Selasa, Februari 12, 2013

FATWA TERBARU ABBY ABADI - UMNO MUSUH ALLAH .. MENENTANG UMNO/BN DAPAT PAHALA - @abby_abadi112





Apa nak jadi la dengan Janda sangap sorang ni .. Tak habis-habis nak meroyan di twitter !! Gila ke apa dia ni ???

Semua pihak boleh berpolitik tetapi biarlah ada cara dan kena dengan gaya. Menyatakan UMNO musuh Allah hinggakan tergamak Abby mengarahkan umat Islam menentang UMNO/BN untuk dapat pahala !! Apakah makna semua ini ?? Dalil dari mana pula Abby ambil dan gunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu ?

Kenyataan Abby tersebut merupakan satu tuduhan yang amat berat dan serius terhadap UMNO/BN. Malah menyesatkan !!

Sepanjang pemerintahan UMNO, tidak dinafikan dasar memelihara dan menegakkan syiar Islam oleh pemerintah hari ini terserlah apabila syiar-syiar Islam terus ditegakkan dari pelbagai sudut seperti pembinaan masjid, mewujudkan institusi keagamaan, menyemarakkan program-program agama, kebebasan berdakwah dan sebagainya. Malah kerajaan kita sekarang melaksanakan HUKUM TAKZIR. Mengapa perlu dipertikaikan HUKUM ALLAH yang satu ini ? Siapa yang tolak hukum Allah sebenarnya sekarang ??

Bagaimanapun, sebagai sebuah gerakan atau parti yang diterajui oleh makhluk yang bergelar manusia, sudah pastilah ada cacat cela dan kepincangan di sana sini. Parti dan kerajaan adalah ciptaan manusia. Manusia hanyalah orang biasa yang masih memiliki kekurangan. Tiada manusia yang sempurna, sedangkan manusia adalah sebaik - baik kejadian Allah.

Jika Abby mengatakan bahawa pemerintah hari ini adalah musuh Allah atas dasar kekurangan yang ada UMNO, maka saya berani kata bahawa Pas juga adalah musuh Allah !! Kerana mereka juga ada kelemahan dan kekurangan sama seperti UMNO dan manusia lain. Tapi lainlah kalau mereka dakwa semua ahli dan kepimpinan Pas itu maksum belaka.

Kenyataan yang keluar dari mulut Abby itu sebagai satu lagi kesinambungan dari kenyataan - kenyataan kepimpinan Pas yang cuba mengelirukan dam menyesatkan ummah.

Pas sememangnya sudah lama menjadi agen Yahudi dan Iblis mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini dengan pelbagai kenyataan dan fatwa-fatwa yang menyalahi dalil Al Quran dan Sunnah, demi untuk kepentingan dan survival cita-cita politik mereka.

Sebelum ini, Pas juga pernah mendakwa bahawa solat itu juga adalah sebahagian dari demonstrasi, menyamakan orang yang meunaikan haji di Mekah dan BERSIH bagi menghalalkan tindakan mereka berdemonstrasi. Mereka suka menggunakan dalil Quran dan Sunnah, namun pada tempat yang salah. Malah mereka juga mengambil ayat - ayat Al-quran sekerat - sekerat untuk digunapakai yang membolehkan perbuatan mereka.

Fatwa Abby ini tidak betul sama sekali. Dan ianya adalah SESAT !! Kata-kata seperti ini tidak patut keluar dari mulut seorang yang mahu mencari keredhaan Allah. Kenyataan sebegini adalah kesinambungan agenda Pas yang menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat awam, khsususnya umat Islam di negara ini.

Abby Abadi dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di twitternya semalam ..

Abby Abadi juga sering berceramah di hadapan orang ramai, pastinya Abby bersemangat untuk meyakinkan para penyokong Pas bahawa perjuangan Pas ini adalah tepat sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya seperti itu.

Abby tidak sepatutnya bercakap mengikut emosi yang berlebihan sehingga mengeluarkan fatwa yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Tiada ulasan: