apa jua cara untuk memfitnah orang lain asalkan hatinya merasa puas.




Lihatlah pada gambar tersebut. Itulah salah seorang mangsa fitnah Izzat Kedah. Tak hairan mengapa Izzat Kedah adalah merupakan seorang pelajar yang bermasalah hingga tersenarai diantara pelajar yang perlukan PEMULIHAN !!

.http://seksyenkokokuis.blogspot.com/2011/08/berikut-adalah-senarai-nama-pelajar.html?spref=fb




Bagaimana pula dengan apa yang Izzat Kedah ' LIKE ' ni ?? Bukankah ianya adalah lucah ?? Perhatikan betul-betul perbezaan di antara FOLLOWERS dan LIKE tu.



Pssttt: Izzat oh Izzat .. jangan kerana nak menutup perbuatan sendiri, dan akibat taksub dan ghairah nak mengaibkan orang dan membuat fitnah keatas orang lain, hingga tak sedar satu persatu menunjukkan kebodohan diri sendiri. Akhirnya kantoikan diri sendiri.




Sabtu, Februari 16, 2013

PRU13 - BOB LOKMAN TOLAK TAWARAN CALON PAS SUBANG !!



Tahniah !! Bob Lokman kerana sedar diri !! Bob Lokman telah membuktikan bahawa beliau hanya layak jadi pelawak di pentas ceramah Pas bilamana beliau menolak tawaran Pas untuk bertanding atas tiket Pas di Subang pada PRU13 nanti !!

Bob Lokman yang kini merupakan penceramah Pas, mengesahkan beliau TIDAK AKAN BERTANDING pada Pilihanraya Umum - 13 (PRU13) nanti. Mohd Hakim Lokman  menyatakan bahawa beliau telah di tawarkan oleh seorang wakil Pas untuk menjadi calon bagi kawasan Subang, Selangor pada akhir tahun lalu. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

" Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga. Jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam."

" Kalau dikira dalam bidang politik, kalau untuk membantu orang, memang saya berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung pada jemputan penganjur. " katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam bidang industri hiburan, dan keputusan beliau menjadi ahli Pas pada 19 februari 2011 di Kedah lalu, memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo (Arrow) dan Hairie Othman.

Beliau  berkata, ceramah disertainya memudahkan orang ramai berfikir untuk memilih parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

" Dalam semua parti, perjuangan pas mempunyai pejalanan yang paling panjang. Kalau kita dengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat. "

" Berlainan pula dengan parti lain yang berceramah hanya cenderung kepada dunia sahaja termasuk hal ekonomi. " katanya.

Menurutnya lagi, selagi Islam tidak menang, ini bermakna Pas belum menang secara keseluruhan. Sebaliknya jika Islam diterima oleh semua orang, ia membawa Pas berada di atas.

Ditanya mengenai rakan artis iaitu penyanyi Wan Aisyhh Wan Ariffin, 48 tahun, yang di khabarkan menjadi calon pada PRU13 nanti, beliau berkata, khabar angin itu diterima secara positif.

" Beliau layak bertanding kerana mempunyai personaliti menarik. Lagipun, belaiu (Aishah) memang belajar dalam bidang Sains Politik sebelum ini. " katanya




Pssttt: nampaknya Bob Lokman sedar diri yang dia sakit dan tidak bertenaga. Camne plak dengan Nik Aziz ?? Tak kan nak bawa jawatan MB tu sampai ke liang lahad ?? Ngeh2

Khamis, Februari 14, 2013

MENGENAL SEPINTAS AJARAN SYIAH - Harus Meliwat Isteri, Menyewa, Meminjam Dan Menghadiahkannya Kepada Sahabat - Sahabat ???





Artikel ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat khususnya umat Islam mengenai fahaman Syiah supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Apakah Syiah ??

Syiah adalah golongan yang mendakwa Saidina Ali r.a lebih utama dari sahabat - sahabat lain. Dan mereka mengkafirkan semua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan - golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran didalam Syiah itu sendiri. Tetapi, pada dasarnya masing - masing mempunyai konsep yang sama yang dinyatakan  diatas, iaitu mengkafirkan sahabat. Artikel ini akan memberi tumpuan kepada Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul didalam masyarakat sekarang ini iaitu berhubung dengan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah. Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para Ulama disetiap tempat pada hari ini.

Siapa Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah ??

Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah ialah Syiah dikatakan mempunyai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti yang dinyatakan dibawah ini :-

1. Ali bin Abi Talib ( wafat 40 H)
2. Hasan bin Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin Ali (wafat 61 H)
4. Ali Zainal Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H)
6. Jafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa Al-Kazim bin Jafar As-Sadiq (wafat 183 H)
8. Ali Ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202)
9. Muhammad Al-Jawaad bin Ali Ar-Ridha (wafat 220 H)
10. Ali bin Muhammad Al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin Ali Al-Askari (wafat 260 H)
12. Muhmmad bin Hasan Al-Askari Al-Mahdi (ghaib 260 H)

Tegasan :- Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah, sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala yang dipegang oleh Syiah. Mereka diangkat sebagai imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan (walhal Nabi Isa a.s sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak Tuhan ).

Amalan -amalan Dan Ajaran Syiah Yang Bertentangan Dengan Fitrah Manusia. (bersumberkan kitab - kitab Syiah)


* Imam Ja'far as - Sadiq berkata : " Pada tanah perkuburan Husain a.s terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar". ( Man La Yahdhuru  al-Faqih - j.2, hal 600) (Tahzim al - Ahkam, j.2 hal 26)

* Abu Hasan a.s berkata : " Aurat itu ada dua, iaitu qubul (kemaluan) dan dubur. Dubur ditutup oleh dua papan punggung. Apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telah pun ditutup ". Al-Furu' min Al-Kaafi j.6. hal. 51) (Tahzib al-Ahkam j.1, hal. 374)

* Imam Hassan Al-Askari berkata: " Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka, tetapi dipinggang. Kami dilahirkan bukan melalui rahim, tetapi memalui peha sebelah kanan. Kerana kami adalah dari titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan dari sebarang kotoran. "  (Bihar al-Anwar j. 51, hal. 2,13 dan 17) (I'lam al-Wara hal. 394)

* Khomeini berfatwa: " Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur HARUS MENYETUBUHI ISTERI DARI DUBUR walaupun hal itu tidak disukai. ( Tahrir al-Wasilah, masalah ke 11, hal. 241)

* Abu Hassan bertanya Ja'far as-Sadiq tentang MENYEWA FARAJ, MEMINJAMNYA serta MENGHADIAHKAN kepada sahabat-sahabat, lalu beliau berkata: " TIDAK MENGAPA " (al-Astibsar, j. 3, hal. 141)

* MEMENUHI KEHENDAK SYAHWAT SERTA MERABA DENGAN PENUH SYAHWAT, MEMELUK, MENGACUKAN KE PAHA KANAK_KANAK TERMASUK KE PAHA BAYI YANG MASIH MENYUSU, ADALAH DIHARUSKAN. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah, j.2, hal. 216)

* Tafsiran pelik Syiah diantaranya, ayat 19 dan 20 Surah ar-Rahman, yang bermaksud ; Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Diantara keduanya dan penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. ". Imam tafsir Syiah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan rawayat dari Ja'far as-Sadiq, katanya : " Ali dan Fatimah adalah 2 laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi." (Tafsir al-Qummi, j. 2, hal. 345)

SIMPTOM - SIMPTOM ORANG YANG TELAH DIPENGARUHI OLEH SYIAH

Ciri-ciri di bawh adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1 - Sentisa memuja Saidina Ali dan melebihkan beliau dari Saidina Abu Bakar dan Umar.
2 - Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi SAW.
3 - Sering menghimpunkan (jamak) solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' bersama tanpa sebarang sebab.
4 - Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk, sebaliknya hanya disapu sahaja. Sijud diatas Batu Karbala ketika solat .
5 - Menepuk peha ketika memberi salam sesudah solat.
6 - Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
7 - Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya' .
8 - Memarahi orang yang puasa Asyura.
9 - Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahadi)








Rabu, Februari 13, 2013

LEONG PEI KOE HARUS DIAMBIL TINDAKAN UNTUK PENGAJARAN KEPADA ORANG RAMAI YANG TERLALU BIADAP DAN KURANG AJAR TERHADAP SULTAN DAN RAJA - RAJA !!




Hari  ini negara kita digemparkan dengan perbuatan yang terlalu biadap dan kurang ajar oleh seorang penyokong tegar DAP yang telah menunjukan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong. Kejadian tersebut berlaku  di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAB) pada jam 1:05 minit tengahari tadi. Walau bangaimana pun Si Bangsat ini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.

Disini disertakan bersama butirannya :-

Nama: LEONG PEI KOE
No. Kad Pengenalan: 840718 - 10 - 5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: BSC Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)
Alamat: C18-18-9 Serina Bay Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Kejadian berlaku pada jam 12:50 tengahari ketika rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Pelepasan di LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukan isyarat lucah ke arah kenderaan yang dinaiki oleh DYMM Raja Pemaisuri Agong.

Seorang pegawai polis berpangkat ASP, Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pegawai pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang ternampak aksi lelaki tersebut, telah keluar dari kenderaan pengiring yang dinaikinya lalu menghampiri Leong Pei Koe.

Pegawai tersebut telah memberi amaran kepada lelaki berbangsa cina tersebut dengan menyatakan bahawa dia boleh dikenakan tindakan ditahan dibawah Seksyen 294 (a) kanun keseksaan yang boleh dikenakan hukuman rotan. Bagaimanapun lelaki cina tersebut telah mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya sambil berkata .. " DI PULAU PINANG POLIS MELAYU TIADA KUASA KERANA POLIS PULAU PINANG ADALAH HAK MILIK CINA !! "

Apabila ASP Fakharuddin menghampirinya buat kali kedua, Leong Pei Koe terus memberikan isyarat lucah buat beberapa kali. Dengan bantuan PGA, akhirnya dia ditahan dan digari untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Hasil siasatan, pihak polis mendapati lelaki cina tersebut tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Manakala ujian air kencingnya didapati negatif.

Pssstttt: Rakyat Anarki jangan jadi BACUL ye .. ko meroyan memaki hamun Sultan dan Raja - Raja kat fb ni buat apa ?? Kalau anak jantan pergilah depan - depan Sultan dan Raja - Raja. Barulah JANTAN namanya !!

Meh saya bagi awak popular lepas ni Rakyat Anarki .. kehkehkehkehkeh ..

https://www.facebook.com/kapitalis.bangsat?ref=ts&fref=ts





Selasa, Februari 12, 2013

EDISI KANTOI !! ABBY ABADI DAN KHALID MOHD ISMATH KANTOI KAN PAS ARAHKAN BUAT APA SAJA UNTUK JATUHKAN UMNO / BN !!

Abby kantoi kan Nik Aziz, bilamana dia mengatakan Nik Aziz kata buat apa saja untuk menentang UMNO
http://linainhouse.blogspot.com/2013/02/kenali-siapakah-golongan-khawarij.html
Khalid Mohd Ismath kantoi kan Pas arahkan buat kerja untuk jatuhkan BN


Pepatah Melayu ada menyebut .." mulut tempayan " .. " mulut murai " !! Akibat terlalu banyak berkata - kata akhirnya terburai rahsia. Begitulah yang terjadi terhadap dua orang yang terlalu banyak mulut. Ni baru kat twitter .. kalau kat luar kita tak tau la pula bagaimana dengan mulut mereka ni ..

Sebelum ini Khalid Mohd Ismath telah menyatakan kekecewaannya setelah berpenat lelah cuba menjatuhkan BN, tapi Ust Azizan Razak telah menaikkan nama Pemuda BN dalam sebuah slot di tv3. Ternyata Khalid Mohd Ismath begitu kecewa dengan tindakan Ust Azizan tersebut hingga sanggup memaki Ustaz Azizan " Ini sial dan celaka. "

Terbaru, Abby Abadi pula telah membuka rahsia dengan mengatakan " TGNA ada sebut buat apa saja untuk tentang UMNO / BN = dapat pahala " ..

Dengan kenyataan Abby di twitter nya itu dapatlah kita rumuskan Nik Aziz arahkan buat apa saja walaupun ianya salah, haram dan berdosa disisi agama .. tapi demi untuk menjatuhkan UMNO / BN .. ianya HALAL dan DIBENARKAN dalam Islam.

Jelas PAS sanggup lakukan apa saja walau HUDUD dan KALIMAH ALLAH dilacurkan, mengkafirkan saudara seagama dalam UMNO, mengeluarkan FATWA SESAT demi ' survival ' politik mereka !! PAS begitu terdesak untuk menang dan menjatuhkan UMNO sampai sanggup menjadi SYIRIK dan KUFFUR .. Astaghfirullah al azim ..


Psstttt: Mulut tempayan kita boleh tutup, tapi mulut manusia .. jadilah seperti Abby dan si Khalid Ismath tuuuu .. kehkehkehkehkeh .. Kantoi sudaaaaa ..





FATWA TERBARU ABBY ABADI - UMNO MUSUH ALLAH .. MENENTANG UMNO/BN DAPAT PAHALA - @abby_abadi112





Apa nak jadi la dengan Janda sangap sorang ni .. Tak habis-habis nak meroyan di twitter !! Gila ke apa dia ni ???

Semua pihak boleh berpolitik tetapi biarlah ada cara dan kena dengan gaya. Menyatakan UMNO musuh Allah hinggakan tergamak Abby mengarahkan umat Islam menentang UMNO/BN untuk dapat pahala !! Apakah makna semua ini ?? Dalil dari mana pula Abby ambil dan gunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu ?

Kenyataan Abby tersebut merupakan satu tuduhan yang amat berat dan serius terhadap UMNO/BN. Malah menyesatkan !!

Sepanjang pemerintahan UMNO, tidak dinafikan dasar memelihara dan menegakkan syiar Islam oleh pemerintah hari ini terserlah apabila syiar-syiar Islam terus ditegakkan dari pelbagai sudut seperti pembinaan masjid, mewujudkan institusi keagamaan, menyemarakkan program-program agama, kebebasan berdakwah dan sebagainya. Malah kerajaan kita sekarang melaksanakan HUKUM TAKZIR. Mengapa perlu dipertikaikan HUKUM ALLAH yang satu ini ? Siapa yang tolak hukum Allah sebenarnya sekarang ??

Bagaimanapun, sebagai sebuah gerakan atau parti yang diterajui oleh makhluk yang bergelar manusia, sudah pastilah ada cacat cela dan kepincangan di sana sini. Parti dan kerajaan adalah ciptaan manusia. Manusia hanyalah orang biasa yang masih memiliki kekurangan. Tiada manusia yang sempurna, sedangkan manusia adalah sebaik - baik kejadian Allah.

Jika Abby mengatakan bahawa pemerintah hari ini adalah musuh Allah atas dasar kekurangan yang ada UMNO, maka saya berani kata bahawa Pas juga adalah musuh Allah !! Kerana mereka juga ada kelemahan dan kekurangan sama seperti UMNO dan manusia lain. Tapi lainlah kalau mereka dakwa semua ahli dan kepimpinan Pas itu maksum belaka.

Kenyataan yang keluar dari mulut Abby itu sebagai satu lagi kesinambungan dari kenyataan - kenyataan kepimpinan Pas yang cuba mengelirukan dam menyesatkan ummah.

Pas sememangnya sudah lama menjadi agen Yahudi dan Iblis mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini dengan pelbagai kenyataan dan fatwa-fatwa yang menyalahi dalil Al Quran dan Sunnah, demi untuk kepentingan dan survival cita-cita politik mereka.

Sebelum ini, Pas juga pernah mendakwa bahawa solat itu juga adalah sebahagian dari demonstrasi, menyamakan orang yang meunaikan haji di Mekah dan BERSIH bagi menghalalkan tindakan mereka berdemonstrasi. Mereka suka menggunakan dalil Quran dan Sunnah, namun pada tempat yang salah. Malah mereka juga mengambil ayat - ayat Al-quran sekerat - sekerat untuk digunapakai yang membolehkan perbuatan mereka.

Fatwa Abby ini tidak betul sama sekali. Dan ianya adalah SESAT !! Kata-kata seperti ini tidak patut keluar dari mulut seorang yang mahu mencari keredhaan Allah. Kenyataan sebegini adalah kesinambungan agenda Pas yang menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat awam, khsususnya umat Islam di negara ini.

Abby Abadi dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di twitternya semalam ..

Abby Abadi juga sering berceramah di hadapan orang ramai, pastinya Abby bersemangat untuk meyakinkan para penyokong Pas bahawa perjuangan Pas ini adalah tepat sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya seperti itu.

Abby tidak sepatutnya bercakap mengikut emosi yang berlebihan sehingga mengeluarkan fatwa yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

EDISI KHAS !! BUAT ORANG - ORANG MELAYU PAKATAN HARAM YANG MENGAKU DIRI MEREKA LEBIH ISLAM DARI ORANG - ORANG UMNO !!









~ PAS ~ POK NIK ~

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab MASUKKAN DUIT ke dalam TIN MILO TANPA TAHU JUMLAH yang telah DIKUTIP dan DIKUMPUL.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab tak tau ke MANA DUIT TABUNG MILO TU PERGI.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab tak tau ke MANA mengHILANGNYA DUIT TABUNG MEMALI.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab HIGHWAY BELUM SIAP lagi dibina tapi DAH DIRASMIKAN.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab ikut POK NIK SOKONG MURTAD dan LGBT.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab PERCAYA dengan FATWA SESAT POK NIK.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab CANANGKAN HUDUD.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab HUDUD hanya DIMAINKAN UNTUK PANCING UNDI.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab TERANG -TERANG dah KENA TIPU pun MASIH PERCAYA PADA POK NIK.

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH sebab tak nampak PERBEZAAN HUDUD PAS KELANTAN DAN HUDUD PAS TERENGGANU

- POK NIK kata PENCACAI - PENCACAI PAS BODOH BELAKE sebab PERCAYA BULAT - BULAT APA YANG POK NIK KATAKAN ekekekkekekek

~ PKR ~ ANWAR ~

- ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab percaya ORANG DALAM VIDEO DENGAN CHINADOLL bukan ANWAR.

- ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab tak DESAK KAK JIJAH TUNJUK JAM OMEGA

- ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab TAK TAU PERUT DIA sama dengan PERUT ORANG DALAM VIDEO tu.

- ANWAR kata PENCACAI PKR BANGANG sebab SOKONG ANWAR MELIWAT.

- ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab PERCAYA SHAMSIDAR TAHRIN tak ada apa - apa HUBUNGAN SULIT DENGANNYA

ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab TUTUP MATA HUBUNGAN ANWAR dan YAHUDI.

- ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab SOKONG LGBT.

- ANWAR kata PENCACAI - PENCACAI PKR BANGANG sebab SOKONG DIA yang BERMAKNA NEGARA MALAYSIA akan jadi seperti NEGARA BARAT yang MENGAMALKAN SEKS BEBAS.

~ DAP ~ KARPAL ~ GUAN ENG ~

- DAP kata ORANG - ORANG MELAYU PR TOLOL sebab JADI BALACI MEREKA.

- DAP kata ORANG - ORANG MELAYU PR MENGAKU ISLAM TOLOL sebab SOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DIDALAM BIBLE.

- DAP kata ORANG - ORANG MELAYU PR TOLOL sebab MEMUSUHI UMNO YANG TERANG -TERANG SAUDARA SEAGAMA DAN SEBANGSA.

- DAP kata ORANG - ORANG MELAYU PR TOLOL sebab SANGGUP MENGKAFIRKAN SAUDARA SEAGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK.

- DAP kata ORANG - ORANG MELAYU PR TOLOL sebab SANGGUP MAKAN BABI dari MAKAN AYAM SESAMA SAUDARA SEAGAMA.

Pendek kata .. orang - orang Melayu PR yang mengaku ISLAM ni BODOH, BANGANG DAN TOLOL !!

EDISI KANTOI !! IZZAT KEDAH KANTOIKAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS) !! TERNYATA BERLAKU PENYELEWENGAN DIDALAM PENTADBIRAN KUIS !!









Selepas kantoi layan PAGE PORNSTAR, pencacai Pakatan Haram Izzat Kedah telah meletakkan lambang UMNO pada gambar FB profile nya. Nampak sangat pencacai Pakatan Haram yang perasan bagus ni sebenarnya TAKDE TELOR !!

Walau apa pun bukan ini yang saya nak sampaikan. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah berkaitan dengan alamat IC Izzat Kedah ni. Memang tak dinafikan Izzat Kedah adalah orang Kedah. Tapi Izzat belajar di sebuah kolej di Selangor, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pakatan Rakyat cuba menggunakan para pelajar yang belajar di negeri Selangor untuk mengundi mereka di Selangor pada PRU13 nanti. Tengok betapa LICIK nya cara Pakatan Haram ni menggunakan para pelajar !! Izzat Kedah bagaimanapun telah melakukan kesilapan telah membuka PEKUNG KUIS. Ternyata KUIS ada masalah !! Berlaku PENYELEWENGAN didalam KUIS !! Sehingga Izzat Kedah yang merupakan PENCACAI TEGAR Pakatan Haram pun mengakui terpaksa berfikir untuk meneruskan pengajiannya di kolej tersebut lagi atau tidak selepas ini.

Pelajar - pelajar seperti Izzat Kedah ni lah yang meroyan mahukan pendidikan percuma. Cuma satu je nasihat saya disini untuk para pelajar kita di negara ini .. Kalau korang tak bayar semula pinjaman PTPTN tu, macam mana kerajaan nak beri pinjaman kepada pelajar - pelajar lain yang lebih memerlukan ??. Korang dapat duit PTPTN pun kebanyakkannya gunakannya ke arah lain. Beli handphone mahal - mahal. Belajar la dulu bagi habis. Lepas tamat belajar .. dah kerja, belilah handphone canggih macam mana sekali pun, takde sape yang akan larang dan pertikaikan.

Seperkara lagi, kerajaan dah umumkan sekiranya mendapat  ' kredit ' yang baik, jadi pelajar cemerlang .. pinjaman PTPTN akan dilupuskan. Jadi korang belajarlah dulu betul - betul buat masa ni. Tak perlu terbabit atau membabitkan diri dengan demonstrasi jalanan yang langsung tak mendatangkan faedah. Malah MERUGIKAN !! Merugikan masa, tenaga, wang ringgit dan merugikan banyak pihak lagi. Terima kasih Izzat Kedah kerana memberitahu kepada kami semua mengenai PENYELEWENGAN yang berlaku didalam KUIS ..



Pssstttt: buat Izzat kedah, lain kali jangan la hang perasan baguih nooo ... hang tu manjang kantoi dan mengantoikan diri jaaa .. Hang banyak sangat main fb ni .. sebab tu la hang tu dalam golongan pelajar yang bermasalah !! Tak percaya ? Meh tengok link kat bawah ni .. Macam mana kita boleh ' trace ' IC Izzat Kedah dan tempat dia mengundi kehkehkehkehkeh ..

http://seksyenkokokuis.blogspot.com/2011/08/berikut-adalah-senarai-nama-pelajar.html?spref=fb