Sabtu, Februari 16, 2013

PRU13 - BOB LOKMAN TOLAK TAWARAN CALON PAS SUBANG !!



Tahniah !! Bob Lokman kerana sedar diri !! Bob Lokman telah membuktikan bahawa beliau hanya layak jadi pelawak di pentas ceramah Pas bilamana beliau menolak tawaran Pas untuk bertanding atas tiket Pas di Subang pada PRU13 nanti !!

Bob Lokman yang kini merupakan penceramah Pas, mengesahkan beliau TIDAK AKAN BERTANDING pada Pilihanraya Umum - 13 (PRU13) nanti. Mohd Hakim Lokman  menyatakan bahawa beliau telah di tawarkan oleh seorang wakil Pas untuk menjadi calon bagi kawasan Subang, Selangor pada akhir tahun lalu. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

" Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga. Jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam."

" Kalau dikira dalam bidang politik, kalau untuk membantu orang, memang saya berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung pada jemputan penganjur. " katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam bidang industri hiburan, dan keputusan beliau menjadi ahli Pas pada 19 februari 2011 di Kedah lalu, memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo (Arrow) dan Hairie Othman.

Beliau  berkata, ceramah disertainya memudahkan orang ramai berfikir untuk memilih parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

" Dalam semua parti, perjuangan pas mempunyai pejalanan yang paling panjang. Kalau kita dengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat. "

" Berlainan pula dengan parti lain yang berceramah hanya cenderung kepada dunia sahaja termasuk hal ekonomi. " katanya.

Menurutnya lagi, selagi Islam tidak menang, ini bermakna Pas belum menang secara keseluruhan. Sebaliknya jika Islam diterima oleh semua orang, ia membawa Pas berada di atas.

Ditanya mengenai rakan artis iaitu penyanyi Wan Aisyhh Wan Ariffin, 48 tahun, yang di khabarkan menjadi calon pada PRU13 nanti, beliau berkata, khabar angin itu diterima secara positif.

" Beliau layak bertanding kerana mempunyai personaliti menarik. Lagipun, belaiu (Aishah) memang belajar dalam bidang Sains Politik sebelum ini. " katanya




Pssttt: nampaknya Bob Lokman sedar diri yang dia sakit dan tidak bertenaga. Camne plak dengan Nik Aziz ?? Tak kan nak bawa jawatan MB tu sampai ke liang lahad ?? Ngeh2

Tiada ulasan: