Ahad, Mac 03, 2013

EDISI SIASAT !! SULTAN SULU TIDAK DIIKTIRAF ??




GAMBAR pada 26 Februari lalu menunjukkan Jamalul Kiram III mendengar soalan pada sidang akhbar di Manila


ANGGOTA tentera berkawal di kampung Tanduo, Lahad Datu selepas pertempuran tercetus semalam



Sultan Sulu Tidak Diiktiraf ??

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan  pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang disini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan, terdapat kesangsian dalam keturunan Kesultanan tersebut.

Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.

Justeru Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III keatas negeri Sabah di Malaysia

Sultan Sulu terakhir yang diiktirafkan pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada tahun 1974. Selepas kematiannya, pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat. Hasil penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada tahun 1990.

Sebelum ini, Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termaasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.

Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara ( Sabah ) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an. Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukkan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

Sabah yang merupakan bekas koloni British, menjadi sebahagian  Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Beradasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberi pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 ( RM5,264 ) menurut nilai semasa




Tiada ulasan: