Selasa, Februari 19, 2013
EDISI SIASAT !! BANJIR DI PUCHONG - APAKAH PUNCA SEBENAR ??
Berikutan banjir di hadapan IOI Mall Puchong, membuat saya tertanya-tanya .. Kawasan tersebut berada di tempat tinggi, akan tetapi, bagaimana kawasan itu boleh mengalami banjir ?? Untuk makluman, IOI Mall Puchong, berdekatan dengan Puchong Jaya, Kinrara dan tol Sunway. Puchong Jaya (tak sampai 500 meter dari IOI Mall) adalah kawasan terdekat manakala Kinrara kedua terdekat. Kedua-dua kawasan tersebut berada mencerun ke bawah bukit. Bermakna, sepatutnya air akan mengalir turun ke dua kawasan tersebut. Kerana kedua-duanya berada jauh ke bawah bukit. Jadi, bagaimana air tersebut tidak mengalir ke kawasan tersebut ?
Kalau nak dikatakan masalah longkang dan perparitan, adalah mustahil !! Jika sekiranya dihadapan IOI Mall Puchong mengalami banjir seperti yang terpampang pada gambar, ini bermakna boleh menyebabkan dan mengakibatkan banjir yang buruk di Puchong Jaya dan Kinrara. Berpandukan pada keadaan banjir seperti yang dilihat, kawasan Puchong Jaya dan Kinrara sudah pasti ditenggelami air sehingga paras bumbung. Namun, tiada pula kejadian banjir dilaporkan di kedua-dua kawasan tersebut. Mengapa di kawasan-kawasan lain tidak mengalami banjir ?? Jadi, apakah punca kejadian banjir tersebut boleh berlaku di IOI Mall Puchong ?? Ini yang menjadi persoalan kepada saya ..
Psssttttt; Adakah ini petunjuk bala yang Allah turunkan ?? Kerana dikawasan terbabit memang terlalu banyak tempat maksiat dan kedai makan yang besar menjual makanan berasaskan babi yang besar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan